{"id":10854,"date":"2026-05-25T05:00:36","date_gmt":"2026-05-25T05:00:36","guid":{"rendered":"https:\/\/agendadaily.my\/?p=10854"},"modified":"2026-05-25T05:00:36","modified_gmt":"2026-05-25T05:00:36","slug":"bn-johor-kekal-pendirian-tanding-semua-kerusi-prn-onn-gafiz","status":"publish","type":"post","link":"https:\/\/agendadaily.my\/bn-johor-kekal-pendirian-tanding-semua-kerusi-prn-onn-gafiz\/","title":{"rendered":"BN Johor kekal pendirian tanding semua kerusi PRN: Onn Gafiz"},"content":{"rendered":"<p>Barisan Nasional (BN) Johor menegaskan pendirian untuk bertanding di semua 56 kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) pada Pilihan Raya Negeri (PRN) akan datang dan tidak akan membuat sebarang perubahan keputusan meskipun landskap politik semasa terus berkembang.<\/p>\n<p>Pengerusi BN Johor Onn Hafiz Ghazi berkata, keputusan itu dibuat selepas mendapat persetujuan penuh pucuk pimpinan parti termasuk Presiden UMNO, Ahmad Zahid Hamidi dan Setiausaha Agung BN, Zambry Abdul Kadir.<\/p>\n<p>Menurut beliau, pengumuman untuk bertanding di semua kerusi bukan dibuat secara bersendirian, sebaliknya selepas melalui perbincangan dan restu kepimpinan tertinggi parti.<\/p>\n<p>\u201cSebelum saya buat pengumuman itu, saya telah mendapat restu daripada pucuk pimpinan. Sebab itu saya berani komited dengan angka tersebut,\u201d katanya menerusi audio siar Keluar Sekejap.<\/p>\n<p>Beliau berkata demikian ketika diminta mengulas kemungkinan berlaku perubahan strategi susulan perkembangan hubungan politik antara BN dan Pakatan Harapan (PH).<\/p>\n<p>Onn Hafiz yang juga Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Machap berkata, setakat ini keyakinan BN Johor untuk mempertahankan keputusan tersebut masih kukuh dan akan diteruskan seperti dirancang.<\/p>\n<p>\u201cSaya tak akan buat keputusan tanpa mendapat nasihat dan pandangan,\u201d katanya.<\/p>\n<p>Sebelum ini, BN Johor mengumumkan hasrat untuk bertanding di kesemua 56 kerusi DUN sebagai usaha membentuk kerajaan negeri yang stabil dan mempunyai majoriti kukuh.<\/p>\n<p>Untuk rekod, BN ketika ini menerajui pentadbiran Johor selepas mencatat kemenangan besar pada PRN Johor 2022 dengan menguasai majoriti kerusi DUN.<\/p>\n<p>Kemenangan itu dilihat menjadi asas keyakinan parti untuk terus bergerak solo dalam menghadapi pilihan raya negeri akan datang.<\/p>\n","protected":false},"excerpt":{"rendered":"<p>Barisan Nasional (BN) Johor menegaskan pendirian untuk bertanding di semua 56 kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) pada Pilihan Raya Negeri (PRN) akan datang dan tidak akan membuat sebarang perubahan keputusan meskipun landskap politik semasa terus berkembang. Pengerusi BN Johor Onn Hafiz Ghazi berkata, keputusan itu dibuat selepas mendapat persetujuan penuh pucuk pimpinan parti termasuk Presiden [&hellip;]<\/p>\n","protected":false},"author":1,"featured_media":10004,"comment_status":"open","ping_status":"open","sticky":false,"template":"","format":"standard","meta":{"_acf_changed":false,"footnotes":""},"categories":[2],"tags":[378,409,630,100,3847,103,146],"authors":[],"class_list":["post-10854","post","type-post","status-publish","format-standard","has-post-thumbnail","hentry","category-politik","tag-bn","tag-dun","tag-johor","tag-kerusi","tag-onn-hafiz-ghazi","tag-prn","tag-umno"],"acf":[],"_links":{"self":[{"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/posts\/10854","targetHints":{"allow":["GET"]}}],"collection":[{"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/posts"}],"about":[{"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/types\/post"}],"author":[{"embeddable":true,"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/users\/1"}],"replies":[{"embeddable":true,"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/comments?post=10854"}],"version-history":[{"count":2,"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/posts\/10854\/revisions"}],"predecessor-version":[{"id":10856,"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/posts\/10854\/revisions\/10856"}],"wp:featuredmedia":[{"embeddable":true,"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/media\/10004"}],"wp:attachment":[{"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/media?parent=10854"}],"wp:term":[{"taxonomy":"category","embeddable":true,"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/categories?post=10854"},{"taxonomy":"post_tag","embeddable":true,"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/tags?post=10854"},{"taxonomy":"authors","embeddable":true,"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/authors?post=10854"}],"curies":[{"name":"wp","href":"https:\/\/api.w.org\/{rel}","templated":true}]}}