{"id":10668,"date":"2026-05-20T08:10:00","date_gmt":"2026-05-20T08:10:00","guid":{"rendered":"https:\/\/agendadaily.my\/?p=10668"},"modified":"2026-05-20T08:10:00","modified_gmt":"2026-05-20T08:10:00","slug":"fahmi-arah-siasatan-isu-wartawan-dikasari-di-konvensyen-ph","status":"publish","type":"post","link":"https:\/\/agendadaily.my\/fahmi-arah-siasatan-isu-wartawan-dikasari-di-konvensyen-ph\/","title":{"rendered":"Fahmi arah siasatan isu wartawan dikasari di Konvensyen PH"},"content":{"rendered":"<p>Fahmi Fadzil mengarahkan sekretariat Konvensyen Pakatan Harapan (PH) menyiasat dakwaan insiden kekasaran terhadap pengamal media ketika liputan konvensyen parti itu di Johor, Ahad lalu.<\/p>\n<p>Menurut Fahmi yang juga pengarah konvensyen berkenaan, beliau memandang serius laporan dibuat Kelab Media Johor (KMJ) dan menegaskan insiden seumpama itu tidak sepatutnya berlaku dalam mana-mana acara rasmi atau politik.<\/p>\n<p>\u201cSaya telah minta pihak sekretariat meneliti aduan yang dibuat serta mengenal pasti isu dan individu yang mungkin terlibat untuk tindakan lanjut,\u201d katanya pada sidang media mingguan hari ini.<\/p>\n<p>Beliau turut melahirkan rasa kesal terhadap kejadian itu, apatah lagi melibatkan petugas media yang menjalankan tugas liputan.<\/p>\n<p>\u201cSelaku pengarah konvensyen, saya amat kesal dengan kejadian ini. Saya juga mengenali pasukan media Johor dan bagi saya perkara seperti ini tidak sepatutnya berlaku,\u201d katanya.<\/p>\n<p>Fahmi menegaskan wartawan perlu diberi ruang sepenuhnya untuk menjalankan tugas tanpa gangguan, termasuk ketika membuat liputan program politik yang melibatkan kehadiran ramai pihak berkepentingan.<\/p>\n<p>Bagaimanapun, beliau mengakui faktor seperti ruang yang sempit, jumlah kehadiran terlalu ramai serta pergerakan individu yang ingin ditemu bual boleh menyebabkan situasi menjadi tidak terkawal.<\/p>\n<p>\u201cKadang-kadang berlaku insiden tidak diingini terutama apabila ruang terhad dan keadaan terlalu sesak untuk wartawan menjalankan tugas,\u201d katanya lagi.<\/p>\n<p>Menurut beliau, pihak sekretariat sebenarnya telah menyediakan beberapa kemudahan bagi membantu media sepanjang konvensyen berlangsung, namun tidak menolak kemungkinan berlaku kesesakan di lokasi tertentu.<\/p>\n<p>Terdahulu, KMJ membuat laporan polis susulan tindakan agresif dipercayai dilakukan anggota keselamatan sebuah parti politik terhadap petugas media ketika Konvensyen PH di Pusat Konvensyen Antarabangsa Persada Johor.<\/p>\n<p>KMJ mendakwa insiden itu melibatkan tindakan menghalang wartawan dari Johor dan Kuala Lumpur sehingga tercetus tolak-menolak serta pertelingkahan mulut.<\/p>\n","protected":false},"excerpt":{"rendered":"<p>Fahmi Fadzil mengarahkan sekretariat Konvensyen Pakatan Harapan (PH) menyiasat dakwaan insiden kekasaran terhadap pengamal media ketika liputan konvensyen parti itu di Johor, Ahad lalu. Menurut Fahmi yang juga pengarah konvensyen berkenaan, beliau memandang serius laporan dibuat Kelab Media Johor (KMJ) dan menegaskan insiden seumpama itu tidak sepatutnya berlaku dalam mana-mana acara rasmi atau politik. \u201cSaya [&hellip;]<\/p>\n","protected":false},"author":1,"featured_media":3835,"comment_status":"open","ping_status":"open","sticky":false,"template":"","format":"standard","meta":{"_acf_changed":false,"footnotes":""},"categories":[2],"tags":[3973,49,630,3974,3972,231,9],"authors":[],"class_list":["post-10668","post","type-post","status-publish","format-standard","has-post-thumbnail","hentry","category-politik","tag-dikasari","tag-fahmi-fadzil","tag-johor","tag-kelab-media-johor","tag-konvensye","tag-media","tag-pkr"],"acf":[],"_links":{"self":[{"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/posts\/10668","targetHints":{"allow":["GET"]}}],"collection":[{"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/posts"}],"about":[{"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/types\/post"}],"author":[{"embeddable":true,"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/users\/1"}],"replies":[{"embeddable":true,"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/comments?post=10668"}],"version-history":[{"count":1,"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/posts\/10668\/revisions"}],"predecessor-version":[{"id":10669,"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/posts\/10668\/revisions\/10669"}],"wp:featuredmedia":[{"embeddable":true,"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/media\/3835"}],"wp:attachment":[{"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/media?parent=10668"}],"wp:term":[{"taxonomy":"category","embeddable":true,"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/categories?post=10668"},{"taxonomy":"post_tag","embeddable":true,"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/tags?post=10668"},{"taxonomy":"authors","embeddable":true,"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/authors?post=10668"}],"curies":[{"name":"wp","href":"https:\/\/api.w.org\/{rel}","templated":true}]}}