{"id":10661,"date":"2026-05-20T07:27:28","date_gmt":"2026-05-20T07:27:28","guid":{"rendered":"https:\/\/agendadaily.my\/?p=10661"},"modified":"2026-05-20T07:27:28","modified_gmt":"2026-05-20T07:27:28","slug":"liu-siew-ki-junjung-titah-teguran-sultan-selangor-supaya-hayati-rukun-negara","status":"publish","type":"post","link":"https:\/\/agendadaily.my\/liu-siew-ki-junjung-titah-teguran-sultan-selangor-supaya-hayati-rukun-negara\/","title":{"rendered":"Liu, Siew Ki junjung titah teguran Sultan Selangor supaya hayati Rukun Negara"},"content":{"rendered":"<p>Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Seri Kembangan, Wong Siew Ki dan bekas Exco Selangor, Ronnie Liu menjunjung titah Sultan Selangor Sultan Sharafuddin Idris Shah supaya pemimpin politik lebih memahami serta menghayati prinsip Rukun Negara.<\/p>\n<p>Siew Ki berkata, lima prinsip Rukun Negara sentiasa menjadi panduan utama dalam melaksanakan tanggungjawab sebagai wakil rakyat demi memastikan kepentingan rakyat Selangor dan Malaysia terus diutamakan.<\/p>\n<p>\u201cPatik menjunjung tinggi titah Sultan Selangor dan sentiasa menghormati serta mematuhi prinsip-prinsip ini dalam setiap tindakan demi mengutamakan kepentingan rakyat Selangor dan Malaysia,\u201d katanya dalam kenyataan pada Rabu.<\/p>\n<p>Sementara itu, Liu menyifatkan titah Sultan Selangor itu sebagai peringatan penting agar ahli politik kembali kepada asas pembinaan negara serta menghormati Perlembagaan, institusi diraja dan kedaulatan undang-undang.<\/p>\n<p>Menurut beliau, Rukun Negara perlu difahami secara menyeluruh dan bukan digunakan mengikut kepentingan politik semata-mata.<\/p>\n<p>\u201cSaya amat menghargai titah Sultan Selangor yang mengingatkan ahli politik supaya kembali memahami semangat sebenar Rukun Negara, terutama ketika suasana politik negara semakin dipenuhi emosi dan perpecahan,\u201d katanya.<\/p>\n<p>Beliau turut menegaskan politik negara perlu dibina atas dasar kematangan, hormat-menghormati dan kerjasama, bukannya konflik berpanjangan.<\/p>\n<p>\u201cApa yang rakyat mahukan hari ini bukan pertelagahan berterusan, tetapi kerjasama untuk membina Malaysia yang lebih stabil, matang dan bersatu,\u201d katanya lagi.<\/p>\n<p>Terdahulu, Sultan Selangor menitahkan Liu dan Siew Ki hadir ke Dataran Selangor bagi membaca serta menghayati Rukun Negara selain memahami kepentingan menghormati institusi diraja dan menjaga adab kesopanan.<\/p>\n<p>Baginda turut mahu semua ADUN Selangor hadir ke dataran berkenaan dua kali sebulan untuk membaca prinsip Rukun Negara yang dipaparkan di kawasan itu.<\/p>\n<p>Isu berkenaan tercetus selepas Siew Ki ketika membahaskan titah ucapan Sultan Selangor pada Sidang Dewan Undangan Negeri (DUN) Selangor sebelum ini mencadangkan kerajaan negeri mempertimbangkan sistem penternakan babi moden secara tertutup di Selangor.<\/p>\n<p>Cadangan tersebut dibuat atas alasan kesamarataan rakyat seperti yang dijamin di bawah Perkara 8(2) Perlembagaan Persekutuan.<\/p>\n<p>Liu sebelum ini turut mempertahankan cadangan itu dengan menyifatkannya sebagai penyelesaian teknikal dalam kerangka undang-undang, selain mencadangkan penternak mempertimbangkan semakan kehakiman berhubung hak yang dilindungi Perlembagaan.<\/p>\n","protected":false},"excerpt":{"rendered":"<p>Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Seri Kembangan, Wong Siew Ki dan bekas Exco Selangor, Ronnie Liu menjunjung titah Sultan Selangor Sultan Sharafuddin Idris Shah supaya pemimpin politik lebih memahami serta menghayati prinsip Rukun Negara. Siew Ki berkata, lima prinsip Rukun Negara sentiasa menjadi panduan utama dalam melaksanakan tanggungjawab sebagai wakil rakyat demi memastikan kepentingan rakyat [&hellip;]<\/p>\n","protected":false},"author":1,"featured_media":10662,"comment_status":"open","ping_status":"open","sticky":false,"template":"","format":"standard","meta":{"_acf_changed":false,"footnotes":""},"categories":[2],"tags":[356,2885,63,3856,3164,1748,3743],"authors":[],"class_list":["post-10661","post","type-post","status-publish","format-standard","has-post-thumbnail","hentry","category-politik","tag-adun","tag-babi","tag-dap","tag-ronnie-liu-tian-khiew","tag-sharafuddin-idris-shah","tag-sultan-selangor","tag-wong-siew-ki"],"acf":[],"_links":{"self":[{"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/posts\/10661","targetHints":{"allow":["GET"]}}],"collection":[{"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/posts"}],"about":[{"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/types\/post"}],"author":[{"embeddable":true,"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/users\/1"}],"replies":[{"embeddable":true,"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/comments?post=10661"}],"version-history":[{"count":1,"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/posts\/10661\/revisions"}],"predecessor-version":[{"id":10663,"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/posts\/10661\/revisions\/10663"}],"wp:featuredmedia":[{"embeddable":true,"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/media\/10662"}],"wp:attachment":[{"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/media?parent=10661"}],"wp:term":[{"taxonomy":"category","embeddable":true,"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/categories?post=10661"},{"taxonomy":"post_tag","embeddable":true,"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/tags?post=10661"},{"taxonomy":"authors","embeddable":true,"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/authors?post=10661"}],"curies":[{"name":"wp","href":"https:\/\/api.w.org\/{rel}","templated":true}]}}