{"id":10679,"date":"2026-05-20T10:52:01","date_gmt":"2026-05-20T10:52:01","guid":{"rendered":"https:\/\/agendadaily.my\/?p=10679"},"modified":"2026-05-20T10:52:01","modified_gmt":"2026-05-20T10:52:01","slug":"asyraf-bidas-pua-langgar-garis-merah-selepas-berbalas-kritikan-isu-selangor","status":"publish","type":"post","link":"https:\/\/agendadaily.my\/asyraf-bidas-pua-langgar-garis-merah-selepas-berbalas-kritikan-isu-selangor\/","title":{"rendered":"Asyraf bidas Pua langgar garis merah selepas berbalas kritikan isu Selangor"},"content":{"rendered":"<p>Pertikaman lidah antara Asyraf Wajdi Dusuki dan bekas Ahli Parlimen Damansara, Tony Pua terus memanas susulan isu membabitkan institusi Raja-Raja Melayu dan sistem raja berperlembagaan.<\/p>\n<p>Terbaharu, Setiausaha Agung UMNO itu menyifatkan kenyataan Pua mengenai peribahasa \u201ckaduk naik junjung\u201d sebagai keterlaluan dan melampaui batas.<\/p>\n<p>Menerusi hantaran di Facebook pada Rabu, beliau berkata sindiran Pua yang kononnya perlu mencari maksud peribahasa tersebut sebenarnya menggambarkan sikap dirinya sendiri.<\/p>\n<p>\u201cJika seseorang perlu mencari maksud peribahasa semata-mata untuk memahami mengapa orang berkata \u2018kaduk naik junjung\u2019, mungkin itu sendiri sudah menjadi jawapannya.<\/p>\n<p>\u201cTony Pua, kamu sudah melanggar garis merah,\u201d katanya.<\/p>\n<p>Isu itu tercetus selepas Asyraf sebelum ini menuduh Tony bersikap biadab kerana didakwa mempersendakan titah Sultan Selangor.<\/p>\n<p>Menurutnya, tindakan sedemikian bukan lagi kebebasan bersuara, sebaliknya penghinaan terhadap institusi diraja.<\/p>\n<p>Kontroversi berkenaan turut berkait dengan cadangan penubuhan Lembaga Kesetiaan Negara yang dibangkitkan dalam Himpunan Daulat Tuanku pada Sabtu lalu.<\/p>\n<p>Cadangan itu meminta perkenan Raja-Raja Melayu bagi mewujudkan badan khas untuk menilai tindakan terhadap individu yang didakwa menghina institusi diraja dan kedudukan Islam sebagai agama Persekutuan.<\/p>\n<p>Lembaga tersebut dicadangkan dianggotai sembilan ahli yang dilantik oleh Majlis Raja-Raja Melayu, termasuk kuasa mencadangkan pelucutan kewarganegaraan terhadap pihak yang dianggap melakukan penderhakaan atau penghinaan terhadap institusi Raja-Raja Melayu.<\/p>\n<p>Susulan itu, Pua pada Selasa berkata rakyat Malaysia perlu memahami Majlis Raja-Raja, Rukun Negara dan Perlembagaan Persekutuan secara menyeluruh selaras dengan amalan sistem raja berperlembagaan negara.<\/p>\n<p>Menurut beliau, kuasa raja di Malaysia mempunyai had tertentu dan berbeza mengikut negeri, terutama melibatkan adat Melayu, agama Islam serta fungsi perlembagaan seperti pelantikan Menteri Besar dan pembubaran Dewan Undangan Negeri.<\/p>\n","protected":false},"excerpt":{"rendered":"<p>Pertikaman lidah antara Asyraf Wajdi Dusuki dan bekas Ahli Parlimen Damansara, Tony Pua terus memanas susulan isu membabitkan institusi Raja-Raja Melayu dan sistem raja berperlembagaan. Terbaharu, Setiausaha Agung UMNO itu menyifatkan kenyataan Pua mengenai peribahasa \u201ckaduk naik junjung\u201d sebagai keterlaluan dan melampaui batas. Menerusi hantaran di Facebook pada Rabu, beliau berkata sindiran Pua yang kononnya [&hellip;]<\/p>\n","protected":false},"author":1,"featured_media":10680,"comment_status":"open","ping_status":"open","sticky":false,"template":"","format":"standard","meta":{"_acf_changed":false,"footnotes":""},"categories":[2],"tags":[634,63,1288,2111,96,97,262,2756,146],"authors":[],"class_list":["post-10679","post","type-post","status-publish","format-standard","has-post-thumbnail","hentry","category-politik","tag-asyraf-wajdi","tag-dap","tag-isu","tag-raja","tag-selangor","tag-sultan","tag-titah","tag-tony-pua","tag-umno"],"acf":[],"_links":{"self":[{"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/posts\/10679","targetHints":{"allow":["GET"]}}],"collection":[{"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/posts"}],"about":[{"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/types\/post"}],"author":[{"embeddable":true,"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/users\/1"}],"replies":[{"embeddable":true,"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/comments?post=10679"}],"version-history":[{"count":1,"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/posts\/10679\/revisions"}],"predecessor-version":[{"id":10681,"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/posts\/10679\/revisions\/10681"}],"wp:featuredmedia":[{"embeddable":true,"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/media\/10680"}],"wp:attachment":[{"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/media?parent=10679"}],"wp:term":[{"taxonomy":"category","embeddable":true,"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/categories?post=10679"},{"taxonomy":"post_tag","embeddable":true,"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/tags?post=10679"},{"taxonomy":"authors","embeddable":true,"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/authors?post=10679"}],"curies":[{"name":"wp","href":"https:\/\/api.w.org\/{rel}","templated":true}]}}