{"id":10740,"date":"2026-05-22T04:29:34","date_gmt":"2026-05-22T04:29:34","guid":{"rendered":"https:\/\/agendadaily.my\/?p=10740"},"modified":"2026-05-22T04:29:34","modified_gmt":"2026-05-22T04:29:34","slug":"amanah-bidas-pas-tak-konsisten-dalam-isu-mempertahankan-institusi-raja","status":"publish","type":"post","link":"https:\/\/agendadaily.my\/amanah-bidas-pas-tak-konsisten-dalam-isu-mempertahankan-institusi-raja\/","title":{"rendered":"Amanah bidas PAS tak konsisten dalam isu mempertahankan Institusi Raja"},"content":{"rendered":"<p>Naib Presiden Parti Amanah, Mahfuz Omar mendakwa PAS bersikap tidak konsisten dalam mempertahankan institusi Raja apabila hanya lantang mengecam pihak lawan politik, tetapi berdiam diri terhadap kenyataan pemimpin sendiri.<\/p>\n<p>Menurut beliau, PAS dilihat cepat melabel pihak tertentu sebagai \u201cderhaka\u201d apabila isu berkaitan institusi Raja melibatkan musuh politik mereka.<\/p>\n<p>Namun, katanya, keadaan berbeza apabila kenyataan hampir sama pernah dibuat Presiden PAS, Abdul Hadi Awang.<\/p>\n<p>\u201cKalau PAS benar-benar ikhlas mempertahankan institusi Raja, mereka sepatutnya konsisten, bukan memilih siapa yang mahu diserang dan siapa yang mahu dilindungi,\u201d katanya dalam satu kenyataan media.<\/p>\n<p>Mahfuz berkata rakyat masih mengingati kenyataan Abdul Hadi sebelum ini yang menyebut bahawa titah Yang di-Pertuan Agong bukan penghalang kepada perubahan dalam sistem demokrasi dan perjalanan politik negara.<\/p>\n<p>Beliau mempersoalkan mengapa PAS tidak mengecam presidennya sendiri susulan kenyataan itu, sedangkan parti berkenaan kini lantang menyerang pihak lain dalam isu yang dianggap mempunyai maksud sama.<\/p>\n<p>\u201cMengapa tiada himpunan bantahan di depan Istana Negara ketika kenyataan itu dibuat? Mengapa ukuran \u2018derhaka\u2019 PAS berubah mengikut warna parti?\u201d soalnya.<\/p>\n<p>Kontroversi berkaitan kenyataan terhadap institusi Raja kembali menjadi perhatian selepas beberapa pemimpin politik pembangkang dan kerajaan saling berbalas kenyataan mengenai had kuasa dalam sistem Raja Berperlembagaan di Malaysia.<\/p>\n<p>Mahfuz menegaskan beliau tidak mempertahankan mana-mana individu, termasuk bekas pemimpin DAP, Tony Pua, mahupun Abdul Hadi.<\/p>\n<p>Sebaliknya, beliau berkata isu sebenar ialah kejujuran dan konsistensi dalam politik.<\/p>\n<p>Katanya, institusi Raja tidak sepatutnya dijadikan alat politik bermusim untuk meniup sentimen kebencian dan kemarahan rakyat demi meraih sokongan emosi orang Melayu.<\/p>\n<p>\u201cMalaysia ialah negara Raja Berperlembagaan. Institusi Raja mesti dihormati dan Perlembagaan juga perlu dijunjung,\u201d katanya.<\/p>\n","protected":false},"excerpt":{"rendered":"<p>Naib Presiden Parti Amanah, Mahfuz Omar mendakwa PAS bersikap tidak konsisten dalam mempertahankan institusi Raja apabila hanya lantang mengecam pihak lawan politik, tetapi berdiam diri terhadap kenyataan pemimpin sendiri. Menurut beliau, PAS dilihat cepat melabel pihak tertentu sebagai \u201cderhaka\u201d apabila isu berkaitan institusi Raja melibatkan musuh politik mereka. Namun, katanya, keadaan berbeza apabila kenyataan hampir [&hellip;]<\/p>\n","protected":false},"author":1,"featured_media":1211,"comment_status":"open","ping_status":"open","sticky":false,"template":"","format":"standard","meta":{"_acf_changed":false,"footnotes":""},"categories":[2],"tags":[815,275,63,3991,3300,126,2111],"authors":[],"class_list":["post-10740","post","type-post","status-publish","format-standard","has-post-thumbnail","hentry","category-politik","tag-3r","tag-amanah","tag-dap","tag-institusi","tag-mahfuz-omar","tag-pas","tag-raja"],"acf":[],"_links":{"self":[{"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/posts\/10740","targetHints":{"allow":["GET"]}}],"collection":[{"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/posts"}],"about":[{"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/types\/post"}],"author":[{"embeddable":true,"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/users\/1"}],"replies":[{"embeddable":true,"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/comments?post=10740"}],"version-history":[{"count":1,"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/posts\/10740\/revisions"}],"predecessor-version":[{"id":10741,"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/posts\/10740\/revisions\/10741"}],"wp:featuredmedia":[{"embeddable":true,"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/media\/1211"}],"wp:attachment":[{"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/media?parent=10740"}],"wp:term":[{"taxonomy":"category","embeddable":true,"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/categories?post=10740"},{"taxonomy":"post_tag","embeddable":true,"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/tags?post=10740"},{"taxonomy":"authors","embeddable":true,"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/authors?post=10740"}],"curies":[{"name":"wp","href":"https:\/\/api.w.org\/{rel}","templated":true}]}}