{"id":10763,"date":"2026-05-22T07:32:21","date_gmt":"2026-05-22T07:32:21","guid":{"rendered":"https:\/\/agendadaily.my\/?p=10763"},"modified":"2026-05-22T07:32:21","modified_gmt":"2026-05-22T07:32:21","slug":"pemimpin-umno-johor-kunci-mulut-berhubung-spekulasi-pembubaran-dun","status":"publish","type":"post","link":"https:\/\/agendadaily.my\/pemimpin-umno-johor-kunci-mulut-berhubung-spekulasi-pembubaran-dun\/","title":{"rendered":"Pemimpin UMNO Johor kunci mulut berhubung spekulasi pembubaran DUN"},"content":{"rendered":"<p>Desas-desus mengenai kemungkinan Pilihan Raya Negeri (PRN) Johor diadakan lebih awal terus hangat diperkatakan apabila kepimpinan UMNO negeri memilih untuk tidak mengulas lanjut mengenai dakwaan sidang khas Dewan Undangan Negeri (DUN) yang dikatakan bakal berlangsung pada 24 Jun ini.<\/p>\n<p>Timbalan Speaker DUN Johor, Samsolbari Jamali, ketika ditemui media hanya memberikan jawapan ringkas berhubung perkara itu.<\/p>\n<p>\u201cTak confirm,\u201d katanya dipetik laporan media hari ini.<\/p>\n<p>Terdahulu, 26 Ketua UMNO Bahagian Johor menghadiri mesyuarat jawatankuasa di Pejabat Badan Perhubungan UMNO Johor pada Jumaat.<\/p>\n<p>Mesyuarat itu dipengerusikan Menteri Besar Johor merangkap Pengerusi UMNO dan Barisan Nasional (BN) Johor, Onn Hafiz Ghazi.<\/p>\n<p>Turut hadir Ahmad Maslan, Md Israk Abdullah serta barisan kepimpinan sayap parti negeri.<\/p>\n<p>Bagaimanapun, selepas mesyuarat selesai, tiada sidang media diadakan.<\/p>\n<p>Onn Hafiz yang ditemui wartawan hanya melemparkan senyuman sambil berseloroh, \u201cTumpang lalu.\u201d<\/p>\n<p>Seorang Ketua UMNO Bahagian yang enggan dikenali menafikan mesyuarat tersebut menyentuh soal tarikh pilihan raya negeri.<\/p>\n<p>\u201cKita bincang pasal gerak kerja menyantuni rakyat, bukan pasal tarikh pilihan raya,\u201d katanya.<\/p>\n<p>Cubaan media mendapatkan penjelasan daripada beberapa lagi pemimpin UMNO negeri juga tidak berhasil apabila kebanyakan mereka memilih untuk berdiam diri.<\/p>\n<p>Spekulasi mengenai kemungkinan pembubaran DUN Johor mula tercetus selepas tular mesej mendakwa sidang khas DUN akan diadakan sebelum pembubaran diumumkan.<\/p>\n<p>Ia turut dikaitkan dengan kenyataan Onn Hafiz minggu lalu bahawa BN Johor bersedia bertanding di semua 56 kerusi DUN pada PRN akan datang.<\/p>\n<p>Untuk rekod, PRN Johor kali terakhir diadakan pada Mac 2022 selepas DUN dibubarkan lebih awal.<\/p>\n<p>Dalam pilihan raya tersebut, BN memperoleh kemenangan besar apabila memenangi 40 daripada 56 kerusi DUN.<\/p>\n<p>Pakatan Harapan pula memenangi 12 kerusi menerusi DAP, PKR dan Amanah, manakala Perikatan Nasional meraih tiga kerusi. Parti Ikatan Demokratik Malaysia (MUDA) pula menang satu kerusi.<\/p>\n<p>Penggal pentadbiran kerajaan negeri Johor sepatutnyaberakhir pada April 2027.<\/p>\n","protected":false},"excerpt":{"rendered":"<p>Desas-desus mengenai kemungkinan Pilihan Raya Negeri (PRN) Johor diadakan lebih awal terus hangat diperkatakan apabila kepimpinan UMNO negeri memilih untuk tidak mengulas lanjut mengenai dakwaan sidang khas Dewan Undangan Negeri (DUN) yang dikatakan bakal berlangsung pada 24 Jun ini. Timbalan Speaker DUN Johor, Samsolbari Jamali, ketika ditemui media hanya memberikan jawapan ringkas berhubung perkara itu. [&hellip;]<\/p>\n","protected":false},"author":1,"featured_media":10024,"comment_status":"open","ping_status":"open","sticky":false,"template":"","format":"standard","meta":{"_acf_changed":false,"footnotes":""},"categories":[2],"tags":[549,409,630,3847,633,103],"authors":[],"class_list":["post-10763","post","type-post","status-publish","format-standard","has-post-thumbnail","hentry","category-politik","tag-bubar","tag-dun","tag-johor","tag-onn-hafiz-ghazi","tag-pilihan-raya","tag-prn"],"acf":[],"_links":{"self":[{"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/posts\/10763","targetHints":{"allow":["GET"]}}],"collection":[{"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/posts"}],"about":[{"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/types\/post"}],"author":[{"embeddable":true,"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/users\/1"}],"replies":[{"embeddable":true,"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/comments?post=10763"}],"version-history":[{"count":1,"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/posts\/10763\/revisions"}],"predecessor-version":[{"id":10764,"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/posts\/10763\/revisions\/10764"}],"wp:featuredmedia":[{"embeddable":true,"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/media\/10024"}],"wp:attachment":[{"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/media?parent=10763"}],"wp:term":[{"taxonomy":"category","embeddable":true,"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/categories?post=10763"},{"taxonomy":"post_tag","embeddable":true,"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/tags?post=10763"},{"taxonomy":"authors","embeddable":true,"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/authors?post=10763"}],"curies":[{"name":"wp","href":"https:\/\/api.w.org\/{rel}","templated":true}]}}