{"id":10877,"date":"2026-05-25T06:59:06","date_gmt":"2026-05-25T06:59:06","guid":{"rendered":"https:\/\/agendadaily.my\/?p=10877"},"modified":"2026-05-25T06:59:06","modified_gmt":"2026-05-25T06:59:06","slug":"harga-sayur-naik-di-kelantan-mat-sabu-arah-fama-pantau","status":"publish","type":"post","link":"https:\/\/agendadaily.my\/harga-sayur-naik-di-kelantan-mat-sabu-arah-fama-pantau\/","title":{"rendered":"Harga sayur naik di Kelantan, Mat Sabu arah FAMA pantau"},"content":{"rendered":"<p>Kementerian Pertanian dan Keterjaminan Makanan (KPKM) akan mendapatkan laporan segera daripada Lembaga Pemasaran Pertanian Persekutuan (FAMA) susulan dakwaan kenaikan harga sayur di beberapa pasar di Kelantan sehingga RM2 sekilogram.<\/p>\n<p>Menterinya, Mohamad Sabu berkata setakat ini kementerian belum mengesan kenaikan mendadak harga sayur di kebanyakan kawasan termasuk di Lembah Klang, kecuali melibatkan beberapa jenis sayuran tertentu.<\/p>\n<p>\u201cDi Kelantan itu kita akan pantau. Saya akan minta laporan daripada pihak FAMA dengan segera hari ini,\u201d katanya kepada pemberita selepas melancarkan Pusat Informasi Pertanian Kebuniti atau Gardentopia di Putrajaya hari ini.<\/p>\n<p>Beliau mengulas laporan media mengenai peningkatan harga sayur di Kelantan yang didakwa berpunca daripada cuaca panas berpanjangan selain kenaikan kos diesel yang menjejaskan kos pengangkutan dan pengeluaran hasil pertanian.<\/p>\n<p>Menurut Mohamad, isu kenaikan kos makanan bukan hanya berlaku di Malaysia, malah turut memberi kesan kepada banyak negara lain berikutan peningkatan harga baja dan bahan mentah pertanian di pasaran global.<\/p>\n<p>Katanya, perkara itu turut dibincangkan di peringkat antarabangsa termasuk oleh Pertubuhan Makanan dan Pertanian (FAO), terutama melibatkan gangguan bekalan fosfat akibat konflik di beberapa negara pengeluar utama.<\/p>\n<p>\u201cItu ramalan di seluruh dunia bahawa soal baja ini akan menjadi permasalahan sebab kawasan bertelingkah itu terlibat dengan soal fosfat dan sebagainya. Kerajaan akan buat intervensi dari semasa ke semasa mengikut kemampuan kerajaan kita,\u201d katanya.<\/p>\n<p>Dalam perkembangan sama, beliau memberi jaminan bekalan baja di Malaysia masih mencukupi ketika ini walaupun kerajaan terus memantau pergerakan harga input pertanian bagi tempoh beberapa bulan akan datang.<\/p>\n<p>\u201cBekalan cukup. Cuma kita kena lihat dari sudut harga dalam tempoh dua hingga tiga bulan akan datang. Soal bekalan di Malaysia ini, Alhamdulillah, pada kami di pihak kementerian nampak keadaannya cukup. Cuma harga itu kita pantau dari semasa ke semasa,\u201d katanya.<\/p>\n<p>Sebelum ini, isu kenaikan harga sayur dan bahan makanan sering menjadi perhatian pengguna terutama ketika perubahan cuaca ekstrem dan peningkatan kos logistik yang memberi kesan langsung kepada rantaian bekalan makanan negara.<\/p>\n","protected":false},"excerpt":{"rendered":"<p>Kementerian Pertanian dan Keterjaminan Makanan (KPKM) akan mendapatkan laporan segera daripada Lembaga Pemasaran Pertanian Persekutuan (FAMA) susulan dakwaan kenaikan harga sayur di beberapa pasar di Kelantan sehingga RM2 sekilogram. Menterinya, Mohamad Sabu berkata setakat ini kementerian belum mengesan kenaikan mendadak harga sayur di kebanyakan kawasan termasuk di Lembah Klang, kecuali melibatkan beberapa jenis sayuran tertentu. [&hellip;]<\/p>\n","protected":false},"author":1,"featured_media":8464,"comment_status":"open","ping_status":"open","sticky":false,"template":"","format":"standard","meta":{"_acf_changed":false,"footnotes":""},"categories":[3],"tags":[75,4016,4015,2345,2028,3507],"authors":[],"class_list":["post-10877","post","type-post","status-publish","format-standard","has-post-thumbnail","hentry","category-isu-semasa","tag-harga","tag-kementerian-pertanian-dan-keterjaminan-makanan","tag-kpkm","tag-mohamad-sabu","tag-naik","tag-sayur"],"acf":[],"_links":{"self":[{"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/posts\/10877","targetHints":{"allow":["GET"]}}],"collection":[{"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/posts"}],"about":[{"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/types\/post"}],"author":[{"embeddable":true,"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/users\/1"}],"replies":[{"embeddable":true,"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/comments?post=10877"}],"version-history":[{"count":1,"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/posts\/10877\/revisions"}],"predecessor-version":[{"id":10878,"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/posts\/10877\/revisions\/10878"}],"wp:featuredmedia":[{"embeddable":true,"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/media\/8464"}],"wp:attachment":[{"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/media?parent=10877"}],"wp:term":[{"taxonomy":"category","embeddable":true,"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/categories?post=10877"},{"taxonomy":"post_tag","embeddable":true,"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/tags?post=10877"},{"taxonomy":"authors","embeddable":true,"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/authors?post=10877"}],"curies":[{"name":"wp","href":"https:\/\/api.w.org\/{rel}","templated":true}]}}