{"id":10788,"date":"2026-05-23T05:28:26","date_gmt":"2026-05-23T05:28:26","guid":{"rendered":"https:\/\/agendadaily.my\/?p=10788"},"modified":"2026-05-23T05:28:26","modified_gmt":"2026-05-23T05:28:26","slug":"pkr-tak-goyah-dengan-tindakan-rafizi-dan-nik-nazmi-kamil","status":"publish","type":"post","link":"https:\/\/agendadaily.my\/pkr-tak-goyah-dengan-tindakan-rafizi-dan-nik-nazmi-kamil\/","title":{"rendered":"PKR tak goyah dengan tindakan Rafizi dan Nik Nazmi: Kamil"},"content":{"rendered":"<p>PKR menegaskan parti itu kekal stabil dan tidak terjejas meskipun Rafizi Ramli dan Nik Nazmi Nik Ahmad mengambil keputusan keluar parti serta melepaskan kerusi Parlimen masing-masing baru-baru ini.<\/p>\n<p>Ketua Angkatan Muda Keadilan (AMK) Muhammad Kamil Abdul Munim berkata, tindakan beberapa pemimpin meninggalkan parti bukan sesuatu yang luar biasa kerana PKR sudah melalui pelbagai cabaran politik sejak ditubuhkan lebih dua dekad lalu.<\/p>\n<p>Menurut beliau, parti itu masih kukuh dan terus mendapat sokongan termasuk pertambahan ahli baharu dari semasa ke semasa.<\/p>\n<p>\u201cTak goyah pun. Ini sebahagian daripada proses demokrasi. Keadilan sudah melalui banyak episod apabila ada pimpinan meninggalkan parti atas alasan masing-masing, tetapi akhirnya rakyat yang akan membuat penilaian,\u201d katanya selepas merasmikan Program Sumbangan Komputer Riba dan Bantuan Awal ke Institusi Pengajian Tinggi kepada anak-anak eKasih Cemerlang SPM 2025 di Dewan Jubli Perak, Politeknik Kota Bharu.<\/p>\n<p>Pada 17 Mei lalu, Rafizi dan Nik Nazmi mengumumkan peletakan jawatan serta keluar daripada PKR, sekali gus mengosongkan kerusi Parlimen Pandan dan Setiawangsa.<\/p>\n<p>Tindakan itu mencetuskan spekulasi mengenai kekuatan dalaman parti menjelang landskap politik baharu kerajaan perpaduan.<\/p>\n<p>Mengulas perkara itu, Muhammad Kamil berkata PKR pernah berdepan cabaran lebih besar ketika krisis politik Langkah Sheraton pada 2020 yang menyaksikan beberapa pemimpin utama meninggalkan parti dan kerajaan Pakatan Harapan tumbang.<\/p>\n<p>Katanya, ketika itu ramai menjangkakan PKR akan lumpuh, namun keadaan sebaliknya berlaku apabila parti berkenaan kembali bangkit sehingga berjaya membentuk kerajaan selepas Pilihan Raya Umum ke-15.<\/p>\n<p>\u201cPada 2020 ramai anggap Keadilan akan lumpuh sepenuhnya, tetapi akhirnya kita berjaya membentuk kerajaan dan Anwar Ibrahim menjadi Perdana Menteri,\u201d katanya.<\/p>\n<p>Beliau turut menafikan dakwaan pengunduran beberapa pemimpin memberi kesan besar kepada AMK atau PKR secara keseluruhan.<\/p>\n<p>\u201cTidak ada kesan signifikan. AMK masih utuh dan kita lihat keahlian parti terus meningkat dari semasa ke semasa,\u201d ujarnya.<\/p>\n","protected":false},"excerpt":{"rendered":"<p>PKR menegaskan parti itu kekal stabil dan tidak terjejas meskipun Rafizi Ramli dan Nik Nazmi Nik Ahmad mengambil keputusan keluar parti serta melepaskan kerusi Parlimen masing-masing baru-baru ini. Ketua Angkatan Muda Keadilan (AMK) Muhammad Kamil Abdul Munim berkata, tindakan beberapa pemimpin meninggalkan parti bukan sesuatu yang luar biasa kerana PKR sudah melalui pelbagai cabaran politik [&hellip;]<\/p>\n","protected":false},"author":1,"featured_media":1418,"comment_status":"open","ping_status":"open","sticky":false,"template":"","format":"standard","meta":{"_acf_changed":false,"footnotes":""},"categories":[2],"tags":[164,585,960,208,9,8],"authors":[],"class_list":["post-10788","post","type-post","status-publish","format-standard","has-post-thumbnail","hentry","category-politik","tag-amk","tag-krisis","tag-muhammad-kamil-abdul-munim","tag-nik-nazmi","tag-pkr","tag-rafizi"],"acf":[],"_links":{"self":[{"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/posts\/10788","targetHints":{"allow":["GET"]}}],"collection":[{"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/posts"}],"about":[{"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/types\/post"}],"author":[{"embeddable":true,"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/users\/1"}],"replies":[{"embeddable":true,"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/comments?post=10788"}],"version-history":[{"count":1,"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/posts\/10788\/revisions"}],"predecessor-version":[{"id":10789,"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/posts\/10788\/revisions\/10789"}],"wp:featuredmedia":[{"embeddable":true,"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/media\/1418"}],"wp:attachment":[{"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/media?parent=10788"}],"wp:term":[{"taxonomy":"category","embeddable":true,"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/categories?post=10788"},{"taxonomy":"post_tag","embeddable":true,"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/tags?post=10788"},{"taxonomy":"authors","embeddable":true,"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/authors?post=10788"}],"curies":[{"name":"wp","href":"https:\/\/api.w.org\/{rel}","templated":true}]}}