{"id":10502,"date":"2026-05-17T08:51:48","date_gmt":"2026-05-17T08:51:48","guid":{"rendered":"https:\/\/agendadaily.my\/?p=10502"},"modified":"2026-05-17T08:51:52","modified_gmt":"2026-05-17T08:51:52","slug":"jika-johor-bubar-dun-esok-negeri-sembilan-juga-akan-bubar-esok-loke","status":"publish","type":"post","link":"https:\/\/agendadaily.my\/jika-johor-bubar-dun-esok-negeri-sembilan-juga-akan-bubar-esok-loke\/","title":{"rendered":"Jika Johor bubar DUN esok, Negeri Sembilan juga akan bubar esok: Loke"},"content":{"rendered":"<p>Pakatan Harapan (PH) Negeri Sembilan dicadangkan supaya bertanding di semua 36 kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) pada pilihan raya negeri akan datang susulan perkembangan politik semasa melibatkan Barisan Nasional (BN).<\/p>\n<p>Cadangan itu disuarakan Setiausaha Agung DAP, Anthony Loke sebagai respons terhadap pengumuman Pengerusi BN Johor, Onn Hafiz Ghazi yang mengesahkan gabungan berkenaan akan bertanding secara solo di semua 56 kerusi DUN Johor pada pilihan raya negeri nanti.<\/p>\n<p>\u201cSecara kesimpulannya, kita sudah masuk gelanggang sekarang. Pihak lain sudah umumkan mahu lawan 56 kerusi di Johor.<\/p>\n<p>\u201cSaya mahu cadangkan kepada pengerusi, kalau Johor mahu lawan 56 kerusi, Negeri Sembilan pun kita lawan 36 kerusi,\u201d katanya<br \/>\nketika berucap pada Konvensyen PH di Pusat Konvensyen Antarabangsa Persada Johor, hari ini.<\/p>\n<p>Ahli Parlimen Seremban itu turut menyindir kemungkinan pembubaran DUN dilakukan serentak jika Johor mengambil langkah tersebut lebih awal.<\/p>\n<p>\u201cKalau Johor bubar esok, Negeri Sembilan pun kita bubar esok,\u201d katanya lagi yang disambut sorakan para perwakilan.<\/p>\n<p>Untuk rekod, PH dan BN sebelum ini membentuk kerjasama politik di peringkat Persekutuan selepas Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU15), namun beberapa kenyataan pemimpin kedua-dua gabungan kebelakangan ini dilihat memberi bayangan persaingan lebih terbuka menjelang pilihan raya negeri akan datang.<\/p>\n<p>Negeri Sembilan ketika ini ditadbir PH yang memenangi majoriti mudah pada Pilihan Raya Negeri (PRN) 2023 dengan sokongan kerjasama BN.<\/p>\n<p>Kenyataan Loke itu dilihat mencerminkan kesiapsiagaan PH sekiranya landskap politik berubah dan pertandingan pelbagai penjuru berlaku pada masa depan.<\/p>\n","protected":false},"excerpt":{"rendered":"<p>Pakatan Harapan (PH) Negeri Sembilan dicadangkan supaya bertanding di semua 36 kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) pada pilihan raya negeri akan datang susulan perkembangan politik semasa melibatkan Barisan Nasional (BN). Cadangan itu disuarakan Setiausaha Agung DAP, Anthony Loke sebagai respons terhadap pengumuman Pengerusi BN Johor, Onn Hafiz Ghazi yang mengesahkan gabungan berkenaan akan bertanding secara [&hellip;]<\/p>\n","protected":false},"author":1,"featured_media":10503,"comment_status":"open","ping_status":"open","sticky":false,"template":"","format":"standard","meta":{"_acf_changed":false,"footnotes":""},"categories":[2],"tags":[508,378,630,1154,727,103,146],"authors":[],"class_list":["post-10502","post","type-post","status-publish","format-standard","has-post-thumbnail","hentry","category-politik","tag-anthony-loke","tag-bn","tag-johor","tag-negeri-sembilan","tag-pakatan-harapan","tag-prn","tag-umno"],"acf":[],"_links":{"self":[{"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/posts\/10502","targetHints":{"allow":["GET"]}}],"collection":[{"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/posts"}],"about":[{"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/types\/post"}],"author":[{"embeddable":true,"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/users\/1"}],"replies":[{"embeddable":true,"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/comments?post=10502"}],"version-history":[{"count":1,"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/posts\/10502\/revisions"}],"predecessor-version":[{"id":10504,"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/posts\/10502\/revisions\/10504"}],"wp:featuredmedia":[{"embeddable":true,"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/media\/10503"}],"wp:attachment":[{"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/media?parent=10502"}],"wp:term":[{"taxonomy":"category","embeddable":true,"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/categories?post=10502"},{"taxonomy":"post_tag","embeddable":true,"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/tags?post=10502"},{"taxonomy":"authors","embeddable":true,"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/authors?post=10502"}],"curies":[{"name":"wp","href":"https:\/\/api.w.org\/{rel}","templated":true}]}}