{"id":10567,"date":"2026-05-18T09:40:50","date_gmt":"2026-05-18T09:40:50","guid":{"rendered":"https:\/\/agendadaily.my\/?p=10567"},"modified":"2026-05-18T09:41:33","modified_gmt":"2026-05-18T09:41:33","slug":"padah-guna-logo-tv3-kongsi-berita-palsu-wanita-didenda-rm4000","status":"publish","type":"post","link":"https:\/\/agendadaily.my\/padah-guna-logo-tv3-kongsi-berita-palsu-wanita-didenda-rm4000\/","title":{"rendered":"Padah guna logo TV3 kongsi berita palsu, wanita didenda RM4,000"},"content":{"rendered":"<p>Seorang pembantu tadbir didenda RM4,000 oleh Mahkamah Sesyen Sepang hari ini selepas mengaku bersalah memuat naik kandungan palsu berkaitan harga petrol dan diesel menggunakan logo Buletin TV3 di aplikasi Threads, tahun lalu.<\/p>\n<p>Nur Irsalina Omar Kumar, 27, membuat pengakuan itu selepas pertuduhan dibacakan mengikut Seksyen 233(1)(a) Akta Komunikasi dan Multimedia 1998 yang memperuntukkan hukuman di bawah Seksyen 233(2) akta sama.<\/p>\n<p>Berdasarkan pertuduhan, tertuduh didakwa menggunakan akaun Threads \u201c@its.ellsaleena_\u201d untuk memuat naik kenyataan palsu mengenai harga bahan api dengan niat menyakitkan hati orang lain.<\/p>\n<p>Kandungan itu memaparkan infografik harga petrol dan diesel menggunakan logo Buletin TV3 sehingga dipercayai sebagai berita rasmi, sebelum dinafikan oleh stesen televisyen berkenaan.<\/p>\n<p>Kesalahan itu dilakukan pada 31 Mac 2024 dan kandungan tersebut dikesan pada malam hari sama di Menara Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (MCMC), Cyberjaya.<\/p>\n<p>Pendakwaan memohon hukuman tegas dikenakan atas alasan penyebaran maklumat palsu berkaitan harga bahan api boleh mencetuskan kegusaran awam dan panik dalam kalangan masyarakat.<\/p>\n<p>\u201cTertuduh menyebarkan kandungan palsu yang melibatkan kepentingan awam dan isu sensitif berkaitan kos sara hidup,\u201d kata pihak pendakwaan di mahkamah.<\/p>\n<p>Bagaimanapun, Nur Irsalina yang tidak diwakili peguam merayu hukuman ringan dengan alasan hanya memperoleh pendapatan RM2,800 sebulan selain menanggung keluarganya.<\/p>\n<p>Menurutnya, kandungan itu diterima daripada kenalan menerusi WhatsApp sebelum dimuat naik semula dan dipadamkan tidak lama kemudian.<\/p>\n<p>\u201cSaya menanggung bapa yang OKU dan tidak bekerja, ibu, datuk yang uzur serta adik yang baru terlibat kemalangan,\u201d katanya ketika merayu di hadapan mahkamah.<\/p>\n<p>Mahkamah kemudian menjatuhkan hukuman denda RM4,000 atau penjara empat bulan jika gagal membayar denda tersebut.<\/p>\n<p>Sejak kebelakangan ini, pihak berkuasa mempergiat tindakan terhadap penyebaran berita palsu di media sosial, terutama melibatkan isu sensitif seperti harga barang, kaum dan agama yang boleh mengganggu ketenteraman awam.<\/p>\n<p>&nbsp;<\/p>\n","protected":false},"excerpt":{"rendered":"<p>Seorang pembantu tadbir didenda RM4,000 oleh Mahkamah Sesyen Sepang hari ini selepas mengaku bersalah memuat naik kandungan palsu berkaitan harga petrol dan diesel menggunakan logo Buletin TV3 di aplikasi Threads, tahun lalu. Nur Irsalina Omar Kumar, 27, membuat pengakuan itu selepas pertuduhan dibacakan mengikut Seksyen 233(1)(a) Akta Komunikasi dan Multimedia 1998 yang memperuntukkan hukuman di [&hellip;]<\/p>\n","protected":false},"author":1,"featured_media":10568,"comment_status":"open","ping_status":"open","sticky":false,"template":"","format":"standard","meta":{"_acf_changed":false,"footnotes":""},"categories":[3],"tags":[1545,1712,16,3541,2806],"authors":[],"class_list":["post-10567","post","type-post","status-publish","format-standard","has-post-thumbnail","hentry","category-isu-semasa","tag-berita-palsu","tag-logo","tag-mcmc","tag-sebar","tag-tv3"],"acf":[],"_links":{"self":[{"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/posts\/10567","targetHints":{"allow":["GET"]}}],"collection":[{"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/posts"}],"about":[{"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/types\/post"}],"author":[{"embeddable":true,"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/users\/1"}],"replies":[{"embeddable":true,"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/comments?post=10567"}],"version-history":[{"count":2,"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/posts\/10567\/revisions"}],"predecessor-version":[{"id":10570,"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/posts\/10567\/revisions\/10570"}],"wp:featuredmedia":[{"embeddable":true,"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/media\/10568"}],"wp:attachment":[{"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/media?parent=10567"}],"wp:term":[{"taxonomy":"category","embeddable":true,"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/categories?post=10567"},{"taxonomy":"post_tag","embeddable":true,"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/tags?post=10567"},{"taxonomy":"authors","embeddable":true,"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/authors?post=10567"}],"curies":[{"name":"wp","href":"https:\/\/api.w.org\/{rel}","templated":true}]}}