{"id":10840,"date":"2026-05-24T10:56:01","date_gmt":"2026-05-24T10:56:01","guid":{"rendered":"https:\/\/agendadaily.my\/?p=10840"},"modified":"2026-05-24T13:50:21","modified_gmt":"2026-05-24T13:50:21","slug":"mcmc-perkukuh-kerjasama-banteras-scam-dalam-talian-dengan-gasa-fahmi","status":"publish","type":"post","link":"https:\/\/agendadaily.my\/mcmc-perkukuh-kerjasama-banteras-scam-dalam-talian-dengan-gasa-fahmi\/","title":{"rendered":"MCMC perkukuh kerjasama banteras scam dalam talian dengan GASA: Fahmi"},"content":{"rendered":"<p>Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (MCMC) memperkukuh kerjasama strategik di peringkat tempatan dan antarabangsa bagi membanteras jenayah penipuan dalam talian yang semakin kompleks dan membimbangkan.<\/p>\n<p>Menteri Komunikasi Fahmi Fadzil berkata, kerjasama menyeluruh antara agensi kerajaan dan pihak industri amat penting bagi memastikan tindakan lebih bersepadu dapat dilaksanakan dalam menangani ancaman scam yang kini merentas pelbagai platform digital.<\/p>\n<p>\u201cJenayah penipuan dalam talian bukan lagi isu terpencil kerana ia melibatkan kerugian besar kepada rakyat serta menjejaskan keyakinan terhadap ekosistem digital negara.<\/p>\n<p>\u201cKerjasama strategik dan perkongsian maklumat antara semua pihak perlu diperkukuh supaya tindakan pencegahan dan penguatkuasaan dapat dilaksanakan dengan lebih pantas dan berkesan,\u201d katanya semasa merasmikan majlis penutupan Permukiman yang berlangsung di CCEC hari ini.<\/p>\n<p>Program permukiman tersebut selama tiga hari bermula 22 Mei lalu yang menghimpunkan pelbagai agensi penguat kuasa, institusi kewangan, syarikat telekomunikasi serta pemain industri digital.<\/p>\n<p>Antara agensi yang terlibat ialah Jabatan Siasatan Jenayah Komersil Bukit Aman, Jabatan Peguam Negara, Bank Negara Malaysia, Suruhanjaya Sekuriti Malaysia, Pusat Pencegahan Jenayah Kewangan Nasional (NFCC), Agensi Keselamatan Siber Negara (NACSA) dan CyberSecurity Malaysia.<\/p>\n<p>Sepanjang program itu, peserta membincangkan trend terkini serta modus operandi scammer termasuk penyalahgunaan nombor telefon, panggilan dan SMS penipuan, akaun bank keldai, penipuan pelaburan serta tawaran pinjaman tidak wujud.<\/p>\n<p>Dalam perkembangan sama, MCMC turut memeterai memorandum persefahaman (MoU) dengan Global Anti-Scam Alliance (GASA) bagi memperluas kerjasama antarabangsa dalam memerangi penipuan digital.<\/p>\n<p>MoU itu dijangka memberi fokus kepada perkongsian kepakaran, pembangunan kapasiti serta usaha meningkatkan kesedaran awam mengenai ancaman siber dan penipuan dalam talian.<\/p>\n<p>Kes penipuan dalam talian di Malaysia menunjukkan peningkatan sejak beberapa tahun kebelakangan ini dengan scam kewangan dan penipuan pelaburan antara jenayah siber paling banyak dilaporkan kepada pihak berkuasa.<\/p>\n","protected":false},"excerpt":{"rendered":"<p>Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (MCMC) memperkukuh kerjasama strategik di peringkat tempatan dan antarabangsa bagi membanteras jenayah penipuan dalam talian yang semakin kompleks dan membimbangkan. Menteri Komunikasi Fahmi Fadzil berkata, kerjasama menyeluruh antara agensi kerajaan dan pihak industri amat penting bagi memastikan tindakan lebih bersepadu dapat dilaksanakan dalam menangani ancaman scam yang kini merentas pelbagai [&hellip;]<\/p>\n","protected":false},"author":1,"featured_media":10853,"comment_status":"open","ping_status":"open","sticky":false,"template":"","format":"standard","meta":{"_acf_changed":false,"footnotes":""},"categories":[3],"tags":[49,4007,4008,16,2117,34],"authors":[],"class_list":["post-10840","post","type-post","status-publish","format-standard","has-post-thumbnail","hentry","category-isu-semasa","tag-fahmi-fadzil","tag-gasa","tag-global-anti-scam-alliance","tag-mcmc","tag-menteri-komunikasi","tag-scam"],"acf":[],"_links":{"self":[{"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/posts\/10840","targetHints":{"allow":["GET"]}}],"collection":[{"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/posts"}],"about":[{"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/types\/post"}],"author":[{"embeddable":true,"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/users\/1"}],"replies":[{"embeddable":true,"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/comments?post=10840"}],"version-history":[{"count":1,"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/posts\/10840\/revisions"}],"predecessor-version":[{"id":10841,"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/posts\/10840\/revisions\/10841"}],"wp:featuredmedia":[{"embeddable":true,"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/media\/10853"}],"wp:attachment":[{"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/media?parent=10840"}],"wp:term":[{"taxonomy":"category","embeddable":true,"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/categories?post=10840"},{"taxonomy":"post_tag","embeddable":true,"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/tags?post=10840"},{"taxonomy":"authors","embeddable":true,"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/authors?post=10840"}],"curies":[{"name":"wp","href":"https:\/\/api.w.org\/{rel}","templated":true}]}}