{"id":10770,"date":"2026-05-22T08:01:41","date_gmt":"2026-05-22T08:01:41","guid":{"rendered":"https:\/\/agendadaily.my\/?p=10770"},"modified":"2026-05-22T08:01:41","modified_gmt":"2026-05-22T08:01:41","slug":"pas-kesal-bersatu-tarik-balik-sd-di-negeri-sembilan-untuk-bersama-umno-hadi","status":"publish","type":"post","link":"https:\/\/agendadaily.my\/pas-kesal-bersatu-tarik-balik-sd-di-negeri-sembilan-untuk-bersama-umno-hadi\/","title":{"rendered":"PAS kesal Bersatu tarik balik SD di Negeri Sembilan untuk bersama UMNO: Hadi"},"content":{"rendered":"<p>PAS menyifatkan tindakan dua Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Bersatu di Negeri Sembilan yang menarik balik Akuan Bersumpah (SD) sokongan terhadap pembentukan kerajaan negeri sebagai tindakan yang mencemarkan semangat setia kawan dalam Perikatan Nasional (PN).<\/p>\n<p>Presiden PAS Abdul Hadi Awang berkata sudah menyuarakan bantahan rasmi kepada Bersatu menerusi surat yang dihantar oleh Setiausaha Agung parti itu, Takiyuddin Hassan.<\/p>\n<p>Menurutnya, gabungan PAS, Bersatu dan UMNO ketika itu sudah memiliki sokongan mencukupi untuk membentuk kerajaan negeri apabila PAS mempunyai tiga kerusi, Bersatu dua kerusi dan UMNO pula 14 kerusi.<\/p>\n<p>\u201cMalangnya, tiba-tiba Bersatu menarik balik SD tersebut dan membatalkannya. Kita anggap ini melanggar semangat setia kawan antara parti dalam gabungan. Alasan yang diberikan juga tidak boleh diterima,\u201d katanya pada sidang akhbar di Rusila, pada Jumaat.<\/p>\n<p>Beliau turut mempersoalkan tindakan Bersatu yang berubah pendirian sedangkan UMNO kekal dengan sokongan mereka.<\/p>\n<p>Kemelut politik di Negeri Sembilan tercetus selepas dua ADUN Bersatu iaitu Ridzuan Ahmad dan Mohamad Hanifah Abu Baker mengambil pendirian berkecuali dalam usaha menukar pentadbiran negeri.<\/p>\n<p>Ridzuan sebelum ini menyatakan keputusan itu dibuat demi memastikan kestabilan politik negeri, manakala Mohamad Hanifah berpendapat sebarang perubahan kerajaan perlu diserahkan semula kepada rakyat melalui pilihan raya.<\/p>\n<p>Abdul Hadi berkata, isu itu bukan kali pertama berlaku apabila Bersatu sebelum ini turut didakwa tidak menghormati semangat kerjasama PN di Perlis.<\/p>\n<p>\u201cMereka pernah menyokong usul tidak percaya terhadap Menteri Besar PAS di Perlis. Walaupun begitu, kita masih bersabar demi menjaga keutuhan PN,\u201d katanya lagi.<\/p>\n<p>Dalam perkembangan berkaitan, beliau turut menolak cadangan rombakan pentadbiran di Kedah dan Kelantan termasuk melibatkan jawatan Exco dan Speaker DUN.<\/p>\n<p>Katanya, PAS menilai pemimpin berdasarkan prestasi dan tiada keperluan untuk membuat perubahan jika tugas dilaksanakan dengan baik.<\/p>\n<p>Awal bulan ini, dua ADUN Kedah yang dipecat Bersatu iaitu Dzowahir Ab Ghani dan Abdul Razak Khamis dibenarkan mengekalkan jawatan masing-masing sebagai Exco negeri dan Timbalan Speaker DUN walaupun kini berstatus ADUN Bebas yang menyokong kerajaan negeri.<\/p>\n","protected":false},"excerpt":{"rendered":"<p>PAS menyifatkan tindakan dua Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Bersatu di Negeri Sembilan yang menarik balik Akuan Bersumpah (SD) sokongan terhadap pembentukan kerajaan negeri sebagai tindakan yang mencemarkan semangat setia kawan dalam Perikatan Nasional (PN). Presiden PAS Abdul Hadi Awang berkata sudah menyuarakan bantahan rasmi kepada Bersatu menerusi surat yang dihantar oleh Setiausaha Agung parti [&hellip;]<\/p>\n","protected":false},"author":1,"featured_media":873,"comment_status":"open","ping_status":"open","sticky":false,"template":"","format":"standard","meta":{"_acf_changed":false,"footnotes":""},"categories":[2],"tags":[901,356,73,585,1154,126,146],"authors":[],"class_list":["post-10770","post","type-post","status-publish","format-standard","has-post-thumbnail","hentry","category-politik","tag-abdul-hadi-awang","tag-adun","tag-bersatu","tag-krisis","tag-negeri-sembilan","tag-pas","tag-umno"],"acf":[],"_links":{"self":[{"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/posts\/10770","targetHints":{"allow":["GET"]}}],"collection":[{"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/posts"}],"about":[{"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/types\/post"}],"author":[{"embeddable":true,"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/users\/1"}],"replies":[{"embeddable":true,"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/comments?post=10770"}],"version-history":[{"count":1,"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/posts\/10770\/revisions"}],"predecessor-version":[{"id":10771,"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/posts\/10770\/revisions\/10771"}],"wp:featuredmedia":[{"embeddable":true,"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/media\/873"}],"wp:attachment":[{"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/media?parent=10770"}],"wp:term":[{"taxonomy":"category","embeddable":true,"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/categories?post=10770"},{"taxonomy":"post_tag","embeddable":true,"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/tags?post=10770"},{"taxonomy":"authors","embeddable":true,"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/authors?post=10770"}],"curies":[{"name":"wp","href":"https:\/\/api.w.org\/{rel}","templated":true}]}}