{"id":10794,"date":"2026-05-23T05:37:45","date_gmt":"2026-05-23T05:37:45","guid":{"rendered":"https:\/\/agendadaily.my\/?p=10794"},"modified":"2026-05-23T05:37:45","modified_gmt":"2026-05-23T05:37:45","slug":"mb-perlis-tak-tolak-bubar-dun-jika-hilang-sokongan-wakil-pas","status":"publish","type":"post","link":"https:\/\/agendadaily.my\/mb-perlis-tak-tolak-bubar-dun-jika-hilang-sokongan-wakil-pas\/","title":{"rendered":"MB Perlis tak tolak bubar DUN jika hilang sokongan wakil PAS"},"content":{"rendered":"<p>Menteri Besar Perlis, Abu Bakar Hamzah memberi bayangan Dewan Undangan Negeri (DUN) Perlis akan dibubarkan sekiranya enam Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) PAS mengemukakan usul undi tidak percaya terhadap beliau pada sidang DUN awal Jun ini.<\/p>\n<p>Menurutnya, tindakan itu terpaksa diambil jika kedudukannya sebagai Menteri Besar dicabar secara rasmi dalam sidang berkenaan.<\/p>\n<p>\u201cKalau berlaku undi tidak percaya, saya tiada pilihan selain membubarkan DUN. Saya tidak takut kerana itu lumrah politik,\u201d katanya dipetik laporan Utusan Malaysia.<\/p>\n<p>Sidang DUN Perlis dijadual berlangsung dari 3 hingga 5 Jun depan dan dijangka menjadi tumpuan susulan kemelut dalaman melibatkan PAS dan Bersatu dalam kerajaan Perikatan Nasional (PN) negeri itu.<\/p>\n<p>Kemelut berkenaan mula memuncak selepas Presiden PAS, Abdul Hadi Awang, mendakwa Bersatu tidak menghormati semangat setiakawan dalam PN termasuk dalam isu politik di Perlis.<\/p>\n<p>Beliau turut memaklumkan pimpinan PAS akan berbincang dengan kepimpinan negeri bagi menentukan tindakan selanjutnya.<\/p>\n<p>Sebelum ini, enam ADUN PAS diketuai Mohd Shukri Ramli bersama Muhammad Azmir Azizan, Asrul Aimran Abd Jalil, Razali Saad, Wan Badariah Wan Saad dan Haziq Asyraf Dun mendesak penjelasan Abu Bakar berhubung penangguhan sidang DUN yang sepatutnya berlangsung pada April lalu.<\/p>\n<p>Bagaimanapun, Abu Bakar menafikan penangguhan itu dibuat kerana beliau bimbang kehilangan sokongan majoriti.<\/p>\n<p>Beliau berkata, kerajaan PN Perlis masih kekal stabil walaupun hubungan antara PAS dan Bersatu dilihat semakin tegang menjelang Pilihan Raya Umum ke-16 (PRU-16).<\/p>\n<p>\u201cKita masih mempertahankan semangat persaudaraan dalam PN Perlis. Politik boleh berubah dari semasa ke semasa, tetapi kerajaan PN di Perlis masih kekal,\u201d katanya.<\/p>\n<p>Perlis sebelum ini menyaksikan perubahan kepimpinan apabila Abu Bakar dilantik sebagai Menteri Besar menggantikan Mohd Shukri selepas krisis politik dan isu integriti yang melanda pentadbiran negeri.<\/p>\n<p>Pelantikan itu mendapat perkenan Raja Perlis yang mahu kestabilan kerajaan negeri terus dipertahankan.<\/p>\n","protected":false},"excerpt":{"rendered":"<p>Menteri Besar Perlis, Abu Bakar Hamzah memberi bayangan Dewan Undangan Negeri (DUN) Perlis akan dibubarkan sekiranya enam Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) PAS mengemukakan usul undi tidak percaya terhadap beliau pada sidang DUN awal Jun ini. Menurutnya, tindakan itu terpaksa diambil jika kedudukannya sebagai Menteri Besar dicabar secara rasmi dalam sidang berkenaan. \u201cKalau berlaku undi [&hellip;]<\/p>\n","protected":false},"author":1,"featured_media":6299,"comment_status":"open","ping_status":"open","sticky":false,"template":"","format":"standard","meta":{"_acf_changed":false,"footnotes":""},"categories":[2],"tags":[2787,73,409,2774,126,2177,222],"authors":[],"class_list":["post-10794","post","type-post","status-publish","format-standard","has-post-thumbnail","hentry","category-politik","tag-abu-bakar-hamzah","tag-bersatu","tag-dun","tag-hilang-sokongan","tag-pas","tag-perlis","tag-sidang"],"acf":[],"_links":{"self":[{"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/posts\/10794","targetHints":{"allow":["GET"]}}],"collection":[{"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/posts"}],"about":[{"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/types\/post"}],"author":[{"embeddable":true,"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/users\/1"}],"replies":[{"embeddable":true,"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/comments?post=10794"}],"version-history":[{"count":1,"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/posts\/10794\/revisions"}],"predecessor-version":[{"id":10795,"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/posts\/10794\/revisions\/10795"}],"wp:featuredmedia":[{"embeddable":true,"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/media\/6299"}],"wp:attachment":[{"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/media?parent=10794"}],"wp:term":[{"taxonomy":"category","embeddable":true,"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/categories?post=10794"},{"taxonomy":"post_tag","embeddable":true,"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/tags?post=10794"},{"taxonomy":"authors","embeddable":true,"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/authors?post=10794"}],"curies":[{"name":"wp","href":"https:\/\/api.w.org\/{rel}","templated":true}]}}