{"id":1092,"date":"2025-06-27T03:49:21","date_gmt":"2025-06-27T03:49:21","guid":{"rendered":"https:\/\/agendadaily.my\/?p=1092"},"modified":"2025-06-27T03:49:21","modified_gmt":"2025-06-27T03:49:21","slug":"tempat-rafizi-diganti-menteri-kewangan-ii-jalankan-tugas-menteri-ekonomi","status":"publish","type":"post","link":"https:\/\/agendadaily.my\/tempat-rafizi-diganti-menteri-kewangan-ii-jalankan-tugas-menteri-ekonomi\/","title":{"rendered":"Tempat Rafizi diganti Menteri Kewangan II, jalankan tugas Menteri Ekonomi"},"content":{"rendered":"<p>Kerajaan mengumumkan kekosongan di Kementerian Ekonomi yang ditinggalkan Rafizi Ramli akan digantikan dengan Menteri Kewangan II, Amir Hamzah Azizan berkuatkuasa serta-merta.<\/p>\n<p>Amir Hamzah akan menjalankan tugas dan fungsi Menteri Ekonomi, menurut Ketua Setiausaha Negara yang juga Setiausaha Jemaah Menteri, Shamsul Azri Abu Bakar dalam satu kenyataan hari ini.<\/p>\n<p>Ujarnya, pelantikan itu dipersetujui Perdana Menteri, Anwar Ibrahim dan dimaklumkan dalam mesyuarat Jemaah Menteri pada 25 Jun lalu.<\/p>\n<p>&#8220;Tugas utama Amir Hamzah adalah untuk mengolah dan merombak semula inti pati naskhah Rancangan Malaysia ke-13 (RMK13) yang akan dibentangkan di Parlimen pada 31 Julai 2025,&#8221; katanya dalam kenyataan.<\/p>\n<p>Ia termasuk mengambil kira maklumat tambahan yang dikemukakan oleh kementerian-kementerian serta pandangan dan ulasan yang diberikan oleh Jemaah Menteri.<\/p>\n<p>Tanggungjawab baharu Amir Hamzah itu susulan peletakan jawatan Rafizi dalam sebagai Menteri Ekonomi berkuat kuasa 17 Jun lalu, selepas gagal mempertahankan jawatannya sebagai Timbalan Presiden PKR.<\/p>\n<p>Rafizi dalam kenyataan pada 28 Mei lalu dilaporkan berkata, kekalahannya dalam pemilihan itu bermakna beliau tidak lagi mempunyai mandat daripada parti untuk menterjemahkan agenda rakyat yang digagaskan PKR menjadi program kerajaan.<\/p>\n<p>Perdana Menteri pada hari sama mengesahkan menerima surat permohonan cuti dan pengunduran Rafizi sebagai anggota Kabinet.<\/p>\n<p>Sementara itu, Amir Hamzah dalam kenyataan merakamkan penghargaan terhadap kepercayaan Perdana Menteri yang memberi mandat kepada beliau untuk membantu tugasan di Kementerian Ekonomi.<\/p>\n<p>Beliau berkata antara tumpuan utama ketika ini adalah untuk memuktamadkan naskhah RMK-13.<\/p>\n<p>&#8220;Banyak maklum balas diterima daripada menteri-menteri yang memerlukan rombakan semula inti pati RMK13 supaya memaparkan dengan terbaik dasar keutamaan kerajaan serta meneruskan momentum pembaharuan agenda Ekonomi Madani,\u201d katanya.<\/p>\n","protected":false},"excerpt":{"rendered":"<p>Kerajaan mengumumkan kekosongan di Kementerian Ekonomi yang ditinggalkan Rafizi Ramli akan digantikan dengan Menteri Kewangan II, Amir Hamzah Azizan berkuatkuasa serta-merta. Amir Hamzah akan menjalankan tugas dan fungsi Menteri Ekonomi, menurut Ketua Setiausaha Negara yang juga Setiausaha Jemaah Menteri, Shamsul Azri Abu Bakar dalam satu kenyataan hari ini. Ujarnya, pelantikan itu dipersetujui Perdana Menteri, Anwar [&hellip;]<\/p>\n","protected":false},"author":1,"featured_media":1093,"comment_status":"open","ping_status":"open","sticky":false,"template":"","format":"standard","meta":{"_acf_changed":false,"footnotes":""},"categories":[3],"tags":[298,701,235,285,173,18,8],"authors":[],"class_list":["post-1092","post","type-post","status-publish","format-standard","has-post-thumbnail","hentry","category-isu-semasa","tag-amir-hamzah-azizan","tag-ganti","tag-kabinet","tag-madani","tag-menteri-ekonomi","tag-pmx","tag-rafizi"],"acf":[],"_links":{"self":[{"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/posts\/1092","targetHints":{"allow":["GET"]}}],"collection":[{"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/posts"}],"about":[{"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/types\/post"}],"author":[{"embeddable":true,"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/users\/1"}],"replies":[{"embeddable":true,"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/comments?post=1092"}],"version-history":[{"count":1,"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/posts\/1092\/revisions"}],"predecessor-version":[{"id":1094,"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/posts\/1092\/revisions\/1094"}],"wp:featuredmedia":[{"embeddable":true,"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/media\/1093"}],"wp:attachment":[{"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/media?parent=1092"}],"wp:term":[{"taxonomy":"category","embeddable":true,"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/categories?post=1092"},{"taxonomy":"post_tag","embeddable":true,"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/tags?post=1092"},{"taxonomy":"authors","embeddable":true,"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/authors?post=1092"}],"curies":[{"name":"wp","href":"https:\/\/api.w.org\/{rel}","templated":true}]}}