{"id":1068,"date":"2025-06-26T03:45:23","date_gmt":"2025-06-26T03:45:23","guid":{"rendered":"https:\/\/agendadaily.my\/?p=1068"},"modified":"2025-06-26T04:36:39","modified_gmt":"2025-06-26T04:36:39","slug":"sst-dikecualikan-bagi-buah-epal-dan-oren-anwar","status":"publish","type":"post","link":"https:\/\/agendadaily.my\/sst-dikecualikan-bagi-buah-epal-dan-oren-anwar\/","title":{"rendered":"SST dikecualikan bagi buah epal dan oren: Anwar"},"content":{"rendered":"<p>Buah epal dan oren akan daripada cukai jualan dan perkhidmatan (SST), umum Perdana Menteri Anwar Ibrahim.<\/p>\n<p>Anwar berkata kelonggaran pengecualian cukai bagi kedua-dua buah import itu dibuat selepas mengambil kira maklum balas dikalangan orang ramai khususnya kumpulan B40 yang masih makan buah tersebut.<\/p>\n<p>&#8220;Saya tengok ada banyak keresahan, kata ada orang miskin B40 masih makan epal dan oren import kerana murah.<\/p>\n<p>&#8220;Biasanya Menteri Kewangan kalau dah buat keputusan kena tekad, tak boleh ubah-ubah.<\/p>\n<p>&#8220;Ada munasabah juga. Pada mulanya, saya fikir, saya tak makan epal oren tak apalah, makan betik, buah jambu, langsat, ikut musim, dukun, durian.<\/p>\n<p>&#8220;Tapi tak apa kerana kita beri kelonggaran. Import buah-buahan memang ada sedikit cukai, tapi epal dan oren dikecualikan,&#8221; katanya dalam ucapan semasa Majlis Peluncuran Projek Pembangunan Kota Madani di Presint 19 hari ini.<\/p>\n<p>Anwar bagaimanapun berkata, pengambilan epal dipengaruhi oleh tanggapan lama bahawa makan sebiji epal sehari adalah sihat. Namun, katanya, sebiji pisang sehari lebih baik kerana kandungan kalium yang tinggi.<\/p>\n<p>Ujarnya, perkara itu diputuskan dalam mesyuarat Jemaah Menteri yang dipengerusikannya semalam.<\/p>\n<p>Mengulas lanjut, Anwar berkata, nilai ambang SST bagi buah-buahan berkenaan juga dinaikkan dari RM500,000 kepada RM1 juta.<\/p>\n<p>&#8220;Kemudian katanya threshold (nilai ambang) untuk peniaga kecil terlalu rendah, (jadi) kita naikkan (kepada) RM1 juta kerana kita nak rakyat mesti sokong langkah ini,&#8221; katanya lagi.<\/p>\n<p>Pada 9 Jun lalu, kerajaan mengumumkan semakan bersasar kadar Cukai Jualan dan peluasan skop Cukai Perkhidmatan yang akan berkuat kuasa mulai 1 Julai 2025.<\/p>\n<p>Kadar cukai jualan kekal tidak berubah bagi barangan keperluan manakala kadar sama ada lima atau 10 peratus akan dikenakan ke atas barangan yang tidak penting atau mengikut budi bicara.<\/p>\n<p>Skop cukai perkhidmatan akan diperluaskan merangkumi enam perkhidmatan baharu seperti penyewaan atau pajakan, pembinaan, kewangan, penjagaan kesihatan swasta, pendidikan dan kecantikan.<\/p>\n","protected":false},"excerpt":{"rendered":"<p>Buah epal dan oren akan daripada cukai jualan dan perkhidmatan (SST), umum Perdana Menteri Anwar Ibrahim. Anwar berkata kelonggaran pengecualian cukai bagi kedua-dua buah import itu dibuat selepas mengambil kira maklum balas dikalangan orang ramai khususnya kumpulan B40 yang masih makan buah tersebut. &#8220;Saya tengok ada banyak keresahan, kata ada orang miskin B40 masih makan [&hellip;]<\/p>\n","protected":false},"author":1,"featured_media":702,"comment_status":"open","ping_status":"open","sticky":false,"template":"","format":"standard","meta":{"_acf_changed":false,"footnotes":""},"categories":[3],"tags":[13,688,483,686,687,18,481],"authors":[],"class_list":["post-1068","post","type-post","status-publish","format-standard","has-post-thumbnail","hentry","category-isu-semasa","tag-anwar","tag-buah","tag-cukai","tag-epal","tag-oren","tag-pmx","tag-sst"],"acf":[],"_links":{"self":[{"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/posts\/1068","targetHints":{"allow":["GET"]}}],"collection":[{"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/posts"}],"about":[{"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/types\/post"}],"author":[{"embeddable":true,"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/users\/1"}],"replies":[{"embeddable":true,"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/comments?post=1068"}],"version-history":[{"count":2,"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/posts\/1068\/revisions"}],"predecessor-version":[{"id":1074,"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/posts\/1068\/revisions\/1074"}],"wp:featuredmedia":[{"embeddable":true,"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/media\/702"}],"wp:attachment":[{"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/media?parent=1068"}],"wp:term":[{"taxonomy":"category","embeddable":true,"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/categories?post=1068"},{"taxonomy":"post_tag","embeddable":true,"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/tags?post=1068"},{"taxonomy":"authors","embeddable":true,"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/authors?post=1068"}],"curies":[{"name":"wp","href":"https:\/\/api.w.org\/{rel}","templated":true}]}}