{"id":10721,"date":"2026-05-21T12:39:58","date_gmt":"2026-05-21T12:39:58","guid":{"rendered":"https:\/\/agendadaily.my\/?p=10721"},"modified":"2026-05-21T12:40:14","modified_gmt":"2026-05-21T12:40:14","slug":"sidang-khas-pada-24-jun-mungkin-berkaitan-bubar-dun-johor-hassan-karim","status":"publish","type":"post","link":"https:\/\/agendadaily.my\/sidang-khas-pada-24-jun-mungkin-berkaitan-bubar-dun-johor-hassan-karim\/","title":{"rendered":"Sidang khas pada 24 Jun mungkin berkaitan bubar DUN Johor: Hassan Karim"},"content":{"rendered":"<p>Spekulasi mengenai kemungkinan pembubaran Dewan Undangan Negeri (DUN) Johor kembali hangat susulan dakwaan satu sidang khas DUN bakal diadakan pada 24 Jun ini.<\/p>\n<p>Ahli Parlimen Pasir Gudang, Hassan Abdul Karim berkata sidang khas itu berkemungkinan besar berkaitan dengan proses pembubaran DUN bagi memberi laluan kepada Pilihan Raya Negeri (PRN), namun ia hanya boleh berlaku selepas mendapat perkenan Sultan Johor.<\/p>\n<p>Menurut beliau, Menteri Besar Johor Onn Hafiz Ghazi perlu terlebih dahulu menasihati Sultan Johor mengenai hasrat untuk membubarkan DUN sebelum perkara itu boleh dibawa ke sidang khas.<\/p>\n<p>\u201cPembubaran DUN Johor perlu dimaklumkan kepada Sultan Johor terlebih dahulu sama ada pada atau sebelum 24 Jun.<\/p>\n<p>\u201cMenteri Besar bertanggungjawab mendapatkan perkenan Sultan bagi tujuan itu,\u201d katanya dipetik laporan BH.<\/p>\n<p>Beliau bagaimanapun mengakui tidak pasti sama ada perkara tersebut sudah dipersembahkan kepada pihak istana.<\/p>\n<p>Hassan turut berkata, sekiranya Sultan Johor memperkenankan cadangan berkenaan, maka sidang khas DUN itu wajar digunakan untuk mengemukakan usul pembubaran DUN Johor.<\/p>\n<p>\u201cAda kemungkinan besar jika sidang khas itu benar-benar diadakan, agenda utamanya ialah pembubaran DUN Johor,\u201d katanya.<\/p>\n<p>Terdahulu, tersebar satu mesej yang memaklumkan semua Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Barisan Nasional diminta \u2018mengunci\u2019 tarikh 24 Jun kerana dijangka berlangsungnya Persidangan Dewan Negeri Khas.<\/p>\n<p>Bagaimanapun, Hassan memaklumkan tidak menerima sebarang jemputan atau notis rasmi berhubung sidang berkenaan.<\/p>\n<p>Untuk rekod, Johor mengadakan PRN pada Mac 2022 selepas DUN dibubarkan lebih awal susulan kemelut politik negeri ketika itu.<\/p>\n<p>Pilihan raya tersebut menyaksikan Barisan Nasional memperoleh kemenangan besar dengan menguasai majoriti dua pertiga kerusi DUN.<\/p>\n<p>Secara rasmi, penggal DUN Johor hanya akan berakhir pada tahun 2027.<\/p>\n","protected":false},"excerpt":{"rendered":"<p>Spekulasi mengenai kemungkinan pembubaran Dewan Undangan Negeri (DUN) Johor kembali hangat susulan dakwaan satu sidang khas DUN bakal diadakan pada 24 Jun ini. Ahli Parlimen Pasir Gudang, Hassan Abdul Karim berkata sidang khas itu berkemungkinan besar berkaitan dengan proses pembubaran DUN bagi memberi laluan kepada Pilihan Raya Negeri (PRN), namun ia hanya boleh berlaku selepas [&hellip;]<\/p>\n","protected":false},"author":1,"featured_media":1821,"comment_status":"open","ping_status":"open","sticky":false,"template":"","format":"standard","meta":{"_acf_changed":false,"footnotes":""},"categories":[2],"tags":[378,549,409,1051,630,3747,103,3474,146],"authors":[],"class_list":["post-10721","post","type-post","status-publish","format-standard","has-post-thumbnail","hentry","category-politik","tag-bn","tag-bubar","tag-dun","tag-hassan-abdul-karim","tag-johor","tag-perkenan","tag-prn","tag-sultan-johor","tag-umno"],"acf":[],"_links":{"self":[{"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/posts\/10721","targetHints":{"allow":["GET"]}}],"collection":[{"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/posts"}],"about":[{"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/types\/post"}],"author":[{"embeddable":true,"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/users\/1"}],"replies":[{"embeddable":true,"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/comments?post=10721"}],"version-history":[{"count":2,"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/posts\/10721\/revisions"}],"predecessor-version":[{"id":10723,"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/posts\/10721\/revisions\/10723"}],"wp:featuredmedia":[{"embeddable":true,"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/media\/1821"}],"wp:attachment":[{"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/media?parent=10721"}],"wp:term":[{"taxonomy":"category","embeddable":true,"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/categories?post=10721"},{"taxonomy":"post_tag","embeddable":true,"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/tags?post=10721"},{"taxonomy":"authors","embeddable":true,"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/authors?post=10721"}],"curies":[{"name":"wp","href":"https:\/\/api.w.org\/{rel}","templated":true}]}}