{"id":10512,"date":"2026-05-17T11:38:15","date_gmt":"2026-05-17T11:38:15","guid":{"rendered":"https:\/\/agendadaily.my\/?p=10512"},"modified":"2026-05-17T11:38:15","modified_gmt":"2026-05-17T11:38:15","slug":"rafizi-dan-nik-nazmi-tergugur-automatik-keahlian-pkr-fuziah","status":"publish","type":"post","link":"https:\/\/agendadaily.my\/rafizi-dan-nik-nazmi-tergugur-automatik-keahlian-pkr-fuziah\/","title":{"rendered":"Rafizi dan Nik Nazmi tergugur automatik keahlian PKR: Fuziah"},"content":{"rendered":"<p>PKR mengesahkan keanggotaan Rafizi Ramli dan Nik Nazmi Nik Ahmad dalam parti itu sudah tergugur selepas kedua-duanya mengumumkan keluar parti serta mengosongkan kerusi Parlimen masing-masing.<\/p>\n<p>Setiausaha Agung PKR, Fuziah Salleh berkata tindakan itu dibuat mengikut Fasal 9(1)(c) Perlembagaan parti selepas pihaknya menerima pengisytiharan rasmi daripada Ahli Parlimen Pandan dan Setiawangsa berkenaan.<\/p>\n<p>Menurut beliau, pengumuman dibuat kedua-dua pemimpin itu turut selari dengan Perkara 49A(1)(a)(ii) Perlembagaan Persekutuan yang menyatakan kerusi Dewan Rakyat perlu dikosongkan sekiranya seseorang wakil rakyat tidak lagi menjadi ahli parti yang diwakilinya ketika dipilih.<\/p>\n<p>\u201cPKR sudah menerima rakaman ucapan Rafizi Ramli dan Nik Nazmi Nik Ahmad yang mengumumkan keluar daripada parti serta mengosongkan kerusi Parlimen mereka.<\/p>\n<p>\u201cPengisytiharan itu jelas memenuhi peruntukan Perlembagaan Persekutuan,\u201d katanya dalam kenyataan hari ini.<\/p>\n<p>Fuziah berkata, PKR juga akan merujuk perkara itu kepada Speaker Dewan Rakyat, Johari Abdul bagi menentukan status kedua-dua Ahli Parlimen terbabit.<\/p>\n<p>Pada masa sama, beliau memaklumkan parti akan meneliti kedudukan beberapa Ahli Parlimen PKR lain yang hadir dalam majlis pengumuman hala tuju politik Rafizi dan Nik Nazmi di Petaling Jaya.<\/p>\n<p>Semasa majlis tersebut, Rafizi dan Nik Nazmi turut mengesahkan akan mengambil alih sebuah parti politik dikenali sebagai Parti Bersama Malaysia (BERSAMA), sekali gus memberi bayangan pembentukan blok politik baharu menjelang landskap politik pasca pilihan raya akan datang.<\/p>\n<p>Antara pemimpin PKR yang dilihat hadir ialah Wong Chen, Bakhtiar Wan Chik, Rodziah Ismail, Zahir Hassan dan Lee Chean Chung.<\/p>\n<p>Rafizi dan Nik Nazmi sebelum ini merupakan antara pemimpin utama PKR yang memainkan peranan besar dalam memperkukuh parti sejak era reformasi.<\/p>\n<p>Rafizi pernah memegang jawatan Timbalan Presiden PKR manakala Nik Nazmi pula pernah menjadi Naib Presiden parti.<\/p>\n<p>Kedua-dua mereka dijangka menyerahkan surat rasmi peletakan keanggotaan kepada PKR pada Selasa.<\/p>\n","protected":false},"excerpt":{"rendered":"<p>PKR mengesahkan keanggotaan Rafizi Ramli dan Nik Nazmi Nik Ahmad dalam parti itu sudah tergugur selepas kedua-duanya mengumumkan keluar parti serta mengosongkan kerusi Parlimen masing-masing. Setiausaha Agung PKR, Fuziah Salleh berkata tindakan itu dibuat mengikut Fasal 9(1)(c) Perlembagaan parti selepas pihaknya menerima pengisytiharan rasmi daripada Ahli Parlimen Pandan dan Setiawangsa berkenaan. Menurut beliau, pengumuman dibuat [&hellip;]<\/p>\n","protected":false},"author":1,"featured_media":4170,"comment_status":"open","ping_status":"open","sticky":false,"template":"","format":"standard","meta":{"_acf_changed":false,"footnotes":""},"categories":[2],"tags":[1460,696,208,3944,9,209,801],"authors":[],"class_list":["post-10512","post","type-post","status-publish","format-standard","has-post-thumbnail","hentry","category-politik","tag-fuziah-salleh","tag-keahlian","tag-nik-nazmi","tag-parti-bersama-malaysia","tag-pkr","tag-rafizi-ramli","tag-setiausaha-agung"],"acf":[],"_links":{"self":[{"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/posts\/10512","targetHints":{"allow":["GET"]}}],"collection":[{"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/posts"}],"about":[{"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/types\/post"}],"author":[{"embeddable":true,"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/users\/1"}],"replies":[{"embeddable":true,"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/comments?post=10512"}],"version-history":[{"count":1,"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/posts\/10512\/revisions"}],"predecessor-version":[{"id":10513,"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/posts\/10512\/revisions\/10513"}],"wp:featuredmedia":[{"embeddable":true,"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/media\/4170"}],"wp:attachment":[{"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/media?parent=10512"}],"wp:term":[{"taxonomy":"category","embeddable":true,"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/categories?post=10512"},{"taxonomy":"post_tag","embeddable":true,"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/tags?post=10512"},{"taxonomy":"authors","embeddable":true,"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/authors?post=10512"}],"curies":[{"name":"wp","href":"https:\/\/api.w.org\/{rel}","templated":true}]}}