{"id":10505,"date":"2026-05-17T09:02:14","date_gmt":"2026-05-17T09:02:14","guid":{"rendered":"https:\/\/agendadaily.my\/?p=10505"},"modified":"2026-05-17T09:02:14","modified_gmt":"2026-05-17T09:02:14","slug":"ph-sedia-lawan-semua-kerusi-jika-rundingan-gagal-anwar-beri-bayangan-pru-awal","status":"publish","type":"post","link":"https:\/\/agendadaily.my\/ph-sedia-lawan-semua-kerusi-jika-rundingan-gagal-anwar-beri-bayangan-pru-awal\/","title":{"rendered":"PH sedia lawan semua kerusi jika rundingan gagal, Anwar beri bayangan PRU awal"},"content":{"rendered":"<p>Pakatan Harapan (PH) memberi bayangan akan bertanding di semua kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) dan Parlimen di beberapa negeri sekiranya kerjasama politik dengan Barisan Nasional (BN) tidak dapat dipertahankan.<\/p>\n<p>Pengerusi PH, Anwar Ibrahim berkata keputusan itu bukan hanya melibatkan Johor, malah turut membabitkan Negeri Sembilan, Selangor, Pulau Pinang dan Pahang.<\/p>\n<p>Menurut beliau, PH masih membuka ruang rundingan, namun gabungan itu tidak akan berdiam diri jika dipinggirkan atau dicabar oleh rakan politik sendiri.<\/p>\n<p>\u201cKita orang baik, sabar dan mahu selamatkan negara dengan politik stabil. Tetapi kalau mereka yang mula melanggar, PH akan bertanding di semua kawasan,\u201d katanya ketika berucap pada Konvensyen PH 2026 di Johor Bahru hari ini.<\/p>\n<p>Anwar berkata kenyataan BN Johor untuk bertanding di semua 56 kerusi DUN pada Pilihan Raya Negeri (PRN) akan datang tidak mengejutkan kerana perkara itu sudah dijangka lebih awal oleh pimpinan PH.<\/p>\n<p>Beliau turut menegaskan PH sudah bersedia menghadapi sebarang kemungkinan termasuk pertandingan satu lawan satu sesama parti dalam kerajaan perpaduan.<\/p>\n<p>\u201cJohor dan Negeri Sembilan, kita lawan semua. Johor sedia? Negeri Sembilan sedia? Lawan tetap lawan,\u201d katanya disambut sorakan penyokong.<\/p>\n<p>Dalam perkembangan sama, Perdana Menteri itu turut memberi bayangan Pilihan Raya Umum (PRU) boleh diadakan lebih awal sekiranya hubungan antara parti dalam kerajaan terus menjadi tegang.<\/p>\n<p>\u201cKita akan bincang dengan pimpinan PH di semua negeri. Kalau beginilah cara hubungan diperkotak-katikkan, mungkin PRU seluruh negara diadakan,\u201d katanya.<\/p>\n<p>Bagaimanapun, beliau menegaskan keputusan mengenai tarikh pilihan raya perlu dibuat secara bersama dengan mengambil kira pandangan semua pihak dalam gabungan.<\/p>\n<p>Semalam, Menteri Besar Johor Onn Hafiz Ghazi mengumumkan BN akan bertanding di semua 56 kerusi DUN Johor pada PRN akan datang, sekali gus mencetuskan spekulasi mengenai keretakan hubungan politik antara BN dan PH menjelang pilihan raya.<\/p>\n","protected":false},"excerpt":{"rendered":"<p>Pakatan Harapan (PH) memberi bayangan akan bertanding di semua kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) dan Parlimen di beberapa negeri sekiranya kerjasama politik dengan Barisan Nasional (BN) tidak dapat dipertahankan. Pengerusi PH, Anwar Ibrahim berkata keputusan itu bukan hanya melibatkan Johor, malah turut membabitkan Negeri Sembilan, Selangor, Pulau Pinang dan Pahang. Menurut beliau, PH masih membuka [&hellip;]<\/p>\n","protected":false},"author":1,"featured_media":10506,"comment_status":"open","ping_status":"open","sticky":false,"template":"","format":"standard","meta":{"_acf_changed":false,"footnotes":""},"categories":[2],"tags":[147,13,378,409,100,727,309,18,103,548,146],"authors":[],"class_list":["post-10505","post","type-post","status-publish","format-standard","has-post-thumbnail","hentry","category-politik","tag-ahmad-zahid-hamidi","tag-anwar","tag-bn","tag-dun","tag-kerusi","tag-pakatan-harapan","tag-parlimen","tag-pmx","tag-prn","tag-pru","tag-umno"],"acf":[],"_links":{"self":[{"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/posts\/10505","targetHints":{"allow":["GET"]}}],"collection":[{"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/posts"}],"about":[{"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/types\/post"}],"author":[{"embeddable":true,"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/users\/1"}],"replies":[{"embeddable":true,"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/comments?post=10505"}],"version-history":[{"count":1,"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/posts\/10505\/revisions"}],"predecessor-version":[{"id":10507,"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/posts\/10505\/revisions\/10507"}],"wp:featuredmedia":[{"embeddable":true,"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/media\/10506"}],"wp:attachment":[{"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/media?parent=10505"}],"wp:term":[{"taxonomy":"category","embeddable":true,"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/categories?post=10505"},{"taxonomy":"post_tag","embeddable":true,"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/tags?post=10505"},{"taxonomy":"authors","embeddable":true,"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/authors?post=10505"}],"curies":[{"name":"wp","href":"https:\/\/api.w.org\/{rel}","templated":true}]}}