{"id":10581,"date":"2026-05-18T23:55:56","date_gmt":"2026-05-18T23:55:56","guid":{"rendered":"https:\/\/agendadaily.my\/?p=10581"},"modified":"2026-05-18T23:55:56","modified_gmt":"2026-05-18T23:55:56","slug":"pmx-kecam-tindakan-kurang-ajar-regim-pintas-kapal-gsf-tahan-aktivis","status":"publish","type":"post","link":"https:\/\/agendadaily.my\/pmx-kecam-tindakan-kurang-ajar-regim-pintas-kapal-gsf-tahan-aktivis\/","title":{"rendered":"PMX kecam tindakan kurang ajar regim pintas kapal GSF tahan aktivis"},"content":{"rendered":"<p>Malaysia mengecam tindakan tentera Israel yang memintas flotila bantuan kemanusiaan ke Gaza dan menahan lebih 100 aktivis antarabangsa termasuk 16 rakyat Malaysia yang menyertai misi Global Sumud Flotilla (GSF) 2.0.<\/p>\n<p>Perdana Menteri Anwar Ibrahim, menyifatkan tindakan itu sebagai \u201ckurang ajar\u201d serta jelas melanggar hak asasi manusia dan undang-undang antarabangsa.<\/p>\n<p>Menurut beliau, tindakan Israel membuktikan rejim Zionis terus bertindak agresif dalam menyekat bantuan kemanusiaan dan menekan pihak yang tampil mempertahankan rakyat Palestin.<\/p>\n<p>\u201cRejim ini dilihat rakus dalam menutup ruang bantuan, menyekat suara kemanusiaan dan menindas sesiapa saja yang bangkit mempertahan serta membela rakyat Palestin,\u201d katanya menerusi hantaran di media sosial hari ini.<\/p>\n<p>Beliau turut menuntut jaminan keselamatan dan pembebasan segera semua aktivis yang ditahan.<\/p>\n<p>Terdahulu, media melaporkan jumlah rakyat Malaysia yang ditahan dalam misi itu meningkat kepada 16 orang setakat jam 7.05 petang.<\/p>\n<p>Perkembangan tersebut dimaklumkan menerusi siaran langsung di Pusat Operasi Sumud Nusantara Malaysia di Kuala Lumpur.<\/p>\n<p>Misi GSF 2.0 digerakkan oleh gabungan aktivis antarabangsa yang membawa bantuan kemanusiaan ke Gaza ketika wilayah Palestin itu terus berdepan krisis perang dan sekatan berpanjangan.<\/p>\n<p>Sejak konflik memuncak, pelbagai pertubuhan antarabangsa mendakwa laluan bantuan ke Gaza sering disekat sehingga menjejaskan bekalan makanan, ubat-ubatan dan keperluan asas penduduk awam.<\/p>\n<p>Anwar menegaskan dunia tidak boleh terus berdiam diri terhadap kekejaman yang berlaku di Palestin.<\/p>\n<p>\u201cPenindasan ke atas warga Palestin dan kepada mereka yang menggerak serta membawa bantuan kemanusiaan mesti dihentikan segera. Israel mesti berdepan keadilan dan pertanggungjawaban,\u201d katanya.<\/p>\n","protected":false},"excerpt":{"rendered":"<p>Malaysia mengecam tindakan tentera Israel yang memintas flotila bantuan kemanusiaan ke Gaza dan menahan lebih 100 aktivis antarabangsa termasuk 16 rakyat Malaysia yang menyertai misi Global Sumud Flotilla (GSF) 2.0. Perdana Menteri Anwar Ibrahim, menyifatkan tindakan itu sebagai \u201ckurang ajar\u201d serta jelas melanggar hak asasi manusia dan undang-undang antarabangsa. Menurut beliau, tindakan Israel membuktikan rejim [&hellip;]<\/p>\n","protected":false},"author":1,"featured_media":9766,"comment_status":"open","ping_status":"open","sticky":false,"template":"","format":"standard","meta":{"_acf_changed":false,"footnotes":""},"categories":[3],"tags":[13,1888,636,840,18,1715,1889,1070],"authors":[],"class_list":["post-10581","post","type-post","status-publish","format-standard","has-post-thumbnail","hentry","category-isu-semasa","tag-anwar","tag-gsf","tag-israel","tag-kecam","tag-pmx","tag-regim","tag-sumud","tag-tahan"],"acf":[],"_links":{"self":[{"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/posts\/10581","targetHints":{"allow":["GET"]}}],"collection":[{"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/posts"}],"about":[{"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/types\/post"}],"author":[{"embeddable":true,"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/users\/1"}],"replies":[{"embeddable":true,"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/comments?post=10581"}],"version-history":[{"count":1,"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/posts\/10581\/revisions"}],"predecessor-version":[{"id":10582,"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/posts\/10581\/revisions\/10582"}],"wp:featuredmedia":[{"embeddable":true,"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/media\/9766"}],"wp:attachment":[{"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/media?parent=10581"}],"wp:term":[{"taxonomy":"category","embeddable":true,"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/categories?post=10581"},{"taxonomy":"post_tag","embeddable":true,"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/tags?post=10581"},{"taxonomy":"authors","embeddable":true,"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/authors?post=10581"}],"curies":[{"name":"wp","href":"https:\/\/api.w.org\/{rel}","templated":true}]}}