{"id":10577,"date":"2026-05-18T23:53:23","date_gmt":"2026-05-18T23:53:23","guid":{"rendered":"https:\/\/agendadaily.my\/?p=10577"},"modified":"2026-05-18T23:53:23","modified_gmt":"2026-05-18T23:53:23","slug":"16-aktivis-gsf-2-0-mungkin-ditahan-dalam-penjara-atas-kapal-regim-sany-araby","status":"publish","type":"post","link":"https:\/\/agendadaily.my\/16-aktivis-gsf-2-0-mungkin-ditahan-dalam-penjara-atas-kapal-regim-sany-araby\/","title":{"rendered":"16 aktivis GSF 2.0 mungkin ditahan dalam penjara atas kapal regim: Sany Araby"},"content":{"rendered":"<p>Peserta misi kemanusiaan Global Sumud Flotilla (GSF) 2.0 yang ditahan tentera Israel di perairan antarabangsa berhampiran Cyprus dipercayai akan ditempatkan di penjara atas kapal sebelum dibebaskan dalam tempoh beberapa hari.<\/p>\n<p>Ketua Pengarah Pusat Kawalan Sumud Nusantara (SNCC), Sani Araby Abdul Alim berkata pendekatan itu berbeza berbanding misi terdahulu apabila aktivis yang ditahan dibawa ke darat sebelum dilepaskan dalam tempoh 24 jam.<\/p>\n<p>Menurutnya, Israel dipercayai mengubah kaedah tahanan bagi mengelakkan tekanan antarabangsa yang semakin memuncak terhadap tindakan mereka terhadap misi bantuan kemanusiaan ke Gaza.<\/p>\n<p>\u201cDulu mereka tahan di darat dan lepaskan dalam masa 24 jam untuk tunjuk kononnya mereka ikut undang-undang. Kali ini mereka ubah taktik dengan menempatkan peserta di atas kapal,\u201d katanya pada sidang media khas di SNCC.<\/p>\n<p>Beliau berkata peserta mungkin ditahan selama dua hari di atas kapal, namun memberi amaran tindakan menahan lebih lama hanya akan mengundang kecaman dunia.<\/p>\n<p>\u201cLagi lama mereka tahan, lagi besar kemarahan masyarakat antarabangsa terhadap Israel,\u201d katanya.<\/p>\n<p>Terdahulu, seramai 16 rakyat Malaysia yang menyertai flotila kemanusiaan itu dilaporkan ditahan bersama aktivis antarabangsa lain selepas kapal mereka dipintas tentera laut Israel.<\/p>\n<p>GSF 2.0 merupakan kesinambungan gerakan flotila antarabangsa yang membawa bantuan kemanusiaan serta mesej solidariti kepada rakyat Palestin di Gaza yang terus berdepan sekatan dan serangan berpanjangan sejak konflik tercetus pada Oktober 2023.<\/p>\n<p>Menurut SNCC, sehingga jam 8 malam waktu Malaysia, sebanyak 18 kapal membabitkan hampir 150 aktivis kemanusiaan telah dipintas di perairan antarabangsa berhampiran Cyprus.<\/p>\n<p>Antara kapal yang ditahan ialah Cactus, Amanda, Bianca ITA, Gotico, Themis, Josef dan Isobella yang turut membawa peserta dari Malaysia.<\/p>\n<p>Insiden itu sekali lagi mencetuskan kebimbangan masyarakat antarabangsa terhadap keselamatan misi bantuan kemanusiaan ke Gaza, terutama apabila operasi dilakukan di luar perairan Israel.<\/p>\n","protected":false},"excerpt":{"rendered":"<p>Peserta misi kemanusiaan Global Sumud Flotilla (GSF) 2.0 yang ditahan tentera Israel di perairan antarabangsa berhampiran Cyprus dipercayai akan ditempatkan di penjara atas kapal sebelum dibebaskan dalam tempoh beberapa hari. Ketua Pengarah Pusat Kawalan Sumud Nusantara (SNCC), Sani Araby Abdul Alim berkata pendekatan itu berbeza berbanding misi terdahulu apabila aktivis yang ditahan dibawa ke darat [&hellip;]<\/p>\n","protected":false},"author":1,"featured_media":10578,"comment_status":"open","ping_status":"open","sticky":false,"template":"","format":"standard","meta":{"_acf_changed":false,"footnotes":""},"categories":[3],"tags":[3952,1339,1980,1903,636,122,3805],"authors":[],"class_list":["post-10577","post","type-post","status-publish","format-standard","has-post-thumbnail","hentry","category-isu-semasa","tag-atas-kapa","tag-ditahan","tag-dr-sani-araby-abdul-alim-araby","tag-global-sumud-flotilla","tag-israel","tag-penjara","tag-sncc"],"acf":[],"_links":{"self":[{"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/posts\/10577","targetHints":{"allow":["GET"]}}],"collection":[{"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/posts"}],"about":[{"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/types\/post"}],"author":[{"embeddable":true,"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/users\/1"}],"replies":[{"embeddable":true,"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/comments?post=10577"}],"version-history":[{"count":1,"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/posts\/10577\/revisions"}],"predecessor-version":[{"id":10579,"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/posts\/10577\/revisions\/10579"}],"wp:featuredmedia":[{"embeddable":true,"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/media\/10578"}],"wp:attachment":[{"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/media?parent=10577"}],"wp:term":[{"taxonomy":"category","embeddable":true,"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/categories?post=10577"},{"taxonomy":"post_tag","embeddable":true,"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/tags?post=10577"},{"taxonomy":"authors","embeddable":true,"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/authors?post=10577"}],"curies":[{"name":"wp","href":"https:\/\/api.w.org\/{rel}","templated":true}]}}