{"id":10863,"date":"2026-05-25T05:13:23","date_gmt":"2026-05-25T05:13:23","guid":{"rendered":"https:\/\/agendadaily.my\/?p=10863"},"modified":"2026-05-25T05:13:23","modified_gmt":"2026-05-25T05:13:23","slug":"pas-pertimbang-putuskan-hubungan-dengan-bersatu-laporan","status":"publish","type":"post","link":"https:\/\/agendadaily.my\/pas-pertimbang-putuskan-hubungan-dengan-bersatu-laporan\/","title":{"rendered":"PAS pertimbang putuskan hubungan dengan Bersatu: Laporan"},"content":{"rendered":"<p>PAS dilaporkan sedang mempertimbangkan untuk memutuskan hubungan politik dengan Bersatu susulan kemelut dalaman parti itu yang semakin meruncing dan didakwa menjejaskan kekuatan Perikatan Nasional (PN).<\/p>\n<p>Perkara itu dikatakan dibincangkan dalam Mesyuarat Khas Jawatankuasa PAS Pusat yang berlangsung di Sri Iman, kediaman rasmi Menteri Besar Terengganu, semalam yang dipengerusikan Presiden PAS, Abdul Hadi Awang.<\/p>\n<p>Menurut laporan BH yang memetik sumber, beberapa pimpinan PAS negeri menyuarakan kebimbangan terhadap situasi dalam Bersatu, termasuk kecenderungan akar umbi parti itu yang dilihat semakin memihak kepada kem Team Reset yang dikaitkan dengan Hamzah Zainudin.<\/p>\n<p>Katanya, perkembangan itu memberi kesan langsung kepada kestabilan jentera PN di peringkat akar umbi menjelang Pilihan Raya Umum ke-16 (PRU-16).<\/p>\n<p>\u201cSebahagian pimpinan PAS berpandangan hubungan dengan Bersatu kini berada pada tahap kritikal dan perlu dinilai semula jika konflik dalaman mereka terus berpanjangan,\u201d katanya.<\/p>\n<p>Sumber turut mendakwa banyak bahagian dan cawangan Bersatu sudah dibubarkan, sekali gus memberi gambaran sokongan terhadap kepimpinan semasa semakin terhakis.<\/p>\n<p>\u201cPAS bimbang keadaan ini boleh melemahkan keyakinan penyokong PN serta menjejaskan kerjasama antara parti komponen,\u201d katanya lagi.<\/p>\n<p>Bagaimanapun, beliau menjelaskan tiada keputusan rasmi dibuat setakat ini kerana perkara itu masih di peringkat penelitian dan perbincangan dalaman.<\/p>\n<p>Menurutnya, sebarang tindakan besar termasuk kemungkinan memutuskan hubungan politik perlu dibawa terlebih dahulu ke Majlis Syura Ulama PAS sebelum diputuskan secara rasmi.<\/p>\n<p>Mesyuarat itu juga membincangkan ketegangan yang berlaku dalam Mesyuarat Majlis Tertinggi PN pada 16 Mei lalu berkaitan permohonan empat parti Melayu untuk menyertai gabungan berkenaan.<\/p>\n<p>Difahamkan, wakil PAS mengambil pendekatan meredakan keadaan dan tidak memanjangkan pertikaian dengan pimpinan Bersatu bagi mengelakkan suasana menjadi lebih tegang.<\/p>\n<p>Selain itu, PAS turut membangkitkan isu penarikan semula Surat Akuan Bersumpah (SD) melibatkan dua wakil rakyat Bersatu di Negeri Sembilan yang didakwa dilakukan tanpa rundingan dengan pimpinan tertinggi PN.<\/p>\n<p>Hubungan PAS dan Bersatu kembali dingin sejak kebelakangan ini selepas beberapa tindakan Bersatu dilihat bercanggah dengan semangat muafakat dalam gabungan PN.<\/p>\n","protected":false},"excerpt":{"rendered":"<p>PAS dilaporkan sedang mempertimbangkan untuk memutuskan hubungan politik dengan Bersatu susulan kemelut dalaman parti itu yang semakin meruncing dan didakwa menjejaskan kekuatan Perikatan Nasional (PN). Perkara itu dikatakan dibincangkan dalam Mesyuarat Khas Jawatankuasa PAS Pusat yang berlangsung di Sri Iman, kediaman rasmi Menteri Besar Terengganu, semalam yang dipengerusikan Presiden PAS, Abdul Hadi Awang. Menurut laporan [&hellip;]<\/p>\n","protected":false},"author":1,"featured_media":6321,"comment_status":"open","ping_status":"open","sticky":false,"template":"","format":"standard","meta":{"_acf_changed":false,"footnotes":""},"categories":[2],"tags":[901,73,1845,824,126,541,11,101],"authors":[],"class_list":["post-10863","post","type-post","status-publish","format-standard","has-post-thumbnail","hentry","category-politik","tag-abdul-hadi-awang","tag-bersatu","tag-hubungan","tag-kerjasama","tag-pas","tag-perikatan-nasional","tag-politik","tag-pru-16"],"acf":[],"_links":{"self":[{"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/posts\/10863","targetHints":{"allow":["GET"]}}],"collection":[{"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/posts"}],"about":[{"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/types\/post"}],"author":[{"embeddable":true,"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/users\/1"}],"replies":[{"embeddable":true,"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/comments?post=10863"}],"version-history":[{"count":1,"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/posts\/10863\/revisions"}],"predecessor-version":[{"id":10864,"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/posts\/10863\/revisions\/10864"}],"wp:featuredmedia":[{"embeddable":true,"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/media\/6321"}],"wp:attachment":[{"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/media?parent=10863"}],"wp:term":[{"taxonomy":"category","embeddable":true,"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/categories?post=10863"},{"taxonomy":"post_tag","embeddable":true,"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/tags?post=10863"},{"taxonomy":"authors","embeddable":true,"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/authors?post=10863"}],"curies":[{"name":"wp","href":"https:\/\/api.w.org\/{rel}","templated":true}]}}