{"id":10674,"date":"2026-05-20T10:38:19","date_gmt":"2026-05-20T10:38:19","guid":{"rendered":"https:\/\/agendadaily.my\/?p=10674"},"modified":"2026-05-20T10:38:19","modified_gmt":"2026-05-20T10:38:19","slug":"mcmc-bersama-cso-dalam-libat-urus-bincang-langkah-keselamatan-digital-kanak-kanak","status":"publish","type":"post","link":"https:\/\/agendadaily.my\/mcmc-bersama-cso-dalam-libat-urus-bincang-langkah-keselamatan-digital-kanak-kanak\/","title":{"rendered":"MCMC bersama CSO dalam libat urus bincang langkah keselamatan digital kanak-kanak"},"content":{"rendered":"<p>Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (MCMC) memperkukuh usaha melindungi kanak-kanak dalam talian menerusi sesi libat urus bersama pertubuhan masyarakat sivil (CSO) bagi membincangkan cadangan kawal selia baharu termasuk mekanisme pengesahan umur pengguna internet bawah 16 tahun.<\/p>\n<p>Sesi yang berlangsung hari ini menghimpunkan 12 wakil CSO daripada 57 organisasi yang dijemput sebagai sebahagian daripada pendekatan lebih terbuka MCMC dalam mendapatkan pandangan pelbagai pihak berkepentingan.<\/p>\n<p>Antara isu utama dibincangkan ialah pelaksanaan langkah keselamatan dalam talian, penggunaan sistem pengesahan umur dan pembangunan Kod Perlindungan Kanak-Kanak bagi memperkukuh keselamatan digital negara.<\/p>\n<p>MCMC dalam kenyataannya berkata, pandangan serta cadangan yang dikemukakan akan diteliti secara menyeluruh termasuk melibatkan aspek perlindungan data, pelaksanaan teknikal dan kesan kepada pengguna.<\/p>\n<p>\u201cKeutamaan MCMC adalah untuk memastikan persekitaran dalam talian yang lebih selamat, khususnya bagi kanak-kanak dan keluarga, serta memperkukuh perlindungan pengguna dalam ekosistem digital negara melalui pendekatan yang inklusif, praktikal dan berkesan,\u201d menurut kenyataan itu.<\/p>\n<p>Isu keselamatan kanak-kanak di internet semakin mendapat perhatian sejak kebelakangan ini susulan peningkatan kes buli siber, eksploitasi seksual dalam talian serta pendedahan kepada kandungan berbahaya di media sosial dan platform digital.<\/p>\n<p>Kerajaan sebelum ini turut memberi bayangan untuk memperkenalkan peraturan lebih ketat terhadap platform digital bagi memastikan perlindungan lebih menyeluruh kepada pengguna muda, selari dengan langkah yang sedang dilaksanakan di beberapa negara lain.<\/p>\n<p>Sesi libat urus itu turut menampilkan pembentangan oleh Pesuruhjaya Kanak-Kanak SUHAKAM, Dr Farah Nini Dusuki yang juga ahli Jawatankuasa Keselamatan Dalam Talian, selain wakil Polis Diraja Malaysia daripada unit D11, Siti Kamsiah.<\/p>\n<p>Turut hadir Pengerusi Jawatankuasa Keselamatan Dalam Talian, Hasnah Mohammed Hashim dan Timbalan Pengerusi, Lim Thean Shiang.<\/p>\n","protected":false},"excerpt":{"rendered":"<p>Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (MCMC) memperkukuh usaha melindungi kanak-kanak dalam talian menerusi sesi libat urus bersama pertubuhan masyarakat sivil (CSO) bagi membincangkan cadangan kawal selia baharu termasuk mekanisme pengesahan umur pengguna internet bawah 16 tahun. Sesi yang berlangsung hari ini menghimpunkan 12 wakil CSO daripada 57 organisasi yang dijemput sebagai sebahagian daripada pendekatan lebih [&hellip;]<\/p>\n","protected":false},"author":1,"featured_media":10675,"comment_status":"open","ping_status":"open","sticky":false,"template":"","format":"standard","meta":{"_acf_changed":false,"footnotes":""},"categories":[3],"tags":[1032,186,1347,3975,16,43,3977,3976],"authors":[],"class_list":["post-10674","post","type-post","status-publish","format-standard","has-post-thumbnail","hentry","category-isu-semasa","tag-cso","tag-internet","tag-kanak-kanak","tag-libat-urus","tag-mcmc","tag-pdrm","tag-pertubuhan-masyarakat-sivil","tag-talian"],"acf":[],"_links":{"self":[{"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/posts\/10674","targetHints":{"allow":["GET"]}}],"collection":[{"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/posts"}],"about":[{"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/types\/post"}],"author":[{"embeddable":true,"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/users\/1"}],"replies":[{"embeddable":true,"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/comments?post=10674"}],"version-history":[{"count":1,"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/posts\/10674\/revisions"}],"predecessor-version":[{"id":10676,"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/posts\/10674\/revisions\/10676"}],"wp:featuredmedia":[{"embeddable":true,"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/media\/10675"}],"wp:attachment":[{"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/media?parent=10674"}],"wp:term":[{"taxonomy":"category","embeddable":true,"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/categories?post=10674"},{"taxonomy":"post_tag","embeddable":true,"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/tags?post=10674"},{"taxonomy":"authors","embeddable":true,"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/authors?post=10674"}],"curies":[{"name":"wp","href":"https:\/\/api.w.org\/{rel}","templated":true}]}}