{"id":10664,"date":"2026-05-20T07:56:44","date_gmt":"2026-05-20T07:56:44","guid":{"rendered":"https:\/\/agendadaily.my\/?p=10664"},"modified":"2026-05-20T07:56:44","modified_gmt":"2026-05-20T07:56:44","slug":"kabinet-dimaklum-komitmen-gps-dan-grs-kekal-bersama-kerajaan-perpaduan-fahmi","status":"publish","type":"post","link":"https:\/\/agendadaily.my\/kabinet-dimaklum-komitmen-gps-dan-grs-kekal-bersama-kerajaan-perpaduan-fahmi\/","title":{"rendered":"Kabinet dimaklum komitmen GPS dan GRS kekal bersama Kerajaan Perpaduan: Fahmi"},"content":{"rendered":"<p>Kerajaan Perpaduan kekal stabil apabila parti-parti komponen utama termasuk Barisan Nasional (BN), Gabungan Rakyat Sabah (GRS) dan Gabungan Parti Sarawak (GPS) menegaskan komitmen untuk terus bersama kerajaan sehingga tamat penggal pentadbiran.<\/p>\n<p>Jurucakap Kerajaan, Fahmi Fadzil berkata perkara itu dimaklumkan Perdana Menteri Anwar Ibrahim dalam Mesyuarat Jemaah Menteri hari ini sebagai tanda sokongan berterusan terhadap pentadbiran Kerajaan Madani.<\/p>\n<p>Menurut beliau, sokongan tersebut penting bagi memastikan kerajaan dapat terus memberi tumpuan kepada usaha menangani cabaran ekonomi semasa termasuk kesan ketidaktentuan geopolitik di Asia Barat dan tekanan kos sara hidup rakyat.<\/p>\n<p>\u201cKomitmen ini mencerminkan keutamaan yang diberikan terhadap kepentingan rakyat dan negara serta membolehkan kerajaan terus melaksanakan agenda pembangunan dan kebajikan,\u201d katanya dalam sidang media selepas mesyuarat Kabinet hari ini.<\/p>\n<p>Kerajaan Perpaduan dibentuk selepas Pilihan Raya Umum ke-15 pada November 2022 yang menyaksikan tiada gabungan memperoleh majoriti mudah untuk membentuk kerajaan secara bersendirian.<\/p>\n<p>Kerjasama melibatkan Pakatan Harapan, Barisan Nasional (BN), GPS, GRS dan beberapa parti lain itu dilihat penting dalam memastikan kestabilan politik negara.<\/p>\n<p>Dalam perkembangan sama, Fahmi berkata kerajaan menghargai pendekatan penganjuran sambutan rasmi seperti Hari Belia Negara dan Pesta Kaamatan yang kini dilaksanakan secara lebih sederhana bagi memastikan perbelanjaan awam lebih berhemah.<\/p>\n<p>Katanya, langkah penjimatan itu tidak menjejaskan objektif program mahupun penyampaian perkhidmatan kepada rakyat.<\/p>\n<p>\u201cKeutamaan perbelanjaan yang dilaksanakan setiap kementerian mula menunjukkan hasil positif tanpa menjejaskan pelaksanaan projek serta kebajikan rakyat,\u201d katanya.<\/p>\n<p>Beliau turut menjelaskan kerajaan terus memberi tumpuan kepada pengukuhan sektor perkhidmatan barisan hadapan khususnya kesihatan, keselamatan dan pendidikan.<\/p>\n<p>Selain itu, Kabinet juga mengambil maklum hasil kaji selidik dijalankan Persekutuan Pekilang-Pekilang Malaysia (FMM) bagi mengenal pasti cabaran dihadapi sektor industri.<\/p>\n<p>Menurut Fahmi, dapatan kajian itu akan membantu kerajaan merangka dasar dan inisiatif lebih strategik bagi memastikan isu industri dapat diselesaikan secara menyeluruh dan mampan.<\/p>\n","protected":false},"excerpt":{"rendered":"<p>Kerajaan Perpaduan kekal stabil apabila parti-parti komponen utama termasuk Barisan Nasional (BN), Gabungan Rakyat Sabah (GRS) dan Gabungan Parti Sarawak (GPS) menegaskan komitmen untuk terus bersama kerajaan sehingga tamat penggal pentadbiran. Jurucakap Kerajaan, Fahmi Fadzil berkata perkara itu dimaklumkan Perdana Menteri Anwar Ibrahim dalam Mesyuarat Jemaah Menteri hari ini sebagai tanda sokongan berterusan terhadap pentadbiran [&hellip;]<\/p>\n","protected":false},"author":1,"featured_media":6672,"comment_status":"open","ping_status":"open","sticky":false,"template":"","format":"standard","meta":{"_acf_changed":false,"footnotes":""},"categories":[3],"tags":[49,3969,151,756,1136,184,285,592],"authors":[],"class_list":["post-10664","post","type-post","status-publish","format-standard","has-post-thumbnail","hentry","category-isu-semasa","tag-fahmi-fadzil","tag-gps","tag-grs","tag-jurucakap-kerajaan","tag-kerajaan-perpaduan","tag-komunikasi","tag-madani","tag-sidang-media"],"acf":[],"_links":{"self":[{"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/posts\/10664","targetHints":{"allow":["GET"]}}],"collection":[{"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/posts"}],"about":[{"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/types\/post"}],"author":[{"embeddable":true,"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/users\/1"}],"replies":[{"embeddable":true,"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/comments?post=10664"}],"version-history":[{"count":1,"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/posts\/10664\/revisions"}],"predecessor-version":[{"id":10665,"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/posts\/10664\/revisions\/10665"}],"wp:featuredmedia":[{"embeddable":true,"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/media\/6672"}],"wp:attachment":[{"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/media?parent=10664"}],"wp:term":[{"taxonomy":"category","embeddable":true,"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/categories?post=10664"},{"taxonomy":"post_tag","embeddable":true,"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/tags?post=10664"},{"taxonomy":"authors","embeddable":true,"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/authors?post=10664"}],"curies":[{"name":"wp","href":"https:\/\/api.w.org\/{rel}","templated":true}]}}