{"id":10633,"date":"2026-05-20T04:05:51","date_gmt":"2026-05-20T04:05:51","guid":{"rendered":"https:\/\/agendadaily.my\/?p=10633"},"modified":"2026-05-20T04:06:09","modified_gmt":"2026-05-20T04:06:09","slug":"exco-amk-umum-letak-jawatan-dalam-pkr-keluar-parti","status":"publish","type":"post","link":"https:\/\/agendadaily.my\/exco-amk-umum-letak-jawatan-dalam-pkr-keluar-parti\/","title":{"rendered":"Exco AMK umum letak jawatan dalam PKR, keluar parti"},"content":{"rendered":"<p>Seorang pemimpin muda Parti Keadilan Rakyat (PKR), Muhammad Haziq Azfar Ishak, hari ini mengumumkan peletakan jawatan daripada semua jawatan parti dan keluar daripada PKR berkuat kuasa serta-merta.<\/p>\n<p>Haziq yang sebelum ini memegang jawatan Exco Angkatan Muda Keadilan (AMK) Malaysia serta Ketua AMK Cabang Tanjong Malim berkata, keputusan itu dibuat kerana kecewa dengan hala tuju parti yang didakwa semakin mempertahankan status quo dan menyimpang daripada semangat asal perjuangan reformasi.<\/p>\n<p>Menurutnya, PKR kini dilihat terlalu banyak berkompromi dalam politik sehingga gagal memenuhi harapan penyokong yang mahukan perubahan.<\/p>\n<p>\u201cKEADILAN dan Pakatan Harapan terpaksa mengabaikan suara penyokong kerana terlalu banyak berdolak-dalik dan menangguhkan janji perubahan,\u201d katanya dalam satu kenyataan hari ini.<\/p>\n<p>Beliau turut mendakwa keadaan itu menyebabkan keyakinan rakyat terhadap politik semakin merosot, terutama dalam kalangan anak muda dan pengundi kali pertama.<\/p>\n<p>\u201cYang lebih membimbangkan adalah keculasan ini memberi kesan terhadap kepercayaan orang awam khususnya generasi muda pengundi kali pertama terhadap institusi parti politik dan demokrasi,\u201d katanya.<\/p>\n<p>Haziq berkata, pendekatan politik sedia ada perlu diubah dengan gerakan yang lebih agresif dan radikal bagi menangani cabaran generasi baharu yang berdepan tekanan kos sara hidup, peluang pekerjaan dan isu sosial abad ke-21.<\/p>\n<p>PKR sebelum ini dikenali sebagai parti yang lahir daripada gerakan reformasi selepas pemecatan dan pemenjaraan Anwar Ibrahim pada 1998.<\/p>\n<p>Parti itu membawa agenda perubahan institusi, tadbir urus dan keadilan sosial sebelum menjadi antara komponen utama dalam kerajaan Persekutuan menerusi gabungan Pakatan Harapan.<\/p>\n<p>Bagaimanapun sejak membentuk kerajaan bersama beberapa parti lain, PKR dan Pakatan Harapan sering berdepan kritikan sebahagian penyokong sendiri yang mendakwa gabungan itu semakin pragmatik dan kurang tegas dalam melaksanakan reformasi dijanjikan.<\/p>\n<p>Walaupun mengambil keputusan meninggalkan parti, Haziq tetap merakamkan penghargaan kepada PKR atas pengalaman dan ruang perjuangan yang diberikan sepanjang penglibatannya dalam parti itu.<\/p>\n","protected":false},"excerpt":{"rendered":"<p>Seorang pemimpin muda Parti Keadilan Rakyat (PKR), Muhammad Haziq Azfar Ishak, hari ini mengumumkan peletakan jawatan daripada semua jawatan parti dan keluar daripada PKR berkuat kuasa serta-merta. Haziq yang sebelum ini memegang jawatan Exco Angkatan Muda Keadilan (AMK) Malaysia serta Ketua AMK Cabang Tanjong Malim berkata, keputusan itu dibuat kerana kecewa dengan hala tuju parti [&hellip;]<\/p>\n","protected":false},"author":1,"featured_media":10635,"comment_status":"open","ping_status":"open","sticky":false,"template":"","format":"standard","meta":{"_acf_changed":false,"footnotes":""},"categories":[2],"tags":[164,13,2580,114,3962,9,18],"authors":[],"class_list":["post-10633","post","type-post","status-publish","format-standard","has-post-thumbnail","hentry","category-politik","tag-amk","tag-anwar","tag-exco","tag-letak-jawatan","tag-muhammad-haziq-azfar-ishak","tag-pkr","tag-pmx"],"acf":[],"_links":{"self":[{"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/posts\/10633","targetHints":{"allow":["GET"]}}],"collection":[{"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/posts"}],"about":[{"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/types\/post"}],"author":[{"embeddable":true,"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/users\/1"}],"replies":[{"embeddable":true,"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/comments?post=10633"}],"version-history":[{"count":2,"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/posts\/10633\/revisions"}],"predecessor-version":[{"id":10637,"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/posts\/10633\/revisions\/10637"}],"wp:featuredmedia":[{"embeddable":true,"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/media\/10635"}],"wp:attachment":[{"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/media?parent=10633"}],"wp:term":[{"taxonomy":"category","embeddable":true,"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/categories?post=10633"},{"taxonomy":"post_tag","embeddable":true,"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/tags?post=10633"},{"taxonomy":"authors","embeddable":true,"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/authors?post=10633"}],"curies":[{"name":"wp","href":"https:\/\/api.w.org\/{rel}","templated":true}]}}