{"id":10529,"date":"2026-05-18T04:22:41","date_gmt":"2026-05-18T04:22:41","guid":{"rendered":"https:\/\/agendadaily.my\/?p=10529"},"modified":"2026-05-18T04:22:41","modified_gmt":"2026-05-18T04:22:41","slug":"umno-johor-bertanding-solo-bukan-nak-ugut-kepada-kerajaan-perpaduan-puad","status":"publish","type":"post","link":"https:\/\/agendadaily.my\/umno-johor-bertanding-solo-bukan-nak-ugut-kepada-kerajaan-perpaduan-puad\/","title":{"rendered":"UMNO Johor bertanding solo bukan nak ugut kepada Kerajaan Perpaduan: Puad"},"content":{"rendered":"<p>Keputusan UMNO Johor untuk bertanding secara solo di semua 56 kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) pada Pilihan Raya Negeri (PRN) akan datang bukan satu bentuk ugutan terhadap Kerajaan Perpaduan, kata Mohd Puad Zarkashi.<\/p>\n<p>Ahli Majlis Kerja Tertinggi (MKT) UMNO itu berkata keputusan dibuat secara terbuka dan lebih awal, sekali gus tidak wajar dianggap sebagai pengkhianatan terhadap gabungan kerajaan sedia ada.<\/p>\n<p>\u201cDi Johor tidak wujud Kerajaan Perpaduan dan tidak timbul soal khianat. UMNO Johor bertindak jujur kerana mengumumkan awal dan secara terbuka,\u201d katanya menerusi hantaran di Facebook pada Isnin.<\/p>\n<p>Puad turut membandingkan situasi itu dengan perkembangan politik di Sabah yang menurutnya berlaku sebaliknya.<\/p>\n<p>Beliau mendakwa UMNO telah lebih awal memaklumkan akan meletakkan calon di kerusi Kambaong, namun Pakatan Harapan (PH) tetap menurunkan calon daripada DAP pada saat akhir.<\/p>\n<p>\u201cUMNO Johor berterus terang, bukan khianat seperti di Sabah. Sudah tahu UMNO letak calon di Kambaong, tetapi kenapa pada minit terakhir PH letak calon dari DAP di situ?\u201d katanya.<\/p>\n<p>Kenyataan itu dilihat sebagai respons kepada ucapan Pengerusi PH, Anwar Ibrahim, ketika konvensyen gabungan itu di Johor baru-baru ini.<\/p>\n<p>Perdana Menteri memberi amaran supaya tiada pihak cuba mengugut atau menggugat kestabilan Kerajaan Perpaduan.<\/p>\n<p>Anwar turut menegaskan beliau tidak gentar dengan sebarang tekanan politik kerana pernah melalui pelbagai cabaran termasuk dipenjarakan, selain menyifatkan tindakan tertentu sebagai bersifat \u201cbudak-budak\u201d.<\/p>\n<p>Mengulas perkara itu, Puad menyindir kenyataan tersebut dan meminta semua pihak tidak melabel orang lain secara emosional.<\/p>\n<p>\u201cJangan kebudak-budakan menuduh orang lain sebagai budak. Di mana bil hikmahnya? Johor tetap jadi Johor,\u201d ujarnya.<\/p>\n<p>Untuk rekod, Kerajaan Perpaduan dibentuk selepas Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU15) apabila tiada gabungan memperoleh majoriti mudah bagi membentuk kerajaan Persekutuan.<\/p>\n<p>Kerjasama antara Barisan Nasional (BN) dan PH diwujudkan bagi memastikan kestabilan politik negara serta mengelakkan situasi Parlimen tergantung.<\/p>\n","protected":false},"excerpt":{"rendered":"<p>Keputusan UMNO Johor untuk bertanding secara solo di semua 56 kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) pada Pilihan Raya Negeri (PRN) akan datang bukan satu bentuk ugutan terhadap Kerajaan Perpaduan, kata Mohd Puad Zarkashi. Ahli Majlis Kerja Tertinggi (MKT) UMNO itu berkata keputusan dibuat secara terbuka dan lebih awal, sekali gus tidak wajar dianggap sebagai pengkhianatan [&hellip;]<\/p>\n","protected":false},"author":1,"featured_media":1583,"comment_status":"open","ping_status":"open","sticky":false,"template":"","format":"standard","meta":{"_acf_changed":false,"footnotes":""},"categories":[2],"tags":[13,630,18,103,359,3372,146],"authors":[],"class_list":["post-10529","post","type-post","status-publish","format-standard","has-post-thumbnail","hentry","category-politik","tag-anwar","tag-johor","tag-pmx","tag-prn","tag-puad-zarkashi","tag-solo","tag-umno"],"acf":[],"_links":{"self":[{"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/posts\/10529","targetHints":{"allow":["GET"]}}],"collection":[{"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/posts"}],"about":[{"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/types\/post"}],"author":[{"embeddable":true,"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/users\/1"}],"replies":[{"embeddable":true,"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/comments?post=10529"}],"version-history":[{"count":1,"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/posts\/10529\/revisions"}],"predecessor-version":[{"id":10530,"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/posts\/10529\/revisions\/10530"}],"wp:featuredmedia":[{"embeddable":true,"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/media\/1583"}],"wp:attachment":[{"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/media?parent=10529"}],"wp:term":[{"taxonomy":"category","embeddable":true,"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/categories?post=10529"},{"taxonomy":"post_tag","embeddable":true,"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/tags?post=10529"},{"taxonomy":"authors","embeddable":true,"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/authors?post=10529"}],"curies":[{"name":"wp","href":"https:\/\/api.w.org\/{rel}","templated":true}]}}