{"id":10646,"date":"2026-05-20T07:01:28","date_gmt":"2026-05-20T07:01:28","guid":{"rendered":"https:\/\/agendadaily.my\/?p=10646"},"modified":"2026-05-20T07:01:28","modified_gmt":"2026-05-20T07:01:28","slug":"tm-sedia-beri-kerjasama-kepada-doj-berhubung-siasatan-as20-juta","status":"publish","type":"post","link":"https:\/\/agendadaily.my\/tm-sedia-beri-kerjasama-kepada-doj-berhubung-siasatan-as20-juta\/","title":{"rendered":"TM sedia beri kerjasama kepada DOJ berhubung siasatan AS$20 juta"},"content":{"rendered":"<p>Telekom Malaysia (TM) memberi jaminan akan bekerjasama sepenuhnya dengan Jabatan Kehakiman Amerika Syarikat (DOJ) berhubung kes membabitkan tiga bekas pegawai kanan anak syarikatnya di Amerika Syarikat yang didakwa menyeleweng lebih AS$20 juta dana syarikat.<\/p>\n<p>TM dalam kenyataan hari ini memaklumkan syarikat itu terlebih dahulu menjalankan siasatan dalaman selepas mengesyaki berlaku salah laku dalam kalangan pegawai terbabit sebelum tindakan pemecatan diambil.<\/p>\n<p>\u201cMaklumat hasil siasatan dalaman itu turut dikongsi dengan pihak berkuasa berkaitan. Kes ini kini berada di bawah bidang kuasa DOJ dan mahkamah Amerika Syarikat,\u201d menurut kenyataan itu.<\/p>\n<p>TM turut menegaskan syarikat berkenaan tidak akan berkompromi terhadap sebarang salah laku dan sentiasa mengutamakan piawaian tadbir urus serta pematuhan yang ketat dalam operasi syarikat.<\/p>\n<p>Kes itu mendapat perhatian selepas DOJ mengumumkan pertuduhan terhadap Mohd Hafiz Lockman, Mohd Yuzaimi Yusof dan Khanh Thuong Nguyen yang merupakan eksekutif kanan di TM USA Inc.<\/p>\n<p>Menurut DOJ, ketiga-tiga individu terbabit didakwa menggunakan rekod palsu dan kenyataan mengelirukan bagi menyalurkan dana syarikat secara tidak sah, selain memperdaya rakan niaga, pembekal, juruaudit dan pihak penyelia di Amerika Syarikat antara Julai 2020 hingga Februari 2026.<\/p>\n<p>Penolong Pengarah Biro Penyiasatan Persekutuan (FBI), James C. Barnacle Jr. berkata, siasatan mendapati wujud skim pecah amanah yang dirancang bagi mendapatkan keuntungan peribadi.<\/p>\n<p>\u201cMereka didakwa memalsukan rekod korporat dan menyalahgunakan kedudukan dalam syarikat untuk kepentingan kewangan sendiri,\u201d katanya dalam satu kenyataan.<\/p>\n<p>Mohd Hafiz dilaporkan ditahan di Lapangan Terbang San Francisco, manakala dua lagi tertuduh menyerah diri kepada pihak berkuasa Amerika bulan lalu.<\/p>\n<p>TM USA Inc merupakan anak syarikat TM yang beroperasi di Amerika Syarikat dan terlibat dalam penyediaan perkhidmatan telekomunikasi serta rangkaian data antarabangsa.<\/p>\n","protected":false},"excerpt":{"rendered":"<p>Telekom Malaysia (TM) memberi jaminan akan bekerjasama sepenuhnya dengan Jabatan Kehakiman Amerika Syarikat (DOJ) berhubung kes membabitkan tiga bekas pegawai kanan anak syarikatnya di Amerika Syarikat yang didakwa menyeleweng lebih AS$20 juta dana syarikat. TM dalam kenyataan hari ini memaklumkan syarikat itu terlebih dahulu menjalankan siasatan dalaman selepas mengesyaki berlaku salah laku dalam kalangan pegawai [&hellip;]<\/p>\n","protected":false},"author":1,"featured_media":10647,"comment_status":"open","ping_status":"open","sticky":false,"template":"","format":"standard","meta":{"_acf_changed":false,"footnotes":""},"categories":[3],"tags":[530,2753,3964,38,24,23,3963],"authors":[],"class_list":["post-10646","post","type-post","status-publish","format-standard","has-post-thumbnail","hentry","category-isu-semasa","tag-as","tag-doj","tag-jabatan-kehakiman-amerika-syarikat","tag-malaysia","tag-rasuah","tag-siasatan","tag-tm"],"acf":[],"_links":{"self":[{"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/posts\/10646","targetHints":{"allow":["GET"]}}],"collection":[{"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/posts"}],"about":[{"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/types\/post"}],"author":[{"embeddable":true,"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/users\/1"}],"replies":[{"embeddable":true,"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/comments?post=10646"}],"version-history":[{"count":1,"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/posts\/10646\/revisions"}],"predecessor-version":[{"id":10648,"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/posts\/10646\/revisions\/10648"}],"wp:featuredmedia":[{"embeddable":true,"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/media\/10647"}],"wp:attachment":[{"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/media?parent=10646"}],"wp:term":[{"taxonomy":"category","embeddable":true,"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/categories?post=10646"},{"taxonomy":"post_tag","embeddable":true,"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/tags?post=10646"},{"taxonomy":"authors","embeddable":true,"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/authors?post=10646"}],"curies":[{"name":"wp","href":"https:\/\/api.w.org\/{rel}","templated":true}]}}