{"id":10894,"date":"2026-05-26T04:51:45","date_gmt":"2026-05-26T04:51:45","guid":{"rendered":"https:\/\/agendadaily.my\/?p=10894"},"modified":"2026-05-26T04:51:45","modified_gmt":"2026-05-26T04:51:45","slug":"pkr-susun-semula-jentera-pilihan-raya-amiruddin-dilantik-pengarah-bersama","status":"publish","type":"post","link":"https:\/\/agendadaily.my\/pkr-susun-semula-jentera-pilihan-raya-amiruddin-dilantik-pengarah-bersama\/","title":{"rendered":"PKR susun semula jentera pilihan raya, Amiruddin dilantik pengarah bersama"},"content":{"rendered":"<p>PKR mengumumkan penyusunan semula gerak kerja pilihan rayanya sebagai langkah memperkukuh kesiapsiagaan parti menjelang pilihan raya akan datang, termasuk memberi fokus kepada penyelarasan jentera dan latihan akar umbi.<\/p>\n<p>Keputusan itu dicapai dalam mesyuarat Biro Politik parti yang berlangsung semalam, dengan beberapa pelantikan baharu diumumkan bagi memperkemas operasi pilihan raya di semua peringkat.<\/p>\n<p>Menerusi penyusunan itu, Menteri Besar Selangor Amiruddin Shaari dilantik sebagai Pengarah Pilihan Raya Bersama PKR, bergandingan dengan Saifuddin Nasution Ismail.<\/p>\n<p>Pada masa sama, Azman Abidin dilantik sebagai Pengarah Bilik Gerakan Utama Pilihan Raya atau \u2018War Room\u2019, dibantu Ruji Ubi.<\/p>\n<p>Setiausaha Agung PKR, Fuziah Salleh berkata, langkah itu merupakan sebahagian daripada strategi parti untuk memastikan gerak kerja pilihan raya lebih tersusun dan menyeluruh.<\/p>\n<p>\u201cPelantikan ini merupakan sebahagian daripada penyusunan semula strategik parti bagi memastikan gerak kerja pilihan raya KEADILAN terus diperkemas, diselaraskan dan digerakkan secara lebih menyeluruh di semua peringkat,\u201d katanya dalam kenyataan hari ini.<\/p>\n<p>PKR sebelum ini giat memperkukuh struktur pilihan rayanya sejak pasca Pilihan Raya Umum ke-15, termasuk meningkatkan penggunaan data dan teknologi menerusi sistem pilihan raya TERAS yang diperkenalkan parti itu bagi membantu operasi lapangan dan penyelarasan antara negeri serta cabang.<\/p>\n<p>Dalam perkembangan sama, Nurul Izzah Anwar akan terus memainkan peranan strategik dengan memberi tumpuan kepada pembangunan kapasiti jentera dan latihan anggota akar umbi.<\/p>\n<p>Menurut Fuziah, usaha itu penting bagi memastikan kekuatan parti tidak hanya bergantung kepada pimpinan pusat, sebaliknya dibina melalui anggota di peringkat bawahan yang berdepan terus dengan rakyat.<\/p>\n<p>\u201cKEADILAN sedar bahawa kekuatan parti tidak hanya terletak pada pimpinan di peringkat pusat, tetapi pada ribuan anggota di lapangan yang terus bekerja, mendengar, menyantuni dan membawa suara rakyat setiap hari,\u201d katanya.<\/p>\n<p>Beliau turut memaklumkan PKR menerima pertambahan 5,936 ahli baharu sepanjang tempoh April hingga Mei tahun ini, sesuatu yang disifatkan sebagai petanda positif terhadap sokongan akar umbi kepada parti itu.<\/p>\n<p>PKR kini dilihat sedang memasuki fasa baharu persiapan politik dengan penekanan terhadap pengukuhan organisasi dalaman, penyelarasan operasi dan kesiapsiagaan jentera menjelang cabaran pilihan raya akan datang.<\/p>\n","protected":false},"excerpt":{"rendered":"<p>PKR mengumumkan penyusunan semula gerak kerja pilihan rayanya sebagai langkah memperkukuh kesiapsiagaan parti menjelang pilihan raya akan datang, termasuk memberi fokus kepada penyelarasan jentera dan latihan akar umbi. Keputusan itu dicapai dalam mesyuarat Biro Politik parti yang berlangsung semalam, dengan beberapa pelantikan baharu diumumkan bagi memperkemas operasi pilihan raya di semua peringkat. Menerusi penyusunan itu, [&hellip;]<\/p>\n","protected":false},"author":1,"featured_media":4170,"comment_status":"open","ping_status":"open","sticky":false,"template":"","format":"standard","meta":{"_acf_changed":false,"footnotes":""},"categories":[2],"tags":[1460,1721,4022,633,9],"authors":[],"class_list":["post-10894","post","type-post","status-publish","format-standard","has-post-thumbnail","hentry","category-politik","tag-fuziah-salleh","tag-jentera","tag-penyusunan","tag-pilihan-raya","tag-pkr"],"acf":[],"_links":{"self":[{"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/posts\/10894","targetHints":{"allow":["GET"]}}],"collection":[{"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/posts"}],"about":[{"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/types\/post"}],"author":[{"embeddable":true,"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/users\/1"}],"replies":[{"embeddable":true,"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/comments?post=10894"}],"version-history":[{"count":1,"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/posts\/10894\/revisions"}],"predecessor-version":[{"id":10895,"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/posts\/10894\/revisions\/10895"}],"wp:featuredmedia":[{"embeddable":true,"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/media\/4170"}],"wp:attachment":[{"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/media?parent=10894"}],"wp:term":[{"taxonomy":"category","embeddable":true,"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/categories?post=10894"},{"taxonomy":"post_tag","embeddable":true,"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/tags?post=10894"},{"taxonomy":"authors","embeddable":true,"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/authors?post=10894"}],"curies":[{"name":"wp","href":"https:\/\/api.w.org\/{rel}","templated":true}]}}