{"id":10499,"date":"2026-05-17T08:41:38","date_gmt":"2026-05-17T08:41:38","guid":{"rendered":"https:\/\/agendadaily.my\/?p=10499"},"modified":"2026-05-17T08:41:52","modified_gmt":"2026-05-17T08:41:52","slug":"samsuri-hanya-ketua-pembangkang-pas-tak-bincang-letak-poster-boy-mohd-amar","status":"publish","type":"post","link":"https:\/\/agendadaily.my\/samsuri-hanya-ketua-pembangkang-pas-tak-bincang-letak-poster-boy-mohd-amar\/","title":{"rendered":"Samsuri hanya Ketua Pembangkang, PAS tak bincang letak \u2018poster boy\u2019: Mohd Amar"},"content":{"rendered":"<p>PAS menafikan pelantikan Ahmad Samsuri Mokhtar sebagai Ketua Pembangkang baharu bertujuan menonjolkan beliau sebagai calon Perdana Menteri Perikatan Nasional (PN) pada masa depan.<\/p>\n<p>Naib Presiden PAS, Mohd Amar Abdullah berkata soal calon Perdana Menteri langsung tidak dibincangkan dalam mesyuarat yang memutuskan pelantikan Ahli Parlimen Kemaman itu.<\/p>\n<p>Menurutnya, keputusan dibuat semata-mata untuk mengisi kekosongan jawatan dan memenuhi keperluan semasa gabungan pembangkang tersebut.<\/p>\n<p>\u201cKita tidak bincang bab \u2018poster boy\u2019 ini. Tak ada bincang apa, cuma ini untuk benda semasa,\u201d katanya dipetik laporan Sinar Harian hari ini.<\/p>\n<p>Beliau mengulas dakwaan bahawa pelantikan Ahmad Samsuri sebagai Ketua Pembangkang memberi bayangan Presiden PAS itu sedang dipersiapkan sebagai calon Perdana Menteri PN bagi menghadapi pilihan raya akan datang.<\/p>\n<p>Mohd Amar turut menjelaskan pelantikan tersebut dibuat atas faktor organisasi selepas jawatan berkenaan kosong susulan perubahan dalam struktur kepimpinan pembangkang di Parlimen.<\/p>\n<p>Sebelum ini, teka-teki mengenai siapakah yang bakal mengetuai blok pembangkang akhirnya terjawab apabila PN mengumumkan Ahmad Samsuri menggantikan Hamzah Zainudin sebagai Ketua Pembangkang baharu.<\/p>\n<p>Pengumuman itu dibuat Setiausaha Agung PN, Takiyuddin Hassan selepas Mesyuarat Majlis Tertinggi PN Kali Ke-2 yang berlangsung di Kuala Lumpur pada Sabtu.<\/p>\n<p>Menurut Takiyuddin, keputusan tersebut dipersetujui sebulat suara oleh semua parti komponen yang hadir dalam mesyuarat dipengerusikan sendiri oleh Ahmad Samsuri selaku Pengerusi PN.<\/p>\n<p>\u201cMesyuarat telah bersetuju untuk melantik Ahmad Samsuri bagi menggalas tanggungjawab sebagai Ketua Pembangkang,\u201d katanya dalam kenyataan.<\/p>\n","protected":false},"excerpt":{"rendered":"<p>PAS menafikan pelantikan Ahmad Samsuri Mokhtar sebagai Ketua Pembangkang baharu bertujuan menonjolkan beliau sebagai calon Perdana Menteri Perikatan Nasional (PN) pada masa depan. Naib Presiden PAS, Mohd Amar Abdullah berkata soal calon Perdana Menteri langsung tidak dibincangkan dalam mesyuarat yang memutuskan pelantikan Ahli Parlimen Kemaman itu. Menurutnya, keputusan dibuat semata-mata untuk mengisi kekosongan jawatan dan [&hellip;]<\/p>\n","protected":false},"author":1,"featured_media":3286,"comment_status":"open","ping_status":"open","sticky":false,"template":"","format":"standard","meta":{"_acf_changed":false,"footnotes":""},"categories":[2],"tags":[2857,1036,1847,2178,126,795],"authors":[],"class_list":["post-10499","post","type-post","status-publish","format-standard","has-post-thumbnail","hentry","category-politik","tag-ahmad-samsuri-mokhtar","tag-calon-pm","tag-ketua-pembangkang","tag-mohd-amar-abdullah","tag-pas","tag-poster-boy"],"acf":[],"_links":{"self":[{"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/posts\/10499","targetHints":{"allow":["GET"]}}],"collection":[{"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/posts"}],"about":[{"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/types\/post"}],"author":[{"embeddable":true,"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/users\/1"}],"replies":[{"embeddable":true,"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/comments?post=10499"}],"version-history":[{"count":2,"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/posts\/10499\/revisions"}],"predecessor-version":[{"id":10501,"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/posts\/10499\/revisions\/10501"}],"wp:featuredmedia":[{"embeddable":true,"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/media\/3286"}],"wp:attachment":[{"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/media?parent=10499"}],"wp:term":[{"taxonomy":"category","embeddable":true,"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/categories?post=10499"},{"taxonomy":"post_tag","embeddable":true,"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/tags?post=10499"},{"taxonomy":"authors","embeddable":true,"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/authors?post=10499"}],"curies":[{"name":"wp","href":"https:\/\/api.w.org\/{rel}","templated":true}]}}