{"id":10705,"date":"2026-05-21T06:39:45","date_gmt":"2026-05-21T06:39:45","guid":{"rendered":"https:\/\/agendadaily.my\/?p=10705"},"modified":"2026-05-21T07:11:41","modified_gmt":"2026-05-21T07:11:41","slug":"jangan-buat-pembelian-panik-bekalan-asas-negara-masih-stabil-fahmi","status":"publish","type":"post","link":"https:\/\/agendadaily.my\/jangan-buat-pembelian-panik-bekalan-asas-negara-masih-stabil-fahmi\/","title":{"rendered":"Jangan buat pembelian panik, bekalan asas negara masih stabil: Fahmi"},"content":{"rendered":"<p>Fahmi Fadzil mengingatkan rakyat supaya tidak melakukan pembelian panik susulan ketidaktentuan ekonomi global akibat konflik berterusan di Asia Barat yang turut memberi kesan kepada harga dan bekalan beberapa barangan penting.<\/p>\n<p>Menteri Komunikasi berkata konflik global yang masih belum reda di Asia Barat bukan sahaja mempengaruhi harga minyak dunia dan bahan api seperti RON95, RON97 serta diesel, malah turut memberi kesan kepada rantaian bekalan bahan lain.<\/p>\n<p>\u201cSaya sendiri setiap hari akan melihat perkembangan terkini perang di Asia Barat kerana ia memberi kesan besar kepada ekonomi dunia dan negara,\u201d katanya ketika berucap pada Majlis Anugerah Perkhidmatan Cemerlang 2025 Kementerian Komunikasi di Angkasapuri Kota Media.<\/p>\n<p>Menurut Fahmi, kerajaan melalui PETRONAS dan pelbagai agensi berkaitan telah mengambil langkah bagi memastikan bekalan makanan dan keperluan asas negara kekal mencukupi sehingga hujung tahun.<\/p>\n<p>\u201cJangan buat pembelian panik. Beli apa yang perlu dan beri ruang kepada orang lain untuk mendapatkan keperluan mereka juga. InsyaAllah bekalan minyak dan barang asas masih mencukupi,\u201d katanya.<\/p>\n<p>Beliau turut menyentuh peningkatan kecil kadar inflasi seperti diumumkan Jabatan Perangkaan Malaysia (DOSM), namun menjelaskan inflasi bagi sektor makanan menunjukkan penurunan dan keadaan keseluruhan masih terkawal.<\/p>\n<p>Pada masa sama, Fahmi menyeru semua jabatan kerajaan mengamalkan perbelanjaan berhemah termasuk menyederhanakan penganjuran acara serta penggunaan lokasi bagi mengurangkan kos operasi kerajaan.<\/p>\n<p>Katanya, usaha penjimatan perbelanjaan operasi yang dilaksanakan kerajaan kini telah mencapai kira-kira 50 peratus daripada sasaran dalam tempoh sebulan selepas arahan dikeluarkan.<\/p>\n<p>\u201cDi Kementerian Komunikasi sendiri termasuk persiapan Hari Kebangsaan, kita akan maksimumkan keupayaan tanpa menambah kos. Di mana boleh berjimat, kita akan lakukan,\u201d katanya lagi.<\/p>\n<p>Kenyataan Fahmi dibuat ketika kerajaan sedang memperkukuh langkah kesiapsiagaan ekonomi susulan ketidaktentuan geopolitik global dan kebimbangan terhadap rantaian bekalan dunia.<\/p>\n","protected":false},"excerpt":{"rendered":"<p>Fahmi Fadzil mengingatkan rakyat supaya tidak melakukan pembelian panik susulan ketidaktentuan ekonomi global akibat konflik berterusan di Asia Barat yang turut memberi kesan kepada harga dan bekalan beberapa barangan penting. Menteri Komunikasi berkata konflik global yang masih belum reda di Asia Barat bukan sahaja mempengaruhi harga minyak dunia dan bahan api seperti RON95, RON97 serta [&hellip;]<\/p>\n","protected":false},"author":1,"featured_media":10707,"comment_status":"open","ping_status":"open","sticky":false,"template":"","format":"standard","meta":{"_acf_changed":false,"footnotes":""},"categories":[3],"tags":[3984,49,1763,582,184,585,16,3455,3454],"authors":[],"class_list":["post-10705","post","type-post","status-publish","format-standard","has-post-thumbnail","hentry","category-isu-semasa","tag-anugerah-perkhidmatan-cemerlang","tag-fahmi-fadzil","tag-global","tag-iran","tag-komunikasi","tag-krisis","tag-mcmc","tag-panik","tag-pembelian"],"acf":[],"_links":{"self":[{"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/posts\/10705","targetHints":{"allow":["GET"]}}],"collection":[{"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/posts"}],"about":[{"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/types\/post"}],"author":[{"embeddable":true,"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/users\/1"}],"replies":[{"embeddable":true,"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/comments?post=10705"}],"version-history":[{"count":1,"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/posts\/10705\/revisions"}],"predecessor-version":[{"id":10708,"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/posts\/10705\/revisions\/10708"}],"wp:featuredmedia":[{"embeddable":true,"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/media\/10707"}],"wp:attachment":[{"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/media?parent=10705"}],"wp:term":[{"taxonomy":"category","embeddable":true,"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/categories?post=10705"},{"taxonomy":"post_tag","embeddable":true,"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/tags?post=10705"},{"taxonomy":"authors","embeddable":true,"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/authors?post=10705"}],"curies":[{"name":"wp","href":"https:\/\/api.w.org\/{rel}","templated":true}]}}