{"id":10847,"date":"2026-05-24T11:14:33","date_gmt":"2026-05-24T11:14:33","guid":{"rendered":"https:\/\/agendadaily.my\/?p=10847"},"modified":"2026-05-24T11:14:33","modified_gmt":"2026-05-24T11:14:33","slug":"mcmc-arah-turunkan-lebih-271000-kandungan-scam-dan-judi-online","status":"publish","type":"post","link":"https:\/\/agendadaily.my\/mcmc-arah-turunkan-lebih-271000-kandungan-scam-dan-judi-online\/","title":{"rendered":"MCMC arah turunkan lebih 271,000 kandungan scam dan judi online"},"content":{"rendered":"<p>Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (MCMC) telah meminta platform media sosial menurunkan sebanyak 271,472 kandungan berkaitan penipuan dan perjudian dalam talian sejak Januari hingga semalam, dalam usaha memperkukuh keselamatan digital negara.<\/p>\n<p>Menteri Komunikasi Fahmi Fadzil berkata, sebanyak 91 peratus daripada kandungan yang diminta untuk dipadam itu melibatkan aktiviti scam dan judi online yang semakin membimbangkan.<\/p>\n<p>Menurut beliau, Facebook dikenal pasti sebagai platform utama bagi kandungan berunsur perjudian dan penipuan dalam talian.<\/p>\n<p>\u201cSebanyak 81 peratus kandungan perjudian dalam talian dikesan di Facebook, manakala 58 peratus kandungan penipuan juga berada di platform sama,\u201d katanya selepas majlis penutupan Inter-Agency Retreat on Combatting Online Scam 2026 di Kuala Lumpur hari ini.<\/p>\n<p>Fahmi berkata, ancaman jenayah siber kini semakin serius apabila sindiket penipuan dipercayai menyebabkan rakyat Malaysia kerugian kira-kira RM2.7 bilion sepanjang tahun lalu.<\/p>\n<p>Pada masa sama, beliau memaklumkan institusi perbankan berjaya menghalang kerugian lebih besar menerusi sistem keselamatan dalaman mereka.<\/p>\n<p>\u201cSaya dimaklumkan Bank Negara Malaysia bahawa bank-bank berjaya menyekat kira-kira RM1.2 bilion yang cuba dicuri oleh scammer tahun lepas,\u201d katanya.<\/p>\n<p>Beliau turut menjelaskan kerajaan bercadang menubuhkan jawatankuasa khas melibatkan agensi penguat kuasa, badan kawal selia, syarikat telekomunikasi dan institusi perbankan bagi menyelaras tindakan membanteras scam secara lebih agresif.<\/p>\n<p>Katanya, jawatankuasa itu dijangka dibentuk dalam tempoh dua hingga tiga minggu selepas cadangan dibawa ke Jemaah Menteri.<\/p>\n<p>Langkah itu dilihat penting susulan taktik penipuan digital yang semakin canggih, termasuk penggunaan teknologi kecerdasan buatan (AI) untuk memperdaya mangsa.<\/p>\n<p>Pada majlis sama, Fahmi turut menyaksikan pertukaran memorandum persefahaman antara MCMC dan Global Anti-Scam Alliance (GASA) bagi memperluas kerjasama antarabangsa dalam memerangi jenayah penipuan dalam talian.<\/p>\n<p>Kerjasama itu memberi fokus kepada perkongsian kepakaran, pembangunan kapasiti dan usaha meningkatkan kesedaran awam mengenai ancaman scam digital yang semakin menular di negara ini.<\/p>\n","protected":false},"excerpt":{"rendered":"<p>Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (MCMC) telah meminta platform media sosial menurunkan sebanyak 271,472 kandungan berkaitan penipuan dan perjudian dalam talian sejak Januari hingga semalam, dalam usaha memperkukuh keselamatan digital negara. Menteri Komunikasi Fahmi Fadzil berkata, sebanyak 91 peratus daripada kandungan yang diminta untuk dipadam itu melibatkan aktiviti scam dan judi online yang semakin membimbangkan. [&hellip;]<\/p>\n","protected":false},"author":1,"featured_media":1066,"comment_status":"open","ping_status":"open","sticky":false,"template":"","format":"standard","meta":{"_acf_changed":false,"footnotes":""},"categories":[3],"tags":[49,145,35,16,405,1688,34],"authors":[],"class_list":["post-10847","post","type-post","status-publish","format-standard","has-post-thumbnail","hentry","category-isu-semasa","tag-fahmi-fadzil","tag-judi","tag-kandungan","tag-mcmc","tag-media-sosial","tag-online","tag-scam"],"acf":[],"_links":{"self":[{"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/posts\/10847","targetHints":{"allow":["GET"]}}],"collection":[{"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/posts"}],"about":[{"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/types\/post"}],"author":[{"embeddable":true,"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/users\/1"}],"replies":[{"embeddable":true,"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/comments?post=10847"}],"version-history":[{"count":1,"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/posts\/10847\/revisions"}],"predecessor-version":[{"id":10848,"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/posts\/10847\/revisions\/10848"}],"wp:featuredmedia":[{"embeddable":true,"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/media\/1066"}],"wp:attachment":[{"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/media?parent=10847"}],"wp:term":[{"taxonomy":"category","embeddable":true,"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/categories?post=10847"},{"taxonomy":"post_tag","embeddable":true,"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/tags?post=10847"},{"taxonomy":"authors","embeddable":true,"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/authors?post=10847"}],"curies":[{"name":"wp","href":"https:\/\/api.w.org\/{rel}","templated":true}]}}