{"id":10583,"date":"2026-05-19T00:05:08","date_gmt":"2026-05-19T00:05:08","guid":{"rendered":"https:\/\/agendadaily.my\/?p=10583"},"modified":"2026-05-19T00:05:08","modified_gmt":"2026-05-19T00:05:08","slug":"hadir-ke-program-rafizi-rodziah-didesak-letak-jawatan-mp-ampang","status":"publish","type":"post","link":"https:\/\/agendadaily.my\/hadir-ke-program-rafizi-rodziah-didesak-letak-jawatan-mp-ampang\/","title":{"rendered":"Hadir ke program Rafizi, Rodziah didesak letak jawatan MP Ampang"},"content":{"rendered":"<p>Tekanan terhadap Ahli Parlimen Ampang, Rodziah Ismail semakin memuncak apabila beliau didesak mengosongkan kerusinya susulan dakwaan tidak lagi sehaluan dengan kepimpinan utama PKR.<\/p>\n<p>Timbalan Ketua Cabang PKR Ampang, Daing Muhammad Redzuan Bachok berkata tindakan Rodziah yang dilihat semakin menjauh daripada pendirian parti sejak kebelakangan ini menimbulkan keresahan dalam kalangan ahli dan penyokong di peringkat akar umbi.<\/p>\n<p>Menurutnya, sebarang tindakan yang boleh menggugat kesatuan parti serta melemahkan keyakinan rakyat terhadap perjuangan reformasi tidak boleh diterima.<\/p>\n<p>\u201cPKR Cabang Ampang tidak akan sesekali tunduk kepada pengkhianatan politik. Kami akan terus mempertahankan parti, Presiden Anwar Ibrahim dan mandat rakyat daripada mana-mana pihak yang cuba merosakkan perjuangan reformasi demi kepentingan politik peribadi,\u201d katanya dalam kenyataan.<\/p>\n<p>Beliau turut mendakwa tindakan Rodziah hanya menguatkan persepsi wujud usaha melemahkan perjuangan parti dari dalam.<\/p>\n<p>Katanya, akar umbi PKR Ampang kekal bersama Presiden PKR, Anwar dan tidak akan berkompromi dengan mana-mana tindakan yang boleh menggugat kestabilan parti.<\/p>\n<p>\u201cRakyat Ampang memberikan mandat kepada PKR dan Pakatan Harapan bukan untuk melihat parti dirosakkan oleh permainan politik dalaman atau percaturan kelompok tertentu,\u201d katanya lagi.<\/p>\n<p>Kontroversi itu tercetus selepas Rodziah dilihat hadir dalam majlis pengumuman hala tuju politik bekas timbalan presiden PKR, Rafizi Ramli dan bekas naib presiden PKR, Nik Nazmi Nik Ahmad.<\/p>\n<p>Untuk rekod, Rodziah merupakan antara pemimpin lama PKR yang aktif sejak era awal reformasi dan pernah memegang beberapa jawatan penting dalam kerajaan serta parti.<\/p>\n<p>Beliau juga mempertahankan kerusi Parlimen Ampang pada Pilihan Raya Umum ke-15 di bawah tiket Pakatan Harapan.<\/p>\n","protected":false},"excerpt":{"rendered":"<p>Tekanan terhadap Ahli Parlimen Ampang, Rodziah Ismail semakin memuncak apabila beliau didesak mengosongkan kerusinya susulan dakwaan tidak lagi sehaluan dengan kepimpinan utama PKR. Timbalan Ketua Cabang PKR Ampang, Daing Muhammad Redzuan Bachok berkata tindakan Rodziah yang dilihat semakin menjauh daripada pendirian parti sejak kebelakangan ini menimbulkan keresahan dalam kalangan ahli dan penyokong di peringkat akar [&hellip;]<\/p>\n","protected":false},"author":1,"featured_media":10584,"comment_status":"open","ping_status":"open","sticky":false,"template":"","format":"standard","meta":{"_acf_changed":false,"footnotes":""},"categories":[2],"tags":[1246,114,309,9,8,3953],"authors":[],"class_list":["post-10583","post","type-post","status-publish","format-standard","has-post-thumbnail","hentry","category-politik","tag-ampang","tag-letak-jawatan","tag-parlimen","tag-pkr","tag-rafizi","tag-rodziah-ismail"],"acf":[],"_links":{"self":[{"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/posts\/10583","targetHints":{"allow":["GET"]}}],"collection":[{"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/posts"}],"about":[{"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/types\/post"}],"author":[{"embeddable":true,"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/users\/1"}],"replies":[{"embeddable":true,"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/comments?post=10583"}],"version-history":[{"count":1,"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/posts\/10583\/revisions"}],"predecessor-version":[{"id":10585,"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/posts\/10583\/revisions\/10585"}],"wp:featuredmedia":[{"embeddable":true,"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/media\/10584"}],"wp:attachment":[{"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/media?parent=10583"}],"wp:term":[{"taxonomy":"category","embeddable":true,"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/categories?post=10583"},{"taxonomy":"post_tag","embeddable":true,"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/tags?post=10583"},{"taxonomy":"authors","embeddable":true,"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/authors?post=10583"}],"curies":[{"name":"wp","href":"https:\/\/api.w.org\/{rel}","templated":true}]}}