{"id":10559,"date":"2026-05-18T08:46:26","date_gmt":"2026-05-18T08:46:26","guid":{"rendered":"https:\/\/agendadaily.my\/?p=10559"},"modified":"2026-05-18T08:46:44","modified_gmt":"2026-05-18T08:46:44","slug":"tunggu-parlimen-bubar-sebelum-lepas-kerusi-ingat-tanggungjawab-azalina","status":"publish","type":"post","link":"https:\/\/agendadaily.my\/tunggu-parlimen-bubar-sebelum-lepas-kerusi-ingat-tanggungjawab-azalina\/","title":{"rendered":"Tunggu Parlimen bubar sebelum lepas kerusi, ingat tanggungjawab: Azalina"},"content":{"rendered":"<p>Tindakan Ahli Parlimen mengosongkan kerusi ketika penggal Parlimen masih berbaki disifatkan tidak wajar kerana boleh menjejaskan kepentingan rakyat yang memilih mereka.<\/p>\n<p>Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Undang-undang dan Reformasi Institusi), Azalina Othman Said berkata, setiap wakil rakyat mempunyai tanggungjawab untuk terus berkhidmat sehingga tamat tempoh penggal, selain membawa suara pengundi di Dewan Rakyat.<\/p>\n<p>Menurut beliau, rakyat memerlukan wakil rakyat yang boleh dihubungi dan membantu menyelesaikan masalah mereka di kawasan masing-masing.<\/p>\n<p>\u201cKasihanlah pada rakyat, pengundi di Pandan. Mereka mengharapkan wakil rakyat itu ada. Paling tidak pun bolehlah mereka ketuk pintu kalau ada masalah atau perlukan bantuan,\u201d katanya kepada media selepas Majlis Pelancaran Inisiatif Pengantaraan Komersial Pro Bono 2026 oleh Pusat Timbang Tara Antarabangsa Asia (AIAC), hari ini.<\/p>\n<p>Beliau mengulas keputusan Ahli Parlimen Pandan, Rafizi Ramli dan Ahli Parlimen Setiawangsa, Nik Nazmi Nik Ahmad yang mengosongkan kerusi masing-masing sebelum tamat penggal Parlimen ke-15.<\/p>\n<p>Tindakan itu mencetuskan perdebatan kerana dianggap bercanggah dengan semangat undang-undang anti lompat parti yang diperkenalkan bagi memastikan kestabilan politik negara selepas beberapa episod pertukaran kerajaan sejak 2020.<\/p>\n<p>Azalina berkata, wakil rakyat sememangnya mempunyai hak untuk membuat keputusan politik sendiri, namun pandangan dan harapan pengundi tidak sepatutnya diketepikan.<\/p>\n<p>\u201cSelagi Parlimen belum dibubar, selesaikan dulu tanggungjawab kepada rakyat dalam tempoh lima tahun itu. Lepas itu kalau mahu bertanding atau masuk parti lain, itu terpulang,\u201d katanya.<\/p>\n<p>Beliau turut mengakui setiap pemimpin mungkin mempunyai alasan tersendiri, namun bimbang rakyat akan kecewa selepas bersusah payah keluar mengundi.<\/p>\n<p>Terdahulu, Rafizi dan Nik Nazmi dilaporkan sudah menyerahkan notis rasmi pengosongan kerusi kepada Speaker Dewan Rakyat, Johari Abdul.<\/p>\n<p>Parlimen ke-15 ketika ini masih mempunyai baki kira-kira 18 bulan sebelum terbubar secara automatik.<\/p>\n","protected":false},"excerpt":{"rendered":"<p>Tindakan Ahli Parlimen mengosongkan kerusi ketika penggal Parlimen masih berbaki disifatkan tidak wajar kerana boleh menjejaskan kepentingan rakyat yang memilih mereka. Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Undang-undang dan Reformasi Institusi), Azalina Othman Said berkata, setiap wakil rakyat mempunyai tanggungjawab untuk terus berkhidmat sehingga tamat tempoh penggal, selain membawa suara pengundi di Dewan Rakyat. Menurut beliau, [&hellip;]<\/p>\n","protected":false},"author":1,"featured_media":4091,"comment_status":"open","ping_status":"open","sticky":false,"template":"","format":"standard","meta":{"_acf_changed":false,"footnotes":""},"categories":[2],"tags":[403,100,2621,208,309,8],"authors":[],"class_list":["post-10559","post","type-post","status-publish","format-standard","has-post-thumbnail","hentry","category-politik","tag-azalina","tag-kerusi","tag-kosongkan","tag-nik-nazmi","tag-parlimen","tag-rafizi"],"acf":[],"_links":{"self":[{"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/posts\/10559","targetHints":{"allow":["GET"]}}],"collection":[{"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/posts"}],"about":[{"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/types\/post"}],"author":[{"embeddable":true,"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/users\/1"}],"replies":[{"embeddable":true,"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/comments?post=10559"}],"version-history":[{"count":1,"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/posts\/10559\/revisions"}],"predecessor-version":[{"id":10560,"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/posts\/10559\/revisions\/10560"}],"wp:featuredmedia":[{"embeddable":true,"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/media\/4091"}],"wp:attachment":[{"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/media?parent=10559"}],"wp:term":[{"taxonomy":"category","embeddable":true,"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/categories?post=10559"},{"taxonomy":"post_tag","embeddable":true,"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/tags?post=10559"},{"taxonomy":"authors","embeddable":true,"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/authors?post=10559"}],"curies":[{"name":"wp","href":"https:\/\/api.w.org\/{rel}","templated":true}]}}