{"id":10882,"date":"2026-05-25T07:10:34","date_gmt":"2026-05-25T07:10:34","guid":{"rendered":"https:\/\/agendadaily.my\/?p=10882"},"modified":"2026-05-25T07:10:34","modified_gmt":"2026-05-25T07:10:34","slug":"hina-sahabat-nabi-amanah-persoal-kenapa-pas-tak-pecat-zawawi","status":"publish","type":"post","link":"https:\/\/agendadaily.my\/hina-sahabat-nabi-amanah-persoal-kenapa-pas-tak-pecat-zawawi\/","title":{"rendered":"Hina sahabat Nabi: Amanah persoal kenapa PAS tak pecat Zawawi"},"content":{"rendered":"<p>Parti Amanah menggesa PAS mengambil tindakan tegas terhadap Ahli Parlimen Pasir Puteh, Nik Muhammad Zawawi Salleh susulan kenyataannya yang didakwa membawa fakta salah berkaitan sahabat Nabi Muhammad SAW.<\/p>\n<p>Naib Presiden Amanah, Mahfuz Omar berkata tindakan sekadar memberi teguran lisan tidak mencukupi memandangkan isu itu melibatkan soal akidah dan penghormatan terhadap institusi agama Islam.<\/p>\n<p>\u201cAmanah berpandangan Zawawi sepatutnya direhatkan atau dipecat daripada Majlis Syura Ulama PAS.<\/p>\n<p>\u201cTindakan sekadar memberi peringatan memberi isyarat salah bahawa maruah agama boleh dikompromi demi menjaga kepentingan politik dalaman parti,\u201d katanya dalam kenyataan hari ini.<\/p>\n<p>Kontroversi itu tercetus selepas Zawawi dikritik kerana didakwa menyampaikan naratif yang dianggap menghina serta memfitnah seorang sahabat besar Nabi Muhammad SAW.<\/p>\n<p>Isu berkenaan kemudian mencetuskan perdebatan dalam kalangan ahli politik dan masyarakat Islam mengenai tanggungjawab tokoh agama dalam menyampaikan fakta sejarah Islam.<\/p>\n<p>Sebelum ini, Presiden PAS Abdul Hadi Awang memaklumkan sudah memberikan peringatan kepada Zawawi berhubung kenyataan tersebut.<\/p>\n<p>Menurutnya, Zawawi mungkin terpengaruh dengan penulisan sejarah yang mengandungi unsur dongeng dan tidak boleh dijadikan hujah.<\/p>\n<p>Bagaimanapun, Mahfuz menyifatkan penjelasan itu sebagai lemah dan tidak munasabah, lebih-lebih lagi kerana Zawawi memegang jawatan penting sebagai setiausaha Majlis Syura Ulama PAS.<\/p>\n<p>\u201cBagaimana seorang yang gagal menapis kisah dongeng sejarah boleh diletakkan sebagai ketua pentadbir institusi ulama?\u201d soalnya.<\/p>\n<p>Mahfuz turut mendakwa pendekatan PAS dalam isu itu memperlihatkan amalan dwistandard apabila parti tersebut sering bersikap keras terhadap pihak lawan, namun lebih lunak apabila melibatkan pemimpin sendiri.<\/p>\n<p>\u201cApa yang berlaku bukan keterlanjuran kecil atau isu khilafiah. Ia melibatkan asas akidah dan penghormatan kepada institusi agama yang menjadi pasak umat Islam,\u201d katanya lagi.<\/p>\n<p>Pada masa sama, Amanah turut mendesak pihak polis dan Jabatan Hal Ehwal Agama Islam Kelantan menjalankan siasatan serta mengambil tindakan tanpa sebarang campur tangan politik.<\/p>\n","protected":false},"excerpt":{"rendered":"<p>Parti Amanah menggesa PAS mengambil tindakan tegas terhadap Ahli Parlimen Pasir Puteh, Nik Muhammad Zawawi Salleh susulan kenyataannya yang didakwa membawa fakta salah berkaitan sahabat Nabi Muhammad SAW. Naib Presiden Amanah, Mahfuz Omar berkata tindakan sekadar memberi teguran lisan tidak mencukupi memandangkan isu itu melibatkan soal akidah dan penghormatan terhadap institusi agama Islam. \u201cAmanah berpandangan [&hellip;]<\/p>\n","protected":false},"author":1,"featured_media":1211,"comment_status":"open","ping_status":"open","sticky":false,"template":"","format":"standard","meta":{"_acf_changed":false,"footnotes":""},"categories":[2],"tags":[275,357,3300,4020,3901,3897,126,3900,956],"authors":[],"class_list":["post-10882","post","type-post","status-publish","format-standard","has-post-thumbnail","hentry","category-politik","tag-amanah","tag-hina","tag-mahfuz-omar","tag-majlis-syura","tag-nabi","tag-nik-muhammad-zawawi-salleh","tag-pas","tag-sahabat","tag-ulama"],"acf":[],"_links":{"self":[{"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/posts\/10882","targetHints":{"allow":["GET"]}}],"collection":[{"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/posts"}],"about":[{"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/types\/post"}],"author":[{"embeddable":true,"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/users\/1"}],"replies":[{"embeddable":true,"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/comments?post=10882"}],"version-history":[{"count":1,"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/posts\/10882\/revisions"}],"predecessor-version":[{"id":10883,"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/posts\/10882\/revisions\/10883"}],"wp:featuredmedia":[{"embeddable":true,"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/media\/1211"}],"wp:attachment":[{"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/media?parent=10882"}],"wp:term":[{"taxonomy":"category","embeddable":true,"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/categories?post=10882"},{"taxonomy":"post_tag","embeddable":true,"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/tags?post=10882"},{"taxonomy":"authors","embeddable":true,"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/authors?post=10882"}],"curies":[{"name":"wp","href":"https:\/\/api.w.org\/{rel}","templated":true}]}}