{"id":10627,"date":"2026-05-19T12:34:24","date_gmt":"2026-05-19T12:34:24","guid":{"rendered":"https:\/\/agendadaily.my\/?p=10627"},"modified":"2026-05-19T12:34:24","modified_gmt":"2026-05-19T12:34:24","slug":"ruu-had-tempoh-jawatan-pm-dibentang-semula-jun-ini-azalina","status":"publish","type":"post","link":"https:\/\/agendadaily.my\/ruu-had-tempoh-jawatan-pm-dibentang-semula-jun-ini-azalina\/","title":{"rendered":"RUU had tempoh jawatan PM dibentang semula Jun Ini: Azalina"},"content":{"rendered":"<p>Kerajaan dijangka membentangkan semula Rang Undang-Undang (RUU) Perlembagaan (Pindaan) 2026 berkaitan had tempoh jawatan Perdana Menteri pada sidang Dewan Rakyat Jun ini, selepas gagal diluluskan pada Mac lalu.<\/p>\n<p>Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Undang-undang dan Reformasi Institusi), Azalina Othman Said berharap Ahli Parlimen pembangkang dapat menilai kepentingan pindaan itu demi kebaikan negara dan rakyat.<\/p>\n<p>Menurutnya, cadangan mengehadkan tempoh perkhidmatan Perdana Menteri bukan bertujuan menambah kuasa kerajaan, sebaliknya untuk mewujudkan semak dan imbang dalam sistem pentadbiran negara.<\/p>\n<p>\u201cKami daripada blok kerajaan memang melihat ini sebagai sesuatu yang baik untuk negara dan rakyat. Saya harap pembangkang juga dapat melihat bahawa ini bukan untuk melebihkan kuasa, tetapi untuk mengehadkan kuasa,\u201d katanya selepas Majlis Anugerah Perkhidmatan Cemerlang 2025 dan Jasamu Dikenang 2026 Kluster Undang-undang dan Reformasi Institusi di Putrajaya hari ini.<\/p>\n<p>Beliau turut menjelaskan kerajaan tidak melakukan sebarang pindaan baharu terhadap RUU itu dan ia hanya akan dibentangkan semula untuk mendapatkan undian Ahli Parlimen seperti diputuskan dalam Mesyuarat Jemaah Menteri beberapa bulan lalu.<\/p>\n<p>Cadangan mengehadkan tempoh jawatan Perdana Menteri sebelum ini pernah menjadi sebahagian manifesto beberapa parti politik termasuk parti dalam kerajaan MADANI ketika pilihan raya umum lalu.<\/p>\n<p>Langkah itu dilihat sebagai antara agenda reformasi institusi bagi mengelakkan pemusatan kuasa terlalu lama dalam pentadbiran negara.<\/p>\n<p>Pada Mac lalu, RUU tersebut gagal memperoleh sokongan mencukupi di Dewan Rakyat.<\/p>\n<p>Ketua Pembangkang, Hamzah Zainuddin dilaporkan berkata kegagalan itu bukan berpunca daripada blok pembangkang, sebaliknya disebabkan ketidakhadiran Ahli Parlimen kerajaan ketika sesi undian.<\/p>\n<p>Menurut beliau, pembangkang tidak menolak cadangan itu, namun memilih untuk berkecuali selepas beberapa syarat yang dikemukakan mereka tidak diambil kira.<\/p>\n<p>Dalam perkembangan lain, Azalina memaklumkan kerajaan turut akan membentangkan RUU berkaitan pemisahan kuasa antara Peguam Negara dan Pendakwa Raya.<\/p>\n<p>Beliau juga berkata Mahkamah Tribunal Anti-Buli termasuk sistem mahkamah dalam talian akan dirasmikan pada 16 Jun depan, manakala presidennya, Nurul Husna Awang, sudah memulakan tugas sejak semalam.<\/p>\n","protected":false},"excerpt":{"rendered":"<p>Kerajaan dijangka membentangkan semula Rang Undang-Undang (RUU) Perlembagaan (Pindaan) 2026 berkaitan had tempoh jawatan Perdana Menteri pada sidang Dewan Rakyat Jun ini, selepas gagal diluluskan pada Mac lalu. Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Undang-undang dan Reformasi Institusi), Azalina Othman Said berharap Ahli Parlimen pembangkang dapat menilai kepentingan pindaan itu demi kebaikan negara dan [&hellip;]<\/p>\n","protected":false},"author":1,"featured_media":4091,"comment_status":"open","ping_status":"open","sticky":false,"template":"","format":"standard","meta":{"_acf_changed":false,"footnotes":""},"categories":[3],"tags":[1456,3961,309,197,310,402],"authors":[],"class_list":["post-10627","post","type-post","status-publish","format-standard","has-post-thumbnail","hentry","category-isu-semasa","tag-azalina-othman-said","tag-had-jawatan","tag-parlimen","tag-perdana-menteri","tag-ruu","tag-undang-undang"],"acf":[],"_links":{"self":[{"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/posts\/10627","targetHints":{"allow":["GET"]}}],"collection":[{"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/posts"}],"about":[{"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/types\/post"}],"author":[{"embeddable":true,"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/users\/1"}],"replies":[{"embeddable":true,"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/comments?post=10627"}],"version-history":[{"count":1,"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/posts\/10627\/revisions"}],"predecessor-version":[{"id":10628,"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/posts\/10627\/revisions\/10628"}],"wp:featuredmedia":[{"embeddable":true,"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/media\/4091"}],"wp:attachment":[{"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/media?parent=10627"}],"wp:term":[{"taxonomy":"category","embeddable":true,"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/categories?post=10627"},{"taxonomy":"post_tag","embeddable":true,"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/tags?post=10627"},{"taxonomy":"authors","embeddable":true,"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/authors?post=10627"}],"curies":[{"name":"wp","href":"https:\/\/api.w.org\/{rel}","templated":true}]}}