{"id":10677,"date":"2026-05-20T10:43:15","date_gmt":"2026-05-20T10:43:15","guid":{"rendered":"https:\/\/agendadaily.my\/?p=10677"},"modified":"2026-05-20T10:43:15","modified_gmt":"2026-05-20T10:43:15","slug":"aminuddin-sahkan-tidak-dipelawa-sertai-parti-baharu-rafizi-setia-bersama-pkr","status":"publish","type":"post","link":"https:\/\/agendadaily.my\/aminuddin-sahkan-tidak-dipelawa-sertai-parti-baharu-rafizi-setia-bersama-pkr\/","title":{"rendered":"Aminuddin sahkan tidak dipelawa sertai parti baharu Rafizi, setia bersama PKR"},"content":{"rendered":"<p>Naib Presiden PKR, Aminuddin Harun mengesahkan tidak pernah dipelawa untuk menyertai parti baharu yang diterajui Rafizi Ramli meskipun dikenali sebagai antara penyokong kuat ahli politik itu sebelum ini.<\/p>\n<p>Aminuddin berkata hanya mengetahui mengenai hala tuju politik Rafizi sebelum bekas Ahli Parlimen Pandan itu mengumumkan pengambilalihan Parti Bersama Malaysia (Bersama).<\/p>\n<p>\u201cSaya tak diajak. Mula-mula dia kata nak umum hala tuju, saya tak tahu dia buat parti baharu, tapi kita hormatlah. Dia nak buat parti sendiri terpulang pada dia,\u201d katanya kepada pemberita selepas mesyuarat Exco Kerajaan Negeri di Seremban hari ini.<\/p>\n<p>Pada 17 Mei lalu, Rafizi bersama seorang lagi bekas naib presiden PKR, Nik Nazmi Nik Ahmad mengumumkan langkah politik baharu mereka mengambil alih Parti Bersama dalam satu majlis di Petaling Jaya yang dihadiri kira-kira 800 penyokong.<\/p>\n<p>Parti yang didaftarkan di Pulau Pinang pada 2016 itu turut memperkenalkan logo baharu berimej sang kancil bagi menggantikan logo lama. Rafizi dan Nik Nazmi juga mengumumkan peletakan jawatan masing-masing sebagai ahli Parlimen berkuat kuasa semalam.<\/p>\n<p>Perkembangan itu mendapat perhatian kerana Aminuddin sebelum ini merupakan antara tokoh utama dalam pasukan Hiruk (Hidupkan Idealisme Reformasi Dalam Ujian Kuasa) yang diketuai Rafizi ketika pemilihan PKR tahun lalu.<\/p>\n<p>Pasukan itu bersaing dengan kem Damai yang dipimpin Nurul Izzah Anwar bagi merebut jawatan utama parti. Walaupun kebanyakan calon Hiruk tewas, Aminuddin berjaya mempertahankan kedudukannya sebagai Naib Presiden PKR.<\/p>\n<p>Mengulas lanjut, Aminuddin berkata penubuhan parti baharu bukan perkara luar biasa dalam landskap politik negara kerana sejarah politik Malaysia juga menyaksikan beberapa parti muncul daripada perpecahan parti sedia ada.<\/p>\n<p>\u201cSemua orang nak buat parti sekarang,\u201d katanya berseloroh.<\/p>\n","protected":false},"excerpt":{"rendered":"<p>Naib Presiden PKR, Aminuddin Harun mengesahkan tidak pernah dipelawa untuk menyertai parti baharu yang diterajui Rafizi Ramli meskipun dikenali sebagai antara penyokong kuat ahli politik itu sebelum ini. Aminuddin berkata hanya mengetahui mengenai hala tuju politik Rafizi sebelum bekas Ahli Parlimen Pandan itu mengumumkan pengambilalihan Parti Bersama Malaysia (Bersama). \u201cSaya tak diajak. Mula-mula dia kata [&hellip;]<\/p>\n","protected":false},"author":1,"featured_media":9361,"comment_status":"open","ping_status":"open","sticky":false,"template":"","format":"standard","meta":{"_acf_changed":false,"footnotes":""},"categories":[2],"tags":[3686,170,3978,167,208,267,9,18,8],"authors":[],"class_list":["post-10677","post","type-post","status-publish","format-standard","has-post-thumbnail","hentry","category-politik","tag-aminuddin-harun","tag-anwar-ibrahim","tag-bersama","tag-hiruk","tag-nik-nazmi","tag-parti","tag-pkr","tag-pmx","tag-rafizi"],"acf":[],"_links":{"self":[{"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/posts\/10677","targetHints":{"allow":["GET"]}}],"collection":[{"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/posts"}],"about":[{"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/types\/post"}],"author":[{"embeddable":true,"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/users\/1"}],"replies":[{"embeddable":true,"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/comments?post=10677"}],"version-history":[{"count":1,"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/posts\/10677\/revisions"}],"predecessor-version":[{"id":10678,"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/posts\/10677\/revisions\/10678"}],"wp:featuredmedia":[{"embeddable":true,"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/media\/9361"}],"wp:attachment":[{"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/media?parent=10677"}],"wp:term":[{"taxonomy":"category","embeddable":true,"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/categories?post=10677"},{"taxonomy":"post_tag","embeddable":true,"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/tags?post=10677"},{"taxonomy":"authors","embeddable":true,"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/authors?post=10677"}],"curies":[{"name":"wp","href":"https:\/\/api.w.org\/{rel}","templated":true}]}}