{"id":10914,"date":"2026-05-26T08:19:10","date_gmt":"2026-05-26T08:19:10","guid":{"rendered":"https:\/\/agendadaily.my\/?p=10914"},"modified":"2026-05-26T08:19:10","modified_gmt":"2026-05-26T08:19:10","slug":"ron95-kekal-termurah-rm1-99-bekalan-diesel-stabil-hingga-julai-pmx","status":"publish","type":"post","link":"https:\/\/agendadaily.my\/ron95-kekal-termurah-rm1-99-bekalan-diesel-stabil-hingga-julai-pmx\/","title":{"rendered":"RON95 kekal termurah RM1.99, bekalan diesel stabil hingga Julai: PMX"},"content":{"rendered":"<p>Kerajaan memberi jaminan bekalan diesel negara kekal stabil sekurang-kurangnya sehingga Julai ini walaupun dunia sedang berdepan ketidaktentuan ekonomi akibat konflik di Asia Barat dan gangguan perdagangan di Selat Hormuz.<\/p>\n<p>Perdana Menteri Anwar Ibrahim berkata, kerajaan juga masih mampu mengekalkan harga petrol RON95 pada kadar RM1.99 seliter meskipun kos penghantaran dan insurans kapal meningkat susulan ketegangan geopolitik di rantau berkenaan.<\/p>\n<p>\u201cSetakat yang kita mampu, minyak RON95 kekal RM1.99. Beritahu saya negara mana yang lebih murah daripada Malaysia? Tak ada, kecuali Brunei,\u201d katanya ketika berucap pada Majlis Agihan Perdana Lembu Korban Madani Parlimen Permatang Pauh pada Selasa.<\/p>\n<p>Menurut beliau, Malaysia ketika ini berada dalam keadaan lebih baik berbanding beberapa negara lain yang turut terkesan dengan krisis bekalan bahan api global.<\/p>\n<p>\u201cDi Filipina misalnya, ada yang beratur di stesen minyak dan ada ratusan stesen sudah tutup. Alhamdulillah, kita belum sampai ke situ,\u201d katanya.<\/p>\n<p>Konflik di Asia Barat sejak beberapa bulan lalu memberi tekanan kepada ekonomi dunia apabila harga minyak mentah global meningkat selain menjejaskan laluan perdagangan utama di Selat Hormuz, iaitu laluan penting bagi penghantaran minyak dan gas antarabangsa.<\/p>\n<p>Keadaan itu menyebabkan kos penghantaran dan insurans kapal melonjak sekali gus memberi kesan kepada harga barangan dan operasi logistik di banyak negara termasuk Malaysia.<\/p>\n<p>Anwar berkata, kerajaan sedang berusaha memastikan rakyat tidak terlalu terbeban dengan situasi tersebut.<\/p>\n<p>\u201cMinyak ada tetapi kos penghantaran naik kerana laluan Selat Hormuz terjejas. Insurans naik, tambang kapal pun naik. Tetapi setakat yang kita mampu, kita pertahankan harga minyak untuk rakyat,\u201d ujarnya.<\/p>\n<p>Beliau turut memaklumkan hubungan baik Malaysia dengan beberapa negara termasuk Iran membantu memastikan laluan perdagangan negara terus berjalan lancar ketika ketegangan memuncak di rantau itu.<\/p>\n<p>\u201cKapal awal-awal dapat lepas Selat Hormuz dan sampai ke Pengerang. Hubungan baik ini membantu kita,\u201d katanya.<\/p>\n<p>Dalam perkembangan sama, Anwar berkata Presiden Iran, Masoud Pezeshkian dijadual menghubunginya menerusi panggilan telefon pada petang Selasa bagi membincangkan perkembangan semasa.<\/p>\n<p>Selain itu, beliau menjelaskan kerajaan meneruskan bantuan bersasar menerusi program Budi Madani bagi mengurangkan kesan kenaikan kos operasi dan pengangkutan kepada rakyat.<\/p>\n<p>\u201cDiesel walaupun naik, kita bagi macam-macam projek Budi Madani untuk petani, nelayan, traktor, bas sekolah dan pengangkutan, kita bantu,\u201d katanya.<\/p>\n<p>Pada masa sama, beliau mengajak rakyat menghayati semangat pengorbanan sempena Aidiladha dan menghargai keamanan serta kestabilan yang masih dinikmati negara ketika banyak negara lain sedang bergelut dengan krisis ekonomi dan konflik berpanjangan.<\/p>\n<p>\u201cIbadah korban bukan untuk diri sendiri sahaja tetapi manfaatnya kepada keluarga, jiran tetangga serta fakir miskin,\u201d katanya.<\/p>\n","protected":false},"excerpt":{"rendered":"<p>Kerajaan memberi jaminan bekalan diesel negara kekal stabil sekurang-kurangnya sehingga Julai ini walaupun dunia sedang berdepan ketidaktentuan ekonomi akibat konflik di Asia Barat dan gangguan perdagangan di Selat Hormuz. Perdana Menteri Anwar Ibrahim berkata, kerajaan juga masih mampu mengekalkan harga petrol RON95 pada kadar RM1.99 seliter meskipun kos penghantaran dan insurans kapal meningkat susulan ketegangan [&hellip;]<\/p>\n","protected":false},"author":1,"featured_media":10506,"comment_status":"open","ping_status":"open","sticky":false,"template":"","format":"standard","meta":{"_acf_changed":false,"footnotes":""},"categories":[3],"tags":[13,916,285,4024,18,555,296],"authors":[],"class_list":["post-10914","post","type-post","status-publish","format-standard","has-post-thumbnail","hentry","category-isu-semasa","tag-anwar","tag-diesel","tag-madani","tag-murah","tag-pmx","tag-ron95","tag-subsidi"],"acf":[],"_links":{"self":[{"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/posts\/10914","targetHints":{"allow":["GET"]}}],"collection":[{"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/posts"}],"about":[{"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/types\/post"}],"author":[{"embeddable":true,"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/users\/1"}],"replies":[{"embeddable":true,"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/comments?post=10914"}],"version-history":[{"count":1,"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/posts\/10914\/revisions"}],"predecessor-version":[{"id":10915,"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/posts\/10914\/revisions\/10915"}],"wp:featuredmedia":[{"embeddable":true,"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/media\/10506"}],"wp:attachment":[{"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/media?parent=10914"}],"wp:term":[{"taxonomy":"category","embeddable":true,"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/categories?post=10914"},{"taxonomy":"post_tag","embeddable":true,"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/tags?post=10914"},{"taxonomy":"authors","embeddable":true,"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/authors?post=10914"}],"curies":[{"name":"wp","href":"https:\/\/api.w.org\/{rel}","templated":true}]}}