{"id":10843,"date":"2026-05-24T11:00:26","date_gmt":"2026-05-24T11:00:26","guid":{"rendered":"https:\/\/agendadaily.my\/?p=10843"},"modified":"2026-05-24T11:00:26","modified_gmt":"2026-05-24T11:00:26","slug":"dap-sokong-cadangan-bubar-dun-negeri-sembilan","status":"publish","type":"post","link":"https:\/\/agendadaily.my\/dap-sokong-cadangan-bubar-dun-negeri-sembilan\/","title":{"rendered":"DAP sokong cadangan bubar DUN Negeri Sembilan"},"content":{"rendered":"<p>DAP bersetuju dengan cadangan Dewan Undangan Negeri (DUN) Negeri Sembilan dibubarkan bagi menyelesaikan kemelut politik yang tercetus susulan tindakan beberapa Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) UMNO-Barisan Nasional menarik sokongan terhadap kerajaan negeri.<\/p>\n<p>Setiausaha Agung DAP Anthony Loke berkata, pembubaran DUN dilihat sebagai jalan terbaik untuk mengembalikan mandat kepada rakyat sekali gus menentukan siapa yang layak mentadbir negeri itu.<\/p>\n<p>\u201cSekarang ini rakyat perlu buat keputusan sendiri siapa yang mereka mahu bentuk kerajaan negeri. Bila sokongan sudah ditarik balik, sudah tentu sukar untuk ada keyakinan dalam kerajaan sedia ada,\u201d katanya selepas menghadiri majlis meraikan pelajar cemerlang SPM Parlimen Seremban pada Ahad.<\/p>\n<p>Menurut beliau, situasi semasa menyebabkan sukar untuk Kerajaan Perpaduan di Negeri Sembilan terus berfungsi dengan stabil apabila kepercayaan antara parti dalam gabungan berkenaan sudah terjejas.<\/p>\n<p>Kenyataan itu dibuat selepas Timbalan Presiden UMNO, Mohamad Hasan atau Tok Mat mencadangkan DUN Negeri Sembilan dibubarkan bagi memberi laluan kepada pilihan raya negeri (PRN) baharu.<\/p>\n<p>Loke yang juga Pengerusi DAP Negeri Sembilan berkata, walaupun UMNO-BN masih menyatakan sokongan kepada Kerajaan Perpaduan, keadaan politik ketika ini tetap berisiko kerana kerajaan negeri boleh dijatuhkan ketika sidang DUN atau melalui penolakan bajet negeri.<\/p>\n<p>\u201cKita tidak mahu ambil risiko kerajaan digulingkan dalam sidang DUN nanti kerana apa-apa boleh berlaku,\u201d katanya.<\/p>\n<p>Beliau turut mendedahkan cadangan pembubaran DUN itu telah disampaikan kepada Perdana Menteri Anwar Ibrahim semasa Konvensyen Pakatan Harapan (PH) di Johor Bahru minggu lalu.<\/p>\n<p>Bagaimanapun, keputusan akhir masih bergantung kepada Menteri Besar Negeri Sembilan, Aminuddin Harun selepas mendapatkan pandangan pimpinan tertinggi PH.<\/p>\n<p>Krisis politik di Negeri Sembilan tercetus ketika hubungan antara PH dan UMNO-BN semakin tegang menjelang kemungkinan pilihan raya negeri di Johor pada masa terdekat.<\/p>\n<p>DAP juga memberi bayangan Negeri Sembilan mungkin mengadakan pilihan raya serentak dengan Johor dan Melaka bagi menjimatkan kos.<\/p>\n","protected":false},"excerpt":{"rendered":"<p>DAP bersetuju dengan cadangan Dewan Undangan Negeri (DUN) Negeri Sembilan dibubarkan bagi menyelesaikan kemelut politik yang tercetus susulan tindakan beberapa Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) UMNO-Barisan Nasional menarik sokongan terhadap kerajaan negeri. Setiausaha Agung DAP Anthony Loke berkata, pembubaran DUN dilihat sebagai jalan terbaik untuk mengembalikan mandat kepada rakyat sekali gus menentukan siapa yang layak [&hellip;]<\/p>\n","protected":false},"author":1,"featured_media":10503,"comment_status":"open","ping_status":"open","sticky":false,"template":"","format":"standard","meta":{"_acf_changed":false,"footnotes":""},"categories":[2],"tags":[508,63,409,1154,103],"authors":[],"class_list":["post-10843","post","type-post","status-publish","format-standard","has-post-thumbnail","hentry","category-politik","tag-anthony-loke","tag-dap","tag-dun","tag-negeri-sembilan","tag-prn"],"acf":[],"_links":{"self":[{"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/posts\/10843","targetHints":{"allow":["GET"]}}],"collection":[{"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/posts"}],"about":[{"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/types\/post"}],"author":[{"embeddable":true,"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/users\/1"}],"replies":[{"embeddable":true,"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/comments?post=10843"}],"version-history":[{"count":1,"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/posts\/10843\/revisions"}],"predecessor-version":[{"id":10844,"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/posts\/10843\/revisions\/10844"}],"wp:featuredmedia":[{"embeddable":true,"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/media\/10503"}],"wp:attachment":[{"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/media?parent=10843"}],"wp:term":[{"taxonomy":"category","embeddable":true,"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/categories?post=10843"},{"taxonomy":"post_tag","embeddable":true,"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/tags?post=10843"},{"taxonomy":"authors","embeddable":true,"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/authors?post=10843"}],"curies":[{"name":"wp","href":"https:\/\/api.w.org\/{rel}","templated":true}]}}