{"id":10744,"date":"2026-05-22T06:12:58","date_gmt":"2026-05-22T06:12:58","guid":{"rendered":"https:\/\/agendadaily.my\/?p=10744"},"modified":"2026-05-22T06:12:58","modified_gmt":"2026-05-22T06:12:58","slug":"onsa-dua-kod-baharu-diperkenal-lindungi-kanak-kanak-dalam-talian","status":"publish","type":"post","link":"https:\/\/agendadaily.my\/onsa-dua-kod-baharu-diperkenal-lindungi-kanak-kanak-dalam-talian\/","title":{"rendered":"ONSA: Dua kod baharu diperkenal lindungi kanak-kanak dalam talian"},"content":{"rendered":"<p>Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (MCMC) memperkenalkan dua kod baharu di bawah Akta Keselamatan Dalam Talian 2025 (ONSA) bagi memperkukuh perlindungan kanak-kanak daripada ancaman digital dan kandungan memudaratkan.<\/p>\n<p>Kod Perlindungan Kanak-Kanak (CPC) dan Kod Pengurangan Risiko (RMC) itu diterbitkan selepas sesi libat urus bersama pemain industri, pertubuhan masyarakat sivil dan pihak berkepentingan termasuk rundingan awam yang berlangsung dari 12 Februari hingga 31 Mac lalu.<\/p>\n<p>MCMC dalam kenyataannya berkata, kedua-dua kod tersebut merupakan langkah penting kerajaan untuk memastikan pengalaman digital yang lebih selamat khususnya kepada kanak-kanak dan keluarga.<\/p>\n<p>\u201cPelaksanaan obligasi utama di bawah ONSA ini adalah sebahagian daripada usaha berterusan kerajaan untuk memastikan pengalaman digital yang lebih selamat bagi kanak-kanak dan keluarga,\u201d menurut kenyataan itu hari ini.<\/p>\n<p>CPC memberi penekanan kepada konsep \u201csafety by design\u201d dengan mewajibkan penyedia perkhidmatan dalam talian menyediakan perlindungan mengikut umur serta mengehadkan fungsi tertentu yang boleh mendedahkan kanak-kanak kepada risiko eksploitasi dan kandungan berbahaya.<\/p>\n<p>Antara langkah yang diperkenalkan termasuk sekatan terhadap pendaftaran dan pemilikan akaun oleh pengguna berumur bawah 16 tahun.<\/p>\n<p>Sementara itu, RMC pula mengkehendaki penyedia platform melaksanakan langkah lebih proaktif bagi mengurangkan risiko kandungan memudaratkan seperti penilaian risiko, sistem pelaporan lebih berkesan, tadbir urus kandungan lebih ketat serta pengesahan pengiklan dan pelabelan kandungan yang dimanipulasi.<\/p>\n<p>MCMC berkata pendekatan pelaksanaan kod itu bersifat fleksibel dan berasaskan hasil bagi membolehkan syarikat teknologi menyesuaikan langkah keselamatan dengan keperluan privasi dan perundangan masing-masing.<\/p>\n<p>Akta Keselamatan Dalam Talian 2025 diperkenalkan susulan peningkatan kebimbangan terhadap jenayah siber, buli dalam talian dan pendedahan kanak-kanak kepada kandungan tidak sesuai di platform digital.<\/p>\n<p>Kerajaan sebelum ini menegaskan perlunya platform media sosial dan penyedia perkhidmatan digital memainkan peranan lebih besar dalam melindungi pengguna rentan.<\/p>\n<p>CPC dan RMC akan mula berkuat kuasa pada 1 Jun depan, dengan tempoh pelaksanaan diberikan kepada penyedia perkhidmatan untuk menyesuaikan sistem serta proses pematuhan masing-masing.<\/p>\n","protected":false},"excerpt":{"rendered":"<p>Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (MCMC) memperkenalkan dua kod baharu di bawah Akta Keselamatan Dalam Talian 2025 (ONSA) bagi memperkukuh perlindungan kanak-kanak daripada ancaman digital dan kandungan memudaratkan. Kod Perlindungan Kanak-Kanak (CPC) dan Kod Pengurangan Risiko (RMC) itu diterbitkan selepas sesi libat urus bersama pemain industri, pertubuhan masyarakat sivil dan pihak berkepentingan termasuk rundingan awam [&hellip;]<\/p>\n","protected":false},"author":1,"featured_media":10745,"comment_status":"open","ping_status":"open","sticky":false,"template":"","format":"standard","meta":{"_acf_changed":false,"footnotes":""},"categories":[3],"tags":[49,3993,3992,16,405,143],"authors":[],"class_list":["post-10744","post","type-post","status-publish","format-standard","has-post-thumbnail","hentry","category-isu-semasa","tag-fahmi-fadzil","tag-kod-pengurangan-risiko","tag-kod-perlindungan-kanak-kanak","tag-mcmc","tag-media-sosial","tag-onsa"],"acf":[],"_links":{"self":[{"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/posts\/10744","targetHints":{"allow":["GET"]}}],"collection":[{"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/posts"}],"about":[{"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/types\/post"}],"author":[{"embeddable":true,"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/users\/1"}],"replies":[{"embeddable":true,"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/comments?post=10744"}],"version-history":[{"count":1,"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/posts\/10744\/revisions"}],"predecessor-version":[{"id":10746,"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/posts\/10744\/revisions\/10746"}],"wp:featuredmedia":[{"embeddable":true,"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/media\/10745"}],"wp:attachment":[{"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/media?parent=10744"}],"wp:term":[{"taxonomy":"category","embeddable":true,"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/categories?post=10744"},{"taxonomy":"post_tag","embeddable":true,"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/tags?post=10744"},{"taxonomy":"authors","embeddable":true,"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/authors?post=10744"}],"curies":[{"name":"wp","href":"https:\/\/api.w.org\/{rel}","templated":true}]}}