{"id":10920,"date":"2026-05-26T10:38:30","date_gmt":"2026-05-26T10:38:30","guid":{"rendered":"https:\/\/agendadaily.my\/?p=10920"},"modified":"2026-05-26T10:38:30","modified_gmt":"2026-05-26T10:38:30","slug":"kerajaan-sedia-peluang-kerja-baharu-untuk-rakyat-terjejas-anwar","status":"publish","type":"post","link":"https:\/\/agendadaily.my\/kerajaan-sedia-peluang-kerja-baharu-untuk-rakyat-terjejas-anwar\/","title":{"rendered":"Kerajaan sedia peluang kerja baharu untuk rakyat terjejas: Anwar"},"content":{"rendered":"<p>Kerajaan akan memperkenalkan langkah baharu termasuk menyediakan peluang pekerjaan alternatif bagi membantu rakyat yang kehilangan kerja, khususnya golongan muda, dalam tempoh satu hingga dua minggu akan datang.<\/p>\n<p>Perdana Menteri Anwar Ibrahim berkata, isu peningkatan kehilangan pekerjaan itu sudah dibawa ke Mesyuarat Majlis Tindakan Ekonomi Negara (MTEN) bagi mencari penyelesaian segera dan lebih menyeluruh.<\/p>\n<p>Menurut beliau, kerajaan kini sedang menyusun semula beberapa langkah pemulihan ekonomi supaya rakyat yang terkesan dapat disalurkan terus ke sektor pekerjaan baharu yang sedang berkembang pesat.<\/p>\n<p>\u201cKita sudah bawa suara mereka ke MTEN dan dalam tempoh seminggu dua ini, kerajaan akan memperbaiki langkah sedia ada serta menyediakan pekerjaan alternatif.<\/p>\n<p>\u201cAda banyak peluang pekerjaan baharu yang boleh dimanfaatkan terutama melalui pelaburan baharu yang masuk ke beberapa negeri,\u201d katanya dipetik laporan media.<\/p>\n<p>Anwar berkata, peluang pekerjaan itu dijangka tertumpu di kawasan pembangunan industri dan teknologi seperti di Perak, Pulau Pinang, Kulim Hi-Tech di Kedah, Selangor, Negeri Sembilan dan Johor, selain perkembangan ekonomi baharu yang turut berlaku di Sarawak.<\/p>\n<p>Beliau menjelaskan kebanyakan peluang kerja yang diwujudkan ketika ini melibatkan sektor teknologi maklumat (IT) dan kecerdasan buatan (AI), selari dengan perubahan landskap ekonomi global yang semakin berteraskan digital dan automasi.<\/p>\n<p>\u201cKalau ada keperluan dalam bidang ini, kita akan sediakan latihan khas supaya anak-anak muda boleh masuk ke sektor pekerjaan tersebut,\u201d katanya.<\/p>\n<p>Sebelum ini, Menteri Ekonomi Akmal Nasrullah Mohd Nasir memaklumkan sebanyak 7,057 pekerja dilaporkan kehilangan pekerjaan pada April lalu, meningkat 21 peratus berbanding 5,855 kes yang direkodkan pada Mac.<\/p>\n<p>Perkara itu dibentangkan dalam taklimat berkaitan krisis bekalan global selepas mesyuarat MTEN, sekali gus mencetuskan kebimbangan mengenai tekanan ekonomi semasa dan kesannya terhadap pasaran buruh negara.<\/p>\n<p>Bagaimanapun, Anwar menegaskan situasi itu masih terkawal dan belum berada pada tahap membimbangkan.<\/p>\n<p>Namun, kerajaan tidak mahu isu tersebut berlarutan sehingga menimbulkan keresahan dalam kalangan rakyat.<\/p>\n<p>Sejak kebelakangan ini, Malaysia menyaksikan kemasukan pelaburan asing yang tinggi terutama dalam sektor teknologi, pusat data dan semikonduktor.<\/p>\n<p>Kerajaan berharap perkembangan itu mampu membuka lebih banyak peluang pekerjaan berpendapatan tinggi, khususnya kepada graduan dan golongan muda yang sedang mencari pekerjaan stabil.<\/p>\n","protected":false},"excerpt":{"rendered":"<p>Kerajaan akan memperkenalkan langkah baharu termasuk menyediakan peluang pekerjaan alternatif bagi membantu rakyat yang kehilangan kerja, khususnya golongan muda, dalam tempoh satu hingga dua minggu akan datang. Perdana Menteri Anwar Ibrahim berkata, isu peningkatan kehilangan pekerjaan itu sudah dibawa ke Mesyuarat Majlis Tindakan Ekonomi Negara (MTEN) bagi mencari penyelesaian segera dan lebih menyeluruh. Menurut beliau, [&hellip;]<\/p>\n","protected":false},"author":1,"featured_media":9125,"comment_status":"open","ping_status":"open","sticky":false,"template":"","format":"standard","meta":{"_acf_changed":false,"footnotes":""},"categories":[3],"tags":[13,68,4027,285,3526,18],"authors":[],"class_list":["post-10920","post","type-post","status-publish","format-standard","has-post-thumbnail","hentry","category-isu-semasa","tag-anwar","tag-ekonomi","tag-hilang-kerja","tag-madani","tag-mten","tag-pmx"],"acf":[],"_links":{"self":[{"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/posts\/10920","targetHints":{"allow":["GET"]}}],"collection":[{"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/posts"}],"about":[{"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/types\/post"}],"author":[{"embeddable":true,"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/users\/1"}],"replies":[{"embeddable":true,"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/comments?post=10920"}],"version-history":[{"count":1,"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/posts\/10920\/revisions"}],"predecessor-version":[{"id":10921,"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/posts\/10920\/revisions\/10921"}],"wp:featuredmedia":[{"embeddable":true,"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/media\/9125"}],"wp:attachment":[{"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/media?parent=10920"}],"wp:term":[{"taxonomy":"category","embeddable":true,"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/categories?post=10920"},{"taxonomy":"post_tag","embeddable":true,"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/tags?post=10920"},{"taxonomy":"authors","embeddable":true,"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/authors?post=10920"}],"curies":[{"name":"wp","href":"https:\/\/api.w.org\/{rel}","templated":true}]}}