{"id":10806,"date":"2026-05-23T10:05:44","date_gmt":"2026-05-23T10:05:44","guid":{"rendered":"https:\/\/agendadaily.my\/?p=10806"},"modified":"2026-05-23T10:05:44","modified_gmt":"2026-05-23T10:05:44","slug":"pas-muktamadkan-hala-tuju-hubungan-dengan-bersatu-pada-masa-terdekat-takiyuddin","status":"publish","type":"post","link":"https:\/\/agendadaily.my\/pas-muktamadkan-hala-tuju-hubungan-dengan-bersatu-pada-masa-terdekat-takiyuddin\/","title":{"rendered":"PAS muktamadkan hala tuju hubungan dengan Bersatu pada masa terdekat: Takiyuddin"},"content":{"rendered":"<p>PAS dijangka mengadakan mesyuarat dalam tempoh terdekat bagi menentukan hala tuju hubungannya dengan Bersatu susulan beberapa isu yang timbul dalam Perikatan Nasional (PN).<\/p>\n<p>Setiausaha Agung PAS, Takiyuddin Hassan berkata mesyuarat itu dijangka berlangsung dalam masa satu atau dua hari lagi sebelum Aidiladha dan kemungkinan besar membabitkan kepimpinan PAS terlebih dahulu.<\/p>\n<p>\u201cKita akan mesyuarat dalam masa terdekat kemudian kita akan buat keputusan. Ia akan dilakukan dalam satu atau dua hari lagi sebelum raya. Mungkin mesyuarat dengan PAS dahulu,\u201d katanya selepas menghadiri Konvensyen Ulang Tahun ke-58 Parti Gerakan di Kuala Lumpur hari ini.<\/p>\n<p>Turut hadir Pengerusi PN, Ahmad Samsuri Mokhtar, Presiden Gerakan, Dominic Lau.<\/p>\n<p>Isu hubungan PAS dan Bersatu kembali hangat selepas Presiden PAS, Abdul Hadi Awang, sebelum ini menyatakan parti itu akan menilai semula kerjasama.<\/p>\n<p>Beliau mendakwa beberapa tindakan parti itu dilihat tidak selari dengan semangat setia kawan dalam gabungan PN.<\/p>\n<p>Antara yang mencetuskan ketegangan ialah tindakan Bersatu memecat beberapa Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) di Kedah yang turut memegang jawatan Exco kerajaan negeri, selain Timbalan Yang Dipertua Dewan Undangan Negeri Kelantan, Mohamed Farid Mohamed Zawawi.<\/p>\n<p>PAS dan Bersatu merupakan tunjang utama PN sejak gabungan itu dibentuk pada 2020 selepas kejatuhan kerajaan Pakatan Harapan.<\/p>\n<p>Kedua-dua parti terus bekerjasama dalam beberapa pilihan raya termasuk Pilihan Raya Umum ke-15 dan enam pilihan raya negeri tahun lalu.<\/p>\n<p>Dalam pada itu, Takiyuddin turut menjelaskan arahan PAS yang melarang ahlinya mengeluarkan kenyataan berkaitan isu melibatkan parti lain bukan bertujuan menyekat kebebasan bersuara.<\/p>\n<p>Sebaliknya, beliau berkata langkah itu dibuat bagi memastikan sebarang kenyataan rasmi parti dapat diselaraskan dan tidak menimbulkan kekeliruan di peringkat akar umbi.<\/p>\n","protected":false},"excerpt":{"rendered":"<p>PAS dijangka mengadakan mesyuarat dalam tempoh terdekat bagi menentukan hala tuju hubungannya dengan Bersatu susulan beberapa isu yang timbul dalam Perikatan Nasional (PN). Setiausaha Agung PAS, Takiyuddin Hassan berkata mesyuarat itu dijangka berlangsung dalam masa satu atau dua hari lagi sebelum Aidiladha dan kemungkinan besar membabitkan kepimpinan PAS terlebih dahulu. \u201cKita akan mesyuarat dalam masa [&hellip;]<\/p>\n","protected":false},"author":1,"featured_media":3358,"comment_status":"open","ping_status":"open","sticky":false,"template":"","format":"standard","meta":{"_acf_changed":false,"footnotes":""},"categories":[2],"tags":[901,73,126,541,2294],"authors":[],"class_list":["post-10806","post","type-post","status-publish","format-standard","has-post-thumbnail","hentry","category-politik","tag-abdul-hadi-awang","tag-bersatu","tag-pas","tag-perikatan-nasional","tag-takiyuddin-hassan"],"acf":[],"_links":{"self":[{"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/posts\/10806","targetHints":{"allow":["GET"]}}],"collection":[{"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/posts"}],"about":[{"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/types\/post"}],"author":[{"embeddable":true,"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/users\/1"}],"replies":[{"embeddable":true,"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/comments?post=10806"}],"version-history":[{"count":1,"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/posts\/10806\/revisions"}],"predecessor-version":[{"id":10807,"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/posts\/10806\/revisions\/10807"}],"wp:featuredmedia":[{"embeddable":true,"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/media\/3358"}],"wp:attachment":[{"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/media?parent=10806"}],"wp:term":[{"taxonomy":"category","embeddable":true,"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/categories?post=10806"},{"taxonomy":"post_tag","embeddable":true,"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/tags?post=10806"},{"taxonomy":"authors","embeddable":true,"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/authors?post=10806"}],"curies":[{"name":"wp","href":"https:\/\/api.w.org\/{rel}","templated":true}]}}