{"id":10778,"date":"2026-05-23T05:09:47","date_gmt":"2026-05-23T05:09:47","guid":{"rendered":"https:\/\/agendadaily.my\/?p=10778"},"modified":"2026-05-23T05:18:34","modified_gmt":"2026-05-23T05:18:34","slug":"samsuri-hanya-boneka-hadi-dalam-pn-tiada-kuasa-sebenar-amanah","status":"publish","type":"post","link":"https:\/\/agendadaily.my\/samsuri-hanya-boneka-hadi-dalam-pn-tiada-kuasa-sebenar-amanah\/","title":{"rendered":"Samsuri hanya boneka Hadi dalam PN, tiada kuasa sebenar: Amanah"},"content":{"rendered":"<p>Kemelut yang semakin terbuka antara PAS dan Bersatu kini dilihat menjadi cabaran terbesar buat Ahmad Samsuri Mokhtar selepas dilantik sebagai pengerusi Perikatan Nasional (PN) dan ketua pembangkang.<\/p>\n<p>Setiausaha Agung Parti Amanah Faiz Fadzil, berkata pertikaian terbuka melibatkan Presiden PAS, Abdul Hadi Awang, menunjukkan hubungan antara dua parti utama pembangkang itu semakin retak dan meletakkan Samsuri dalam keadaan sukar.<\/p>\n<p>\u201cKemelut ini jadi ujian besar kepada Ahmad Samsuri. Kita akan lihat sama ada dia mampu menyelesaikan krisis dalaman PN atau sebaliknya,\u201d katanya.<\/p>\n<p>Menurut Faiz, kegagalan Samsuri meredakan konflik tersebut akan memberi gambaran bahawa beliau tidak mempunyai kuasa sebenar dalam gabungan itu.<\/p>\n<p>\u201cIa akan dilihat bahawa semua keputusan utama masih ditentukan oleh Abdul Hadi. Itu memberi isyarat bahawa Samsuri hanyalah pemimpin yang lemah,\u201d katanya lagi.<\/p>\n<p>Semalam, Abdul Hadi secara terbuka mendedahkan PAS sedang menilai semula hubungan dengan Parti Bersatu selepas mendakwa beberapa tindakan parti itu membelakangkan PAS.<\/p>\n<p>Antara isu dibangkitkan ialah pertukaran Menteri Besar Perlis daripada wakil PAS kepada Bersatu serta kegagalan usaha menjatuhkan kerajaan Negeri Sembilan.<\/p>\n<p>Beliau turut mempertikaikan kekuatan jentera pilihan raya Bersatu walaupun parti itu mahu bertanding banyak kerusi.<\/p>\n<p>PN yang ditubuhkan selepas Langkah Sheraton pada 2020 sebelum ini dilihat sebagai blok pembangkang utama, namun hubungan antara PAS dan Bersatu beberapa kali dikatakan tegang terutama dalam soal pembahagian kuasa dan kepimpinan negeri.<\/p>\n<p>Sementara itu, Timbalan Ketua Pemuda Amanah, Danial Al-Rashid Haron Aminar Rashid, berkata kenyataan Abdul Hadi membuktikan keretakan dalam PN semakin serius.<\/p>\n<p>\u201cMereka lebih sibuk berebut pengaruh dan kuasa berbanding membincangkan masa depan rakyat,\u201d katanya.<\/p>\n<p>Menurut beliau, PAS kini mula menyedari Bersatu banyak bergantung kepada kekuatan jentera parti itu untuk terus relevan dalam politik.<\/p>\n<p>Dalam perkembangan sama, Danial mendakwa pertelagahan dalaman pembangkang berlaku ketika rakyat sedang berdepan tekanan kos sara hidup dan ketidaktentuan ekonomi global.<\/p>\n<p>\u201cKetika rakyat berdepan cabaran ekonomi, mereka masih bergelut sesama sendiri,\u201d katanya.<\/p>\n","protected":false},"excerpt":{"rendered":"<p>Kemelut yang semakin terbuka antara PAS dan Bersatu kini dilihat menjadi cabaran terbesar buat Ahmad Samsuri Mokhtar selepas dilantik sebagai pengerusi Perikatan Nasional (PN) dan ketua pembangkang. Setiausaha Agung Parti Amanah Faiz Fadzil, berkata pertikaian terbuka melibatkan Presiden PAS, Abdul Hadi Awang, menunjukkan hubungan antara dua parti utama pembangkang itu semakin retak dan meletakkan Samsuri [&hellip;]<\/p>\n","protected":false},"author":1,"featured_media":3586,"comment_status":"open","ping_status":"open","sticky":false,"template":"","format":"standard","meta":{"_acf_changed":false,"footnotes":""},"categories":[2],"tags":[901,275,73,278,2793,585,126,541],"authors":[],"class_list":["post-10778","post","type-post","status-publish","format-standard","has-post-thumbnail","hentry","category-politik","tag-abdul-hadi-awang","tag-amanah","tag-bersatu","tag-faiz-fadzil","tag-kemelut","tag-krisis","tag-pas","tag-perikatan-nasional"],"acf":[],"_links":{"self":[{"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/posts\/10778","targetHints":{"allow":["GET"]}}],"collection":[{"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/posts"}],"about":[{"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/types\/post"}],"author":[{"embeddable":true,"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/users\/1"}],"replies":[{"embeddable":true,"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/comments?post=10778"}],"version-history":[{"count":1,"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/posts\/10778\/revisions"}],"predecessor-version":[{"id":10779,"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/posts\/10778\/revisions\/10779"}],"wp:featuredmedia":[{"embeddable":true,"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/media\/3586"}],"wp:attachment":[{"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/media?parent=10778"}],"wp:term":[{"taxonomy":"category","embeddable":true,"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/categories?post=10778"},{"taxonomy":"post_tag","embeddable":true,"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/tags?post=10778"},{"taxonomy":"authors","embeddable":true,"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/authors?post=10778"}],"curies":[{"name":"wp","href":"https:\/\/api.w.org\/{rel}","templated":true}]}}