{"id":10825,"date":"2026-05-24T04:27:45","date_gmt":"2026-05-24T04:27:45","guid":{"rendered":"https:\/\/agendadaily.my\/?p=10825"},"modified":"2026-05-24T04:27:45","modified_gmt":"2026-05-24T04:27:45","slug":"isu-agama-dan-kaum-dimainkan-akmal-beri-beban-kepada-kerajaan-rafizi","status":"publish","type":"post","link":"https:\/\/agendadaily.my\/isu-agama-dan-kaum-dimainkan-akmal-beri-beban-kepada-kerajaan-rafizi\/","title":{"rendered":"Isu agama dan kaum dimainkan Akmal beri beban kepada kerajaan: Rafizi"},"content":{"rendered":"<p>Rafizi Ramli menyifatkan kegagalan kerajaan menangani isu perkauman dan agama berpunca daripada sikap terlalu berhati-hati terhadap tekanan politik, khususnya melibatkan Ketua Pemuda UMNO, Dr Muhamad Akmal Saleh.<\/p>\n<p>Rafizi berkata kerajaan dilihat tidak tegas dalam meredakan ketegangan kaum kerana bimbang tindakan diambil akan mengundang kemarahan UMNO.<\/p>\n<p>\u201cKenapa Anwar (Anwar Ibrahim) gagal menangani isu itu ialah soal Akmal. Dia terlalu berhati-hati, takut UMNO marah,\u201d katanya dalam podcast bersama Nik Nazmi Nik Ahmad.<\/p>\n<p>Rafizi mengaitkan perkara itu dengan kontroversi stoking tertera kalimah Allah yang dijual di rangkaian kedai serbaneka KK Mart pada 2024.<\/p>\n<p>Isu tersebut mencetuskan kemarahan segelintir pihak sehingga membawa kepada kempen boikot dan laporan polis di seluruh negara.<\/p>\n<p>Akmal ketika itu antara pemimpin paling lantang membangkitkan isu berkenaan dan menyeru masyarakat Melayu Islam memboikot premis terbabit.<\/p>\n<p>Mengulas lanjut, Rafizi berkata kerajaan sepatutnya mempunyai mekanisme lebih berkesan untuk menangkis naratif ekstremis sebelum ia mempengaruhi masyarakat.<\/p>\n<p>Katanya, platform melibatkan pemimpin politik, agama dan masyarakat perlu diwujudkan bagi membina persefahaman bersama.<\/p>\n<p>\u201cApabila ada struktur merentas semua pihak, kita boleh membawa masyarakat kepada titik persamaan. Kenyataan bersama daripada pemimpin pelbagai kaum dan agama boleh menghalang kumpulan kecil ini daripada menjadi dominan,\u201d katanya.<\/p>\n<p>Bekas Ahli Parlimen Pandan itu turut mengimbas penubuhan Majlis Muhibbah Negara selepas tragedi rusuhan kaum 13 Mei 1969 yang menurutnya berjaya membantu memulihkan hubungan antara kaum ketika itu.<\/p>\n<p>Dalam pada itu, Rafizi berkata majoriti rakyat Malaysia sebenarnya lebih mengambil berat soal ekonomi, kos sara hidup dan peluang pekerjaan berbanding isu perkauman.<\/p>\n<p>Namun, katanya, kegagalan kerajaan menawarkan agenda reformasi yang benar-benar dekat dengan rakyat menyebabkan wujud \u201cvakum\u201d yang akhirnya dipenuhi sentimen kaum dan agama.<\/p>\n<p>\u201cSebab itu saya selalu sebut, kita tak boleh buat business as usual. Bila tiada agenda yang menggamit rakyat, isu perkauman akan ambil alih pentas utama,\u201d katanya.<\/p>\n<p>Nik Nazmi pula berpandangan politik berasaskan kaum yang masih kuat di negara ini menjadi antara faktor ketegangan terus berulang, sambil mengingatkan pemimpin supaya tidak tunduk kepada golongan yang cuba membakar sentimen rakyat demi kepentingan politik.<\/p>\n","protected":false},"excerpt":{"rendered":"<p>Rafizi Ramli menyifatkan kegagalan kerajaan menangani isu perkauman dan agama berpunca daripada sikap terlalu berhati-hati terhadap tekanan politik, khususnya melibatkan Ketua Pemuda UMNO, Dr Muhamad Akmal Saleh. Rafizi berkata kerajaan dilihat tidak tegas dalam meredakan ketegangan kaum kerana bimbang tindakan diambil akan mengundang kemarahan UMNO. \u201cKenapa Anwar (Anwar Ibrahim) gagal menangani isu itu ialah soal [&hellip;]<\/p>\n","protected":false},"author":1,"featured_media":10826,"comment_status":"open","ping_status":"open","sticky":false,"template":"","format":"standard","meta":{"_acf_changed":false,"footnotes":""},"categories":[2],"tags":[1681,170,3031,1288,858,171,8,146],"authors":[],"class_list":["post-10825","post","type-post","status-publish","format-standard","has-post-thumbnail","hentry","category-politik","tag-agama","tag-anwar-ibrahim","tag-dr-muhamad-akmal-saleh","tag-isu","tag-kaum","tag-pemuda","tag-rafizi","tag-umno"],"acf":[],"_links":{"self":[{"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/posts\/10825","targetHints":{"allow":["GET"]}}],"collection":[{"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/posts"}],"about":[{"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/types\/post"}],"author":[{"embeddable":true,"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/users\/1"}],"replies":[{"embeddable":true,"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/comments?post=10825"}],"version-history":[{"count":1,"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/posts\/10825\/revisions"}],"predecessor-version":[{"id":10827,"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/posts\/10825\/revisions\/10827"}],"wp:featuredmedia":[{"embeddable":true,"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/media\/10826"}],"wp:attachment":[{"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/media?parent=10825"}],"wp:term":[{"taxonomy":"category","embeddable":true,"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/categories?post=10825"},{"taxonomy":"post_tag","embeddable":true,"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/tags?post=10825"},{"taxonomy":"authors","embeddable":true,"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/authors?post=10825"}],"curies":[{"name":"wp","href":"https:\/\/api.w.org\/{rel}","templated":true}]}}