{"id":10928,"date":"2026-05-27T04:30:23","date_gmt":"2026-05-27T04:30:23","guid":{"rendered":"https:\/\/agendadaily.my\/?p=10928"},"modified":"2026-05-27T04:30:23","modified_gmt":"2026-05-27T04:30:23","slug":"zafrul-sedia-pertahan-kerusi-pandan-jika-diberi-mandat-pkr","status":"publish","type":"post","link":"https:\/\/agendadaily.my\/zafrul-sedia-pertahan-kerusi-pandan-jika-diberi-mandat-pkr\/","title":{"rendered":"Zafrul sedia pertahan kerusi Pandan jika diberi mandat PKR"},"content":{"rendered":"<p>Tengku Zafrul Tengku Abdul Aziz menyatakan kesediaannya untuk mempertahankan kerusi Parlimen Pandan pada Pilihan Raya Umum ke-16 (PRU-16) sekiranya diberi kepercayaan oleh PKR.<\/p>\n<p>Beliau yang kini berperanan sebagai Penasihat Kanan Politik kepada Perdana Menteri berkata, keputusan sama ada beliau akan dicalonkan tetap bergantung kepada kepimpinan parti.<\/p>\n<p>\u201cSaya bersedia untuk bertanding di mana-mana pun jika diberi peluang dan keputusan ini terpulang kepada parti,\u201d katanya pada sidang media sempena program Korban Perdana Angkatan Muda Keadilan (AMK) Pandan di Kuala Lumpur hari ini.<\/p>\n<p>Nama Zafrul semakin dikaitkan dengan Parlimen Pandan selepas penyandangnya sebelum ini, Rafizi Ramli, mengumumkan keluar daripada PKR pada 17 Mei lalu.<\/p>\n<p>Rafizi bersama bekas Ahli Parlimen Setiawangsa, Nik Nazmi Nik Ahmad, kemudiannya mengambil alih Parti Bersama Malaysia, sebuah parti yang ditubuhkan pada 2016.<\/p>\n<p>Perkembangan itu mencetuskan spekulasi Zafrul bakal menjadi calon utama PKR untuk mempertahankan kubu berkenaan pada PRU-16, lebih-lebih lagi selepas beliau dilihat aktif menjalankan pelbagai program dan gerak kerja di kawasan Pandan sejak kebelakangan ini.<\/p>\n<p>Mengulas kemungkinan berdepan Rafizi sekiranya bekas Timbalan Presiden PKR itu kembali bertanding di Pandan, Zafrul berkata beliau tidak terlalu memikirkan soal persaingan politik, sebaliknya mahu memberi tumpuan kepada khidmat kepada rakyat.<\/p>\n<p>\u201cSaya tak fikir langsung mengenai kemungkinan bertanding melawan Rafizi di Parlimen Pandan. Ya, saya mungkin berdepan dengan gergasi politik jika beliau bertanding semula di sini.<\/p>\n<p>\u201cNamun yang lebih penting ialah buat kerja dan berkhidmat kepada rakyat, sama ada di Pandan, Ampang atau mana-mana kawasan yang ditugaskan,\u201d katanya.<\/p>\n<p>Parlimen Pandan sebelum ini dianggap antara kerusi penting PKR dan sering menjadi tumpuan kerana pengaruh kuat Rafizi di kawasan itu sejak beberapa penggal lalu.<\/p>\n<p>Keputusan Rafizi meninggalkan parti membuka ruang kepada wajah baharu untuk mengambil alih peranan tersebut menjelang PRU-16.<\/p>\n","protected":false},"excerpt":{"rendered":"<p>Tengku Zafrul Tengku Abdul Aziz menyatakan kesediaannya untuk mempertahankan kerusi Parlimen Pandan pada Pilihan Raya Umum ke-16 (PRU-16) sekiranya diberi kepercayaan oleh PKR. Beliau yang kini berperanan sebagai Penasihat Kanan Politik kepada Perdana Menteri berkata, keputusan sama ada beliau akan dicalonkan tetap bergantung kepada kepimpinan parti. \u201cSaya bersedia untuk bertanding di mana-mana pun jika diberi [&hellip;]<\/p>\n","protected":false},"author":1,"featured_media":479,"comment_status":"open","ping_status":"open","sticky":false,"template":"","format":"standard","meta":{"_acf_changed":false,"footnotes":""},"categories":[2],"tags":[100,386,309,9,2552],"authors":[],"class_list":["post-10928","post","type-post","status-publish","format-standard","has-post-thumbnail","hentry","category-politik","tag-kerusi","tag-pandan","tag-parlimen","tag-pkr","tag-tengku-zafrul-tengku-abdul-aziz"],"acf":[],"_links":{"self":[{"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/posts\/10928","targetHints":{"allow":["GET"]}}],"collection":[{"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/posts"}],"about":[{"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/types\/post"}],"author":[{"embeddable":true,"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/users\/1"}],"replies":[{"embeddable":true,"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/comments?post=10928"}],"version-history":[{"count":1,"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/posts\/10928\/revisions"}],"predecessor-version":[{"id":10929,"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/posts\/10928\/revisions\/10929"}],"wp:featuredmedia":[{"embeddable":true,"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/media\/479"}],"wp:attachment":[{"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/media?parent=10928"}],"wp:term":[{"taxonomy":"category","embeddable":true,"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/categories?post=10928"},{"taxonomy":"post_tag","embeddable":true,"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/tags?post=10928"},{"taxonomy":"authors","embeddable":true,"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/authors?post=10928"}],"curies":[{"name":"wp","href":"https:\/\/api.w.org\/{rel}","templated":true}]}}