{"id":10784,"date":"2026-05-23T05:18:23","date_gmt":"2026-05-23T05:18:23","guid":{"rendered":"https:\/\/agendadaily.my\/?p=10784"},"modified":"2026-05-23T05:18:23","modified_gmt":"2026-05-23T05:18:23","slug":"ahli-politik-tergelincir-daripada-perjuangan-paling-banyak-mengeluh-pmx","status":"publish","type":"post","link":"https:\/\/agendadaily.my\/ahli-politik-tergelincir-daripada-perjuangan-paling-banyak-mengeluh-pmx\/","title":{"rendered":"Ahli politik tergelincir daripada perjuangan paling banyak mengeluh: PMX"},"content":{"rendered":"<p>Anwar Ibrahim menyindir segelintir ahli politik yang didakwanya sudah \u201ctergelincir\u201d daripada perjuangan asal kerana disifatkan sebagai golongan paling banyak mengeluh berbanding peniaga kecil di negara ini.<\/p>\n<p>Perdana Menteri berkata beliau kagum dengan semangat dan daya tahan golongan peniaga kecil yang menurutnya jarang merungut walaupun berdepan cabaran kos sara hidup dan modal perniagaan.<\/p>\n<p>\u201cSebenarnya peniaga peringkat rendah ini keluhan dia sangat minimal. Yang besar-besar itu yang banyak mengeluh dan yang mengeluh paling kuat orang-orang politik yang sudah tergelincir ini,\u201d katanya selepas melawat Pasar Tani Taman Melawati hari ini.<\/p>\n<p>Beliau turut menyifatkan peniaga kecil lebih tenang dan berdisiplin berbanding sesetengah pihak dalam arena politik yang disifatkan sering \u201cberleter dan merengek sepanjang masa\u201d.<\/p>\n<p>Anwar bagaimanapun enggan mengulas lanjut mengenai politik ketika diasak soalan berkaitan isu semasa.<\/p>\n<p>\u201cTak ada politik hari ini. Politik makan nasi dagang,\u201d katanya berseloroh.<\/p>\n<p>Lawatan beliau ke pasar tani itu dibuat bersama beberapa agensi kewangan dan mikro kredit termasuk Bank Simpanan Nasional, TEKUN Nasional, Amanah Ikhtiar Malaysia dan Agrobank bagi mendekati peniaga kecil yang memerlukan bantuan modal.<\/p>\n<p>Menurut Anwar, ramai usahawan mikro masih tidak mengetahui kemudahan pinjaman yang disediakan kerajaan walaupun akses pembiayaan kini lebih meluas.<\/p>\n<p>Katanya, kerajaan mengambil pendekatan turun padang selepas laporan Institut Penyelidikan Khazanah mendapati ramai peniaga tidak memanfaatkan skim yang tersedia.<\/p>\n<p>\u201cKadangkala mereka hanya perlukan RM10,000 atau RM20,000 untuk teruskan perniagaan. Bila dapat RM10,000 pun mereka sudah sangat bersyukur,\u201d katanya.<\/p>\n<p>Beliau turut memuji rekod pembayaran semula pinjaman dalam kalangan peniaga kecil yang disifatkan sangat baik, terutama melalui skim mikro kredit seperti AIM.<\/p>\n<p>Dalam perkembangan berkaitan, Kementerian Kewangan memaklumkan kerajaan menyediakan lebih RM15 bilion pembiayaan untuk perusahaan mikro, kecil dan sederhana tahun ini.<\/p>\n<p>Minggu lalu, kerajaan MADANI turut mengumumkan kemudahan mikro kredit melebihi RM5 bilion bagi 2026 yang dijangka memberi manfaat kepada lebih 400,000 usahawan mikro di seluruh negara.<\/p>\n","protected":false},"excerpt":{"rendered":"<p>Anwar Ibrahim menyindir segelintir ahli politik yang didakwanya sudah \u201ctergelincir\u201d daripada perjuangan asal kerana disifatkan sebagai golongan paling banyak mengeluh berbanding peniaga kecil di negara ini. Perdana Menteri berkata beliau kagum dengan semangat dan daya tahan golongan peniaga kecil yang menurutnya jarang merungut walaupun berdepan cabaran kos sara hidup dan modal perniagaan. \u201cSebenarnya peniaga peringkat [&hellip;]<\/p>\n","protected":false},"author":1,"featured_media":10506,"comment_status":"open","ping_status":"open","sticky":false,"template":"","format":"standard","meta":{"_acf_changed":false,"footnotes":""},"categories":[3],"tags":[13,285,429,197,9,18,11],"authors":[],"class_list":["post-10784","post","type-post","status-publish","format-standard","has-post-thumbnail","hentry","category-isu-semasa","tag-anwar","tag-madani","tag-peniaga","tag-perdana-menteri","tag-pkr","tag-pmx","tag-politik"],"acf":[],"_links":{"self":[{"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/posts\/10784","targetHints":{"allow":["GET"]}}],"collection":[{"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/posts"}],"about":[{"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/types\/post"}],"author":[{"embeddable":true,"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/users\/1"}],"replies":[{"embeddable":true,"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/comments?post=10784"}],"version-history":[{"count":1,"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/posts\/10784\/revisions"}],"predecessor-version":[{"id":10785,"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/posts\/10784\/revisions\/10785"}],"wp:featuredmedia":[{"embeddable":true,"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/media\/10506"}],"wp:attachment":[{"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/media?parent=10784"}],"wp:term":[{"taxonomy":"category","embeddable":true,"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/categories?post=10784"},{"taxonomy":"post_tag","embeddable":true,"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/tags?post=10784"},{"taxonomy":"authors","embeddable":true,"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/authors?post=10784"}],"curies":[{"name":"wp","href":"https:\/\/api.w.org\/{rel}","templated":true}]}}