{"id":10817,"date":"2026-05-24T04:06:06","date_gmt":"2026-05-24T04:06:06","guid":{"rendered":"https:\/\/agendadaily.my\/?p=10817"},"modified":"2026-05-24T04:06:06","modified_gmt":"2026-05-24T04:06:06","slug":"tengku-zafrul-diberi-peranan-baharu-jaga-kerusi-parlimen-pandan-amiruddin","status":"publish","type":"post","link":"https:\/\/agendadaily.my\/tengku-zafrul-diberi-peranan-baharu-jaga-kerusi-parlimen-pandan-amiruddin\/","title":{"rendered":"Tengku Zafrul diberi peranan baharu jaga kerusi Parlimen Pandan: Amiruddin"},"content":{"rendered":"<p>Kawasan Parlimen Pandan kini dijadikan sebagai parlimen angkat kepada Perdana Menteri Anwar Ibrahim, susulan rombakan pentadbiran parti selepas peletakan jawatan beberapa pemimpin kanan PKR baru-baru ini.<\/p>\n<p>Naib Presiden PKR Amirudin Shari berkata, Tengku Zafrul Abdul Aziz diberikan tanggungjawab sebagai pegawai pemantau PKR bagi Parlimen Pandan serta membantu memantau kawasan Ampang.<\/p>\n<p>Menurut Amirudin, keputusan itu dibuat bagi menyusun semula pentadbiran pusat khidmat dan jentera parti di kawasan berkenaan selepas kekosongan yang berlaku.<\/p>\n<p>\u201cJadi kita aturkan Tengku Zafrul sebagai wakil kerajaan dan pastinya wakil Perdana Menteri di kawasan Pandan itu,\u201d katanya ketika berucap pada Himpunan Setia Keadilan Pandan malam tadi.<\/p>\n<p>Beliau berkata pelantikan Tengku Zafrul dibuat atas permintaan Anwar sendiri yang mahu bekas Menteri Pelaburan, Perdagangan dan Industri itu lebih aktif dalam politik di Selangor.<\/p>\n<p>Amirudin turut menjelaskan PKR pernah berdepan situasi sama sebelum ini apabila beberapa bekas pemimpin parti meninggalkan PKR, termasuk di Parlimen Gombak dan Ampang, namun ia tidak menjejaskan kekuatan parti.<\/p>\n<p>\u201cIni bukan perkara baharu. Kita pernah lalui keadaan sama sebelum ini dan akhirnya Ampang mencatat kemenangan lebih besar berbanding pilihan raya sebelumnya,\u201d katanya.<\/p>\n<p>Pada 17 Mei lalu, Ahli Parlimen Pandan, Rafizi Ramli dan Ahli Parlimen Setiawangsa, Nik Nazmi Nik Ahmad mengumumkan peletakan jawatan mereka sebelum keluar daripada PKR sehari kemudian.<\/p>\n<p>Sementara itu, Tengku Zafrul berkata beliau berharap mendapat sokongan penuh daripada pimpinan dan akar umbi PKR di Pandan dan Ampang bagi memperkukuhkan gerak kerja parti.<\/p>\n<p>\u201cSaya amat mengharapkan saudara-saudari semua bersama-sama dengan saya menjelajah seluruh pelosok Ampang dan Pandan,\u201d katanya.<\/p>\n<p>Beliau turut menegaskan komitmennya untuk membantu rakyat tanpa mengira latar belakang.<\/p>\n<p>\u201cSaya bukan yang terbaik, tetapi saya akan cuba sedaya upaya mengetuk setiap rumah rakyat yang memerlukan pertolongan tanpa memilih agama mahupun warna kulit,\u201d katanya.<\/p>\n","protected":false},"excerpt":{"rendered":"<p>Kawasan Parlimen Pandan kini dijadikan sebagai parlimen angkat kepada Perdana Menteri Anwar Ibrahim, susulan rombakan pentadbiran parti selepas peletakan jawatan beberapa pemimpin kanan PKR baru-baru ini. Naib Presiden PKR Amirudin Shari berkata, Tengku Zafrul Abdul Aziz diberikan tanggungjawab sebagai pegawai pemantau PKR bagi Parlimen Pandan serta membantu memantau kawasan Ampang. Menurut Amirudin, keputusan itu dibuat [&hellip;]<\/p>\n","protected":false},"author":1,"featured_media":479,"comment_status":"open","ping_status":"open","sticky":false,"template":"","format":"standard","meta":{"_acf_changed":false,"footnotes":""},"categories":[2],"tags":[13,386,309,101,8,2552],"authors":[],"class_list":["post-10817","post","type-post","status-publish","format-standard","has-post-thumbnail","hentry","category-politik","tag-anwar","tag-pandan","tag-parlimen","tag-pru-16","tag-rafizi","tag-tengku-zafrul-tengku-abdul-aziz"],"acf":[],"_links":{"self":[{"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/posts\/10817","targetHints":{"allow":["GET"]}}],"collection":[{"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/posts"}],"about":[{"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/types\/post"}],"author":[{"embeddable":true,"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/users\/1"}],"replies":[{"embeddable":true,"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/comments?post=10817"}],"version-history":[{"count":1,"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/posts\/10817\/revisions"}],"predecessor-version":[{"id":10818,"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/posts\/10817\/revisions\/10818"}],"wp:featuredmedia":[{"embeddable":true,"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/media\/479"}],"wp:attachment":[{"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/media?parent=10817"}],"wp:term":[{"taxonomy":"category","embeddable":true,"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/categories?post=10817"},{"taxonomy":"post_tag","embeddable":true,"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/tags?post=10817"},{"taxonomy":"authors","embeddable":true,"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/authors?post=10817"}],"curies":[{"name":"wp","href":"https:\/\/api.w.org\/{rel}","templated":true}]}}