{"id":10698,"date":"2026-05-21T05:52:44","date_gmt":"2026-05-21T05:52:44","guid":{"rendered":"https:\/\/agendadaily.my\/?p=10698"},"modified":"2026-05-21T05:52:44","modified_gmt":"2026-05-21T05:52:44","slug":"malaysia-aman-jika-tiada-dap-dewan-ulama-pas","status":"publish","type":"post","link":"https:\/\/agendadaily.my\/malaysia-aman-jika-tiada-dap-dewan-ulama-pas\/","title":{"rendered":"Malaysia aman jika tiada DAP: Dewan Ulama PAS"},"content":{"rendered":"<p>Ketua Dewan Ulama PAS, Ahmad Yahaya mehyifatkan Malaysia mampu mencapai keamanan dan perpaduan lebih baik tanpa penglibatan DAP yang disifatkannya sebagai punca kepada ketegangan kaum serta perpecahan dalam negara.<\/p>\n<p>Ahmad yang juga Pesuruhjaya PAS Kedah berkata, tindakan DAP yang didakwa sering bertembung dengan institusi diraja dan menyentuh isu sensitif menyebabkan usaha membina keharmonian nasional menjadi semakin sukar.<\/p>\n<p>\u201cApabila Tuanku Sultan bertitah, seharusnya semua pihak akur. Namun DAP masih dilihat terus bertembung dengan istana dalam beberapa perkara yang dibangkitkan,\u201d katanya dalam kenyataan hari ini.<\/p>\n<p>Beliau turut mempersoalkan pendirian parti itu dalam beberapa isu termasuk pendidikan vernakular, pilihan raya pihak berkuasa tempatan (PBT), pensijilan halal dan undang-undang syariah yang menurutnya sering mengundang polemik dalam kalangan rakyat.<\/p>\n<p>\u201cSiapa yang lantang mempertahankan industri arak dan judi? Siapa yang terus mempertahankan UEC (Sijil Peperiksaan Bersepadu) walaupun dikatakan tidak berteraskan pendidikan kebangsaan? Semua ini menjadi faktor ketegangan kaum terus berlaku,\u201d katanya.<\/p>\n<p>Ahmad berkata, negara masih dibelenggu isu perpaduan walaupun Malaysia sudah mencapai kemerdekaan lebih enam dekad lalu kerana terdapat pihak yang terus memainkan sentimen sensitif.<\/p>\n<p>Menurut beliau, keadaan itu menyebabkan proses pembinaan negara bangsa dan perpaduan nasional menjadi semakin mencabar.<\/p>\n<p>\u201cKedegilan mereka menyebabkan negara dan rakyat terus retak dalam sengketa dan perpecahan. Sebab itu saya percaya Malaysia boleh mencapai keamanan sebenar tanpa DAP,\u201d katanya lagi.<\/p>\n<p>Isu hubungan antara parti politik dan institusi diraja kembali menjadi perhatian sejak kebelakangan ini susulan beberapa kenyataan pemimpin politik yang dikaitkan dengan titah Sultan berhubung isu perpaduan dan keharmonian kaum.<\/p>\n<p>DAP sebelum ini sering menegaskan parti itu memperjuangkan konsep masyarakat majmuk, demokrasi dan hak sama rata untuk semua rakyat Malaysia, selain menolak dakwaan parti berkenaan bersifat cauvinis atau anti-Melayu.<\/p>\n","protected":false},"excerpt":{"rendered":"<p>Ketua Dewan Ulama PAS, Ahmad Yahaya mehyifatkan Malaysia mampu mencapai keamanan dan perpaduan lebih baik tanpa penglibatan DAP yang disifatkannya sebagai punca kepada ketegangan kaum serta perpecahan dalam negara. Ahmad yang juga Pesuruhjaya PAS Kedah berkata, tindakan DAP yang didakwa sering bertembung dengan institusi diraja dan menyentuh isu sensitif menyebabkan usaha membina keharmonian nasional menjadi [&hellip;]<\/p>\n","protected":false},"author":1,"featured_media":3247,"comment_status":"open","ping_status":"open","sticky":false,"template":"","format":"standard","meta":{"_acf_changed":false,"footnotes":""},"categories":[2],"tags":[815,1668,63,3980,1288,1748,262],"authors":[],"class_list":["post-10698","post","type-post","status-publish","format-standard","has-post-thumbnail","hentry","category-politik","tag-3r","tag-ahmad-yahaya","tag-dap","tag-dewan-ulama-pas","tag-isu","tag-sultan-selangor","tag-titah"],"acf":[],"_links":{"self":[{"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/posts\/10698","targetHints":{"allow":["GET"]}}],"collection":[{"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/posts"}],"about":[{"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/types\/post"}],"author":[{"embeddable":true,"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/users\/1"}],"replies":[{"embeddable":true,"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/comments?post=10698"}],"version-history":[{"count":1,"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/posts\/10698\/revisions"}],"predecessor-version":[{"id":10699,"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/posts\/10698\/revisions\/10699"}],"wp:featuredmedia":[{"embeddable":true,"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/media\/3247"}],"wp:attachment":[{"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/media?parent=10698"}],"wp:term":[{"taxonomy":"category","embeddable":true,"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/categories?post=10698"},{"taxonomy":"post_tag","embeddable":true,"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/tags?post=10698"},{"taxonomy":"authors","embeddable":true,"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/authors?post=10698"}],"curies":[{"name":"wp","href":"https:\/\/api.w.org\/{rel}","templated":true}]}}