{"id":10624,"date":"2026-05-19T12:30:48","date_gmt":"2026-05-19T12:30:48","guid":{"rendered":"https:\/\/agendadaily.my\/?p=10624"},"modified":"2026-05-19T12:30:48","modified_gmt":"2026-05-19T12:30:48","slug":"pendapatan-pelaburan-kwsp-naik-pada-suku-pertama-2026","status":"publish","type":"post","link":"https:\/\/agendadaily.my\/pendapatan-pelaburan-kwsp-naik-pada-suku-pertama-2026\/","title":{"rendered":"Pendapatan pelaburan KWSP naik pada suku pertama 2026"},"content":{"rendered":"<p>Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) mencatat peningkatan ketara pendapatan pelaburan sebanyak 51 peratus kepada RM27.73 bilion bagi suku pertama berakhir 31 Mac 2026, berbanding RM18.31 bilion yang direkodkan dalam tempoh sama tahun lalu.<\/p>\n<p>Ketua Pegawai Eksekutif KWSP, Ahmad Zulqarnain Onn berkata prestasi memberangsangkan itu dipacu langkah awal pengurus portfolio yang mengambil peluang merealisasikan keuntungan sebelum pasaran global menjadi lebih tidak menentu.<\/p>\n<p>\u201cPendapatan suku pertama yang kukuh ini mencerminkan keputusan portfolio yang dibuat lebih awal susulan jangkaan ketidaktentuan pasaran global.<\/p>\n<p>\u201cNamun prestasi suku tahunan tidak seharusnya dijadikan petunjuk untuk tempoh berikutnya kerana keadaan sama mungkin tidak berulang,\u201d katanya dalam kenyataan hari ini.<\/p>\n<p>Menurut beliau, pendapatan itu termasuk keuntungan dan kerugian belum direalisasikan berdasarkan penilaian \u2018mark to market\u2019, terutama akibat turun naik kadar pertukaran asing.<\/p>\n<p>KWSP memaklumkan, pendapatan daripada ekuiti melonjak 88 peratus kepada RM20.34 bilion berbanding RM10.80 bilion pada suku pertama tahun lalu.<\/p>\n<p>Peningkatan itu disokong sentimen pelabur yang lebih positif pada awal tahun sehingga mendorong kenaikan kebanyakan indeks utama dunia.<\/p>\n<p>Bagaimanapun, momentum pasaran mula perlahan pada Mac apabila ketegangan geopolitik dan kebimbangan ekonomi global meningkatkan volatiliti pasaran kewangan.<\/p>\n<p>Instrumen pendapatan tetap pula menyumbang RM6.76 bilion atau 24 peratus daripada keseluruhan pendapatan pelaburan. KWSP berkata, aset seperti Sekuriti Kerajaan Malaysia terus memainkan peranan penting sebagai komponen defensif ketika pasaran berdepan ketidaktentuan.<\/p>\n<p>Dalam pada itu, pelaburan hartanah dan infrastruktur merekodkan pendapatan RM0.19 bilion manakala instrumen pasaran wang mencatat keuntungan RM0.44 bilion.<\/p>\n<p>Ahmad Zulqarnain berkata, persekitaran ekonomi global dijangka terus mencabar dengan risiko geopolitik, kenaikan harga minyak serta tekanan inflasi yang kembali meningkat.<\/p>\n<p>\u201cTindakan awal yang diambil membolehkan kami memasuki tempoh ketidaktentuan ini dalam kedudukan yang kukuh. Keutamaan kami kini ialah pemeliharaan modal dan pelaburan secara berdisiplin demi memastikan simpanan persaraan 18 juta ahli kekal mampan dalam jangka panjang,\u201d katanya.<\/p>\n<p>Sehingga akhir Mac 2026, jumlah aset pelaburan KWSP meningkat kepada RM1.44 trilion dengan 36 peratus daripadanya dilaburkan di pasaran antarabangsa.<\/p>\n<p>Pelaburan global menyumbang RM15.36 bilion atau 55 peratus daripada keseluruhan pendapatan pelaburan suku pertama.<\/p>\n<p>KWSP turut memaklumkan jumlah pendapatan pelaburan bagi Simpanan Konvensional dan Simpanan Shariah masing-masing sebanyak RM22.63 bilion dan RM5.10 bilion.<\/p>\n","protected":false},"excerpt":{"rendered":"<p>Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) mencatat peningkatan ketara pendapatan pelaburan sebanyak 51 peratus kepada RM27.73 bilion bagi suku pertama berakhir 31 Mac 2026, berbanding RM18.31 bilion yang direkodkan dalam tempoh sama tahun lalu. Ketua Pegawai Eksekutif KWSP, Ahmad Zulqarnain Onn berkata prestasi memberangsangkan itu dipacu langkah awal pengurus portfolio yang mengambil peluang merealisasikan keuntungan sebelum [&hellip;]<\/p>\n","protected":false},"author":1,"featured_media":1917,"comment_status":"open","ping_status":"open","sticky":false,"template":"","format":"standard","meta":{"_acf_changed":false,"footnotes":""},"categories":[3],"tags":[3331,488,504,1090],"authors":[],"class_list":["post-10624","post","type-post","status-publish","format-standard","has-post-thumbnail","hentry","category-isu-semasa","tag-ahmad-zulqarnain-onn","tag-kwsp","tag-pelaburan","tag-pendapatan"],"acf":[],"_links":{"self":[{"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/posts\/10624","targetHints":{"allow":["GET"]}}],"collection":[{"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/posts"}],"about":[{"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/types\/post"}],"author":[{"embeddable":true,"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/users\/1"}],"replies":[{"embeddable":true,"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/comments?post=10624"}],"version-history":[{"count":1,"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/posts\/10624\/revisions"}],"predecessor-version":[{"id":10625,"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/posts\/10624\/revisions\/10625"}],"wp:featuredmedia":[{"embeddable":true,"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/media\/1917"}],"wp:attachment":[{"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/media?parent=10624"}],"wp:term":[{"taxonomy":"category","embeddable":true,"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/categories?post=10624"},{"taxonomy":"post_tag","embeddable":true,"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/tags?post=10624"},{"taxonomy":"authors","embeddable":true,"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/authors?post=10624"}],"curies":[{"name":"wp","href":"https:\/\/api.w.org\/{rel}","templated":true}]}}