{"id":10614,"date":"2026-05-19T06:45:19","date_gmt":"2026-05-19T06:45:19","guid":{"rendered":"https:\/\/agendadaily.my\/?p=10614"},"modified":"2026-05-19T06:45:19","modified_gmt":"2026-05-19T06:45:19","slug":"mcmc-dan-kerajaan-selangor-lancar-kempen-perangi-vandalisme-kabel-telekomunikasi","status":"publish","type":"post","link":"https:\/\/agendadaily.my\/mcmc-dan-kerajaan-selangor-lancar-kempen-perangi-vandalisme-kabel-telekomunikasi\/","title":{"rendered":"MCMC dan Kerajaan Selangor lancar kempen perangi vandalisme kabel telekomunikasi"},"content":{"rendered":"<p>Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (MCMC) bersama Kerajaan Negeri Selangor melancarkan kempen khas bagi membanteras vandalisme dan kecurian infrastruktur telekomunikasi susulan peningkatan kes yang semakin serius di negeri itu.<\/p>\n<p>Kempen Pencegahan Vandalisme Infrastruktur Telekomunikasi 2026 dilancarkan Menteri Besar Selangor, Amirudin Shari, sebagai usaha memperkukuh perlindungan terhadap rangkaian komunikasi yang menjadi tulang belakang pembangunan digital negeri.<\/p>\n<p>Selangor kekal merekodkan jumlah kes vandalisme telekomunikasi tertinggi di negara ini dengan 1,836 kes pada 2024 dan 1,273 kes pada 2025.<\/p>\n<p>Wilayah Tengah yang merangkumi Selangor dan Kuala Lumpur turut mencatat jumlah tertinggi di peringkat nasional tahun lalu.<\/p>\n<p>Kegiatan seperti kecurian kabel, kerosakan pencawang dan pemotongan rangkaian komunikasi bukan sahaja menyebabkan kerugian besar kepada industri, malah menjejaskan capaian internet, operasi perniagaan, pembelajaran digital serta perkhidmatan kecemasan.<\/p>\n<p>Kebimbangan itu turut memuncak selepas beberapa video tular di media sosial memaparkan kegiatan mencuri kabel dilakukan secara terbuka di kawasan awam termasuk pada waktu siang.<\/p>\n<p>Amirudin berkata, keselamatan infrastruktur telekomunikasi amat penting dalam memastikan agenda digital Selangor dapat diteruskan secara stabil dan mampan.<\/p>\n<p>\u201cSemua pihak termasuk agensi kerajaan, pemain industri dan masyarakat perlu memainkan peranan bersama dalam melindungi infrastruktur komunikasi yang menjadi tunjang kehidupan moden dan pertumbuhan ekonomi digital negeri,\u201d katanya ketika berucap pada majlis pelancaran kempen itu hari ini.<\/p>\n<p>Antara langkah utama diperkenalkan menerusi kempen berkenaan ialah penubuhan jawatankuasa khas melibatkan MCMC, Polis Diraja Malaysia (PDRM), pihak berkuasa tempatan, Tenaga Nasional Berhad (TNB) dan syarikat telekomunikasi bagi memperkukuh tindakan pemantauan serta penguatkuasaan.<\/p>\n<p>Selain itu, program literasi dan kesedaran awam akan dilaksanakan bagi mendidik masyarakat mengenai kesan vandalisme terhadap keselamatan dan ekonomi negara.<\/p>\n<p>Program kesedaran turut akan dipergiat di kawasan hotspot seperti Rawang, Gombak dan Bangi sepanjang tahun ini dengan kerjasama komuniti setempat serta syarikat telekomunikasi.<\/p>\n<p>MCMC dalam kenyataannya berkata, usaha melindungi infrastruktur telekomunikasi bukan hanya tanggungjawab kerajaan atau industri semata-mata, sebaliknya memerlukan penglibatan seluruh masyarakat.<\/p>\n<p>Orang ramai juga digalakkan menyalurkan maklumat kepada pihak berkuasa sekiranya mengesan aktiviti mencurigakan membabitkan aset telekomunikasi.<\/p>\n","protected":false},"excerpt":{"rendered":"<p>Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (MCMC) bersama Kerajaan Negeri Selangor melancarkan kempen khas bagi membanteras vandalisme dan kecurian infrastruktur telekomunikasi susulan peningkatan kes yang semakin serius di negeri itu. Kempen Pencegahan Vandalisme Infrastruktur Telekomunikasi 2026 dilancarkan Menteri Besar Selangor, Amirudin Shari, sebagai usaha memperkukuh perlindungan terhadap rangkaian komunikasi yang menjadi tulang belakang pembangunan digital negeri. [&hellip;]<\/p>\n","protected":false},"author":1,"featured_media":10615,"comment_status":"open","ping_status":"open","sticky":false,"template":"","format":"standard","meta":{"_acf_changed":false,"footnotes":""},"categories":[3],"tags":[306,3960,2387,16,96,463,2388],"authors":[],"class_list":["post-10614","post","type-post","status-publish","format-standard","has-post-thumbnail","hentry","category-isu-semasa","tag-amirudin-shari","tag-kabel","tag-kecurian","tag-mcmc","tag-selangor","tag-telekomunikasi","tag-vandalisme"],"acf":[],"_links":{"self":[{"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/posts\/10614","targetHints":{"allow":["GET"]}}],"collection":[{"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/posts"}],"about":[{"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/types\/post"}],"author":[{"embeddable":true,"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/users\/1"}],"replies":[{"embeddable":true,"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/comments?post=10614"}],"version-history":[{"count":1,"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/posts\/10614\/revisions"}],"predecessor-version":[{"id":10616,"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/posts\/10614\/revisions\/10616"}],"wp:featuredmedia":[{"embeddable":true,"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/media\/10615"}],"wp:attachment":[{"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/media?parent=10614"}],"wp:term":[{"taxonomy":"category","embeddable":true,"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/categories?post=10614"},{"taxonomy":"post_tag","embeddable":true,"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/tags?post=10614"},{"taxonomy":"authors","embeddable":true,"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/authors?post=10614"}],"curies":[{"name":"wp","href":"https:\/\/api.w.org\/{rel}","templated":true}]}}