{"id":10891,"date":"2026-05-25T08:19:41","date_gmt":"2026-05-25T08:19:41","guid":{"rendered":"https:\/\/agendadaily.my\/?p=10891"},"modified":"2026-05-25T08:19:41","modified_gmt":"2026-05-25T08:19:41","slug":"tukar-mb-perlis-tak-perlu-undi-tak-percaya-luar-dewan-pun-boleh-buat-sanusi","status":"publish","type":"post","link":"https:\/\/agendadaily.my\/tukar-mb-perlis-tak-perlu-undi-tak-percaya-luar-dewan-pun-boleh-buat-sanusi\/","title":{"rendered":"Tukar MB Perlis tak perlu undi tak percaya, luar dewan pun boleh buat: Sanusi"},"content":{"rendered":"<p>Kemelut politik yang melanda kerajaan Perikatan Nasional (PN) di Perlis terus memanas apabila Muhammad Sanusi Md Nor berkata usaha menjatuhkan Menteri Besar Perlis, Abu Bakar Hamzah, tidak semestinya perlu menunggu Sidang Dewan Undangan Negeri (DUN) Perlis bulan depan.<\/p>\n<p>Menurut Menteri Besar Kedah itu, tindakan mengemukakan usul undi tidak percaya boleh dilakukan lebih awal melalui pengumpulan akuan bersumpah (SD) daripada Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) yang hilang kepercayaan terhadap kepimpinan Menteri Besar.<\/p>\n<p>\u201cItu pilihan dia, tetapi sebenarnya bukan tunggu sidang DUN untuk buat undi tidak percaya.<\/p>\n<p>\u201cDi luar dewan juga boleh buat perkara itu. Himpun dan hantar SD sebelum sidang DUN boleh dibuat, tak perlu tunggu sidang DUN,\u201d katanya dipetik semasa sidang media di Seri Mentaloon hari ini.<\/p>\n<p>Sidang DUN Perlis dijadual berlangsung dari 3 hingga 5 Jun depan dan dijangka menjadi tumpuan susulan pergolakan dalaman melibatkan wakil rakyat PN di negeri itu.<\/p>\n<p>Sebelum ini, Abu Bakar dilaporkan bersedia membubarkan DUN Perlis sekiranya enam ADUN Pas mengemukakan usul undi tidak percaya terhadapnya pada sidang berkenaan.<\/p>\n<p>Beliau berkata, langkah itu mungkin perlu diambil sekiranya sokongan terhadap kerajaan negeri tidak lagi dapat dipertahankan.<\/p>\n<p>Krisis politik di Perlis mula menjadi perhatian selepas timbul dakwaan berlaku ketegangan dalam kalangan pemimpin PN negeri, sekali gus mencetuskan spekulasi mengenai kedudukan Abu Bakar sebagai Menteri Besar.<\/p>\n<p>Bagaimanapun, sehingga kini belum ada pengesahan rasmi mengenai jumlah sebenar ADUN yang didakwa menarik sokongan.<\/p>\n<p>Mengulas kemungkinan pembubaran DUN, Sanusi mengakui pilihan raya negeri mungkin menjadi jalan terakhir sekiranya kemelut berpanjangan gagal diselesaikan.<\/p>\n<p>\u201cKalau tak ada jalan keluar maka kena bubar, tetapi saya pun teruk juga sebab kena pergi berkempen,\u201d katanya berseloroh.<\/p>\n<p>Dalam pada itu, beliau turut mengingatkan semua pihak supaya meneliti punca sebenar yang mencetuskan konflik politik berkenaan dan bukan hanya memberi perhatian kepada reaksi yang berlaku selepas itu.<\/p>\n<p>\u201cApa yang orang balas itu adalah tindakan balas disebabkan apa yang dibuat. Reaksi orang adalah kerana aksi yang dibuat awal. Kita kena ambil pengajaran dari situ dulu,\u201d katanya lagi.<\/p>\n","protected":false},"excerpt":{"rendered":"<p>Kemelut politik yang melanda kerajaan Perikatan Nasional (PN) di Perlis terus memanas apabila Muhammad Sanusi Md Nor berkata usaha menjatuhkan Menteri Besar Perlis, Abu Bakar Hamzah, tidak semestinya perlu menunggu Sidang Dewan Undangan Negeri (DUN) Perlis bulan depan. Menurut Menteri Besar Kedah itu, tindakan mengemukakan usul undi tidak percaya boleh dilakukan lebih awal melalui pengumpulan [&hellip;]<\/p>\n","protected":false},"author":1,"featured_media":2887,"comment_status":"open","ping_status":"open","sticky":false,"template":"","format":"standard","meta":{"_acf_changed":false,"footnotes":""},"categories":[2],"tags":[2787,409,408,2177,124,222,3815],"authors":[],"class_list":["post-10891","post","type-post","status-publish","format-standard","has-post-thumbnail","hentry","category-politik","tag-abu-bakar-hamzah","tag-dun","tag-menteri-besar","tag-perlis","tag-sanusi","tag-sidang","tag-undi-tak-percaya"],"acf":[],"_links":{"self":[{"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/posts\/10891","targetHints":{"allow":["GET"]}}],"collection":[{"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/posts"}],"about":[{"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/types\/post"}],"author":[{"embeddable":true,"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/users\/1"}],"replies":[{"embeddable":true,"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/comments?post=10891"}],"version-history":[{"count":1,"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/posts\/10891\/revisions"}],"predecessor-version":[{"id":10892,"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/posts\/10891\/revisions\/10892"}],"wp:featuredmedia":[{"embeddable":true,"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/media\/2887"}],"wp:attachment":[{"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/media?parent=10891"}],"wp:term":[{"taxonomy":"category","embeddable":true,"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/categories?post=10891"},{"taxonomy":"post_tag","embeddable":true,"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/tags?post=10891"},{"taxonomy":"authors","embeddable":true,"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/authors?post=10891"}],"curies":[{"name":"wp","href":"https:\/\/api.w.org\/{rel}","templated":true}]}}