{"id":10715,"date":"2026-05-21T07:21:43","date_gmt":"2026-05-21T07:21:43","guid":{"rendered":"https:\/\/agendadaily.my\/?p=10715"},"modified":"2026-05-21T07:21:43","modified_gmt":"2026-05-21T07:21:43","slug":"jangan-mainkan-isu-raja-dan-agama-demi-kepentingan-politik-amirudin","status":"publish","type":"post","link":"https:\/\/agendadaily.my\/jangan-mainkan-isu-raja-dan-agama-demi-kepentingan-politik-amirudin\/","title":{"rendered":"Jangan mainkan isu Raja dan agama demi kepentingan politik: Amirudin"},"content":{"rendered":"<p>Amirudin Shari mengingatkan semua pihak termasuk pembangkang supaya tidak bersikap memilih dalam mempertahankan institusi Raja, agama dan bangsa hanya apabila ia memberi keuntungan politik kepada mereka.<\/p>\n<p>Menteri Besar Selangor itu berkata, tindakan memperalatkan isu sensitif demi agenda politik sempit boleh mengganggu keharmonian masyarakat serta menjejaskan kestabilan negara.<\/p>\n<p>Beliau berkata demikian ketika mengulas titah Sultan Selangor, Sultan Sharafuddin Idris Shah sempena Aidiladha yang menekankan kepentingan perpaduan rakyat berbilang kaum dan tanggungjawab menjaga keamanan negara.<\/p>\n<p>\u201cTitah Tuanku hadir pada waktu yang amat penting ketika ada pihak cuba meniup sentimen perkauman serta mempergunakan agama dan institusi diraja demi kepentingan politik,\u201d katanya dalam kenyataan pada Khamis.<\/p>\n<p>Menurut Amirudin, terdapat segelintir pihak yang hanya tampil mempertahankan institusi diraja apabila ia selari dengan agenda politik mereka, tetapi memilih untuk berdiam diri ketika institusi itu dihina dalam situasi lain.<\/p>\n<p>Beliau menegaskan Malaysia dibina atas asas muafakat, persefahaman kaum dan keluhuran Perlembagaan, bukannya kebencian atau politik ketakutan.<\/p>\n<p>\u201cMalaysia ialah negara yang berteraskan undang-undang dengan Perlembagaan Persekutuan sebagai undang-undang tertinggi. Sebarang usaha memutar belit sejarah atau menanam kebencian kaum adalah tindakan berbahaya kepada masa depan negara,\u201d katanya.<\/p>\n<p>Amirudin turut menggesa rakyat memahami Rukun Negara secara menyeluruh termasuk mukadimahnya, selain meneliti sejarah kemerdekaan negara supaya fakta sejarah tidak dimanipulasi demi kepentingan politik tertentu.<\/p>\n<p>Isu perpaduan kaum dan sensitiviti agama kembali menjadi perhatian sejak kebelakangan ini susulan pertikaman lidah melibatkan ahli politik di media sosial dan pentas ceramah. Keadaan itu turut mencetuskan kebimbangan pelbagai pihak termasuk institusi diraja.<\/p>\n<p>Terdahulu, Sultan Selangor menzahirkan kebimbangan terhadap budaya pertelingkahan politik yang semakin kerap berlaku sehingga menimbulkan keresahan rakyat.<\/p>\n<p>Baginda bertitah perpecahan sesama sendiri hanya akan melemahkan orang Melayu dan umat Islam di negara ini.<\/p>\n<p>Amirudin berkata kerajaan negeri akan terus mempertahankan prinsip perpaduan, kesederhanaan dan penghormatan terhadap sistem Raja Berperlembagaan.<\/p>\n<p>\u201cPengorbanan terbesar dalam negara majmuk ialah keberanian untuk menolak kebencian. Perpaduan tidak boleh dipandang ringan,\u201d katanya.<\/p>\n","protected":false},"excerpt":{"rendered":"<p>Amirudin Shari mengingatkan semua pihak termasuk pembangkang supaya tidak bersikap memilih dalam mempertahankan institusi Raja, agama dan bangsa hanya apabila ia memberi keuntungan politik kepada mereka. Menteri Besar Selangor itu berkata, tindakan memperalatkan isu sensitif demi agenda politik sempit boleh mengganggu keharmonian masyarakat serta menjejaskan kestabilan negara. Beliau berkata demikian ketika mengulas titah Sultan Selangor, [&hellip;]<\/p>\n","protected":false},"author":1,"featured_media":5162,"comment_status":"open","ping_status":"open","sticky":false,"template":"","format":"standard","meta":{"_acf_changed":false,"footnotes":""},"categories":[2],"tags":[1681,306,1288,408,2111,96,97,1749],"authors":[],"class_list":["post-10715","post","type-post","status-publish","format-standard","has-post-thumbnail","hentry","category-politik","tag-agama","tag-amirudin-shari","tag-isu","tag-menteri-besar","tag-raja","tag-selangor","tag-sultan","tag-sultan-sharafuddin-idris-shah"],"acf":[],"_links":{"self":[{"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/posts\/10715","targetHints":{"allow":["GET"]}}],"collection":[{"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/posts"}],"about":[{"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/types\/post"}],"author":[{"embeddable":true,"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/users\/1"}],"replies":[{"embeddable":true,"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/comments?post=10715"}],"version-history":[{"count":1,"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/posts\/10715\/revisions"}],"predecessor-version":[{"id":10716,"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/posts\/10715\/revisions\/10716"}],"wp:featuredmedia":[{"embeddable":true,"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/media\/5162"}],"wp:attachment":[{"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/media?parent=10715"}],"wp:term":[{"taxonomy":"category","embeddable":true,"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/categories?post=10715"},{"taxonomy":"post_tag","embeddable":true,"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/tags?post=10715"},{"taxonomy":"authors","embeddable":true,"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/authors?post=10715"}],"curies":[{"name":"wp","href":"https:\/\/api.w.org\/{rel}","templated":true}]}}